Anda di halaman 1dari 1

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Guru digubal untuk menyokong Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang menjadi landasan kepada sistem pendidikan negara dalam
usaha melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap individu itu
sendiri, ahli keluarga, mayarakat dan negara. Oleh itu, FPG digubal bertujuan
menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikut
adalah Falsafah Pendidikan Guru:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, berseia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru adalah menghasilkan warga pendidik yang


berkualiti daripada segi profesional, peribadi, sosial dan amalan tingkah laku,
menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya
mencapai kecermelangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan
dalam abad ke-21 (Noraiti A. dan Lee Keok Cheong, 2012).

FPG bermatlamat untuk menghasilkan guru yang mulia dan berdisiplin kerana guru
merupakan suri teladan kepada murid. Guru juga harus menghargai setiap murid
dan meraikan fitrah mereka yang beraneka ragam sifat. Intergiti juga harus dipupuk
dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut bersifat cekap, jujur, boleh
dopercayai, amanah, patuh kepada negara dan mempnyai kualiti untuk melakukan
setiap tugasan.

FPG juga berhasrat untuk membentuk guru yang dapat menerapkan nilai-nilai
kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Maka, melalui guru,
rakyat yang bersemangat patriotic dapat dihasilkan hasil didikan guru. FPG juga
bertujuan melahirkan guru yang dapat membangunkan disiplin murid agar mematuhi
peraturan dan undang-undang serta menegaskan anak murid supaya berasa
hormat sesama lain tidak kira agama, bangsa dan warna kulit.

Secara keseluruhan, Falsafah Pendidikan Guru dibentuk untuk melahirkan guru


yang bertanggungjawab dan berkelayakan bergalas sebagai pendidik anak bangsa
negara.

Anda mungkin juga menyukai