Anda di halaman 1dari 2

2.

3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM STANDARD


SEKOLAH RENDAH

2.3.1 Menghargai Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

Seni dilahirkan daripada ciptaan Tuhan. Alam ciptaan Tuhan memberi


ilham kepada semua pengkarya untuk menghasilkan karya yang menarik.
Oleh itu, setiap pengkarya harus menghargai keindahan alam ciptaan
Tuhan. Melalui Pendidikan Seni Visual, setiap murid dapat memupuk
semangat menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Hal ini disebabkan
semua idea untuk menghasilkan karya yang menarik dan kreatif berasal
daripada ilham yang diberi oleh alam sekitar. Oleh itu, Pendidikan Seni
Visual berobjektif untuk memupuk semangat murid menghargai keindahan
alam ciptaan Tuhan.

2.3.2 Melibatkan Diri dalam Kegiatan Seni Visual Secara Aktif, Kritis,
Kreatif dan Menyeronokan

Kegiatan seni visual melibatkan murid sendiri dalam prosesnya. Guru seni
harus menjadikan objektif sebagai panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seni visual. Setiap kegiatan seni visual yang dijalankan
harus melibatkan setiap murid dalam kelas. Dengan kegiatan yang
menarik dan menyeronokan, murid akan melibatkan diri secara aktif.
Dalam proses menjalankan kegiatan, murid dapat berfikiran kreatif dan
kritis dalam menghasilkan sesuatu karya. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual
KSSR bersasaran untuk melibatkan murid sendiri dalam kegiatan seni
visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokan. Maka, mereka akan
berminat dalam matapelajaran ini.

2.3.3 Menajamkan Daya Imaginasi Melalui Pancaindera

Pendidikan Seni Visual berobjektif untuk menajamkan daya imaginasi


murid melalui pancaindera iaitu deria rasa murid. Murid dapat
mengembangkan daya imaginasi melalui apa yang dirasai dan dilihat.
Sebagai contohnya, murid diminta untuk memerhatikan sebiji telur yang
biasa. Murid boleh menyentuh telur tersebut untuk merasai teksturnya.
Seterusnya, guru boleh meminta murid untuk menghasilkan sebuah karya
yang bertemakan telur mengikut imaginasi dan kreaviti sendiri. Dengan
kaedah ini, murid dapat menajamkan daya imaginasi dengan baik melalui
pancaindera. Maka, inilah objektif Pendidikan Seni Visual terhadap murid.

Anda mungkin juga menyukai