Anda di halaman 1dari 3

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha
menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang,
dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-
prinsip Rukun Negara.

Matlamat FPG
-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan
yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.

-Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang


keguruan

-Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.-


Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah
dan menengah di Malaysia.
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH

PENDIDIKAN GURU

1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan


pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan

2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah


Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3. Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada
diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru

4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang


sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan
pendidikan dan masa depan.

5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang


perkembangan pelajar
MATLAMAT
Proses penghasilan warga pendidik yang berkualiti dari segi profesional,
peribadi, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu,
kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai
kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wa asan
Pendidikan dalam abad ke-21.Cemerlang daripada pelbagai posisi
Kepekaan kepada aspirasi bangsa, masyarakat serta negara
Ketahanan diri seiring cabaran, pendidikan yang kompleks Pelengkapan diri
Penyemaian nilai-nilai murni (PPK) . Guru yang bepekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
aspirasi negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Anda mungkin juga menyukai