Anda di halaman 1dari 8

NILAI MERENTASI BUDAYA SEKOLAH

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Sikh. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang
kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara kita. Kurikulum
sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan
Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun ini bukanlah bermaksud
untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai
kemalaysiaan ini.

Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.
Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapkan dan
mengintegrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus mengikut pelbagai budaya kaum
dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua
murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat
atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan juga fahaman.

Pendidikan sebagai asas integrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai dan
langkah-langkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka
akan terbentuklah generasi yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa
dan satu pembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
NILAI MERENTASI KO-KURIKULUM

NILAI MERENTASI KO-KURIKULUM


Aktiviti kokurikulum didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar
bidang akademik. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti sukan, aktiviti badan
beruniform aktiviti kelab dan persatuan yang dilakukan di luar jadual persekolahan atau
kurikulum. Kegiatan kurikulum di sekolah diharap dapat melahirkan murid yang
seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).

Ini juga kerana pendidikan bagi menghasilkan insan harmonis dan seimbang tidak akan
berhasil jika kurikulum semata-mata digunakan sebagai media penerapan nilai-nilai
murni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyalurkan aspek
kurikulum ke dalam kokurikulm bagi meningkatkan keupayaan pendidikan
menghidupkan falsafah tersebut. Oleh yang demikian pengetahuan yang diperolehi dari
kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum. Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat
mengembangkan potensi, bakat murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab,
persatuan dan sukan.

Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri


inidividu ke dalam diri murid-murid. Nilai-nilai murni yang disisipkan melalui penerapan
nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran dapat dikukuhkan lagi
melalui kegiatan kokurikulum. Pengalaman menjalankan aktiviti kokurikulum akan
meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal,
intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui kefahaman yang jelas terhadap
konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam
kegiatan kokurikulum.
NILAI MERENTASI KURIKULUM

NILAI MERENTASI KURIKULUM


Secara umum nilai-nilai murni dalam kurikulum merupakan kesepaduan antara nilai
moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Pendidikan nilai adalah sebahagian
daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Pendidikan nilai menjadi salah satu unsur yang penting setelah Kementerian
Pendidikan melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam kurikulum.

FPN menegaskan penerapan 16 nilai murni masyarakat Malaysia dalam sistem


pendidikan Malaysia. Nilai-nilai murni ini terdapat dalam agama, tradisi dan adar resam
pelbagai kaum di negara ini serta selaras dengan nilai universal.Nilai-nilai murni ini
dirancang untuk merentasi kurikulum dan kurikulm tersembunyi. Justeru itu sukatan
mata pelajaran yang dibentuk berdasarkan KBSR dan KBSM telah mencadangkan nilai-
nilai yang dianggap releven dan dapat diserapkan ke dalam semua mata pelajaran.
Malah dalam sukatan untuk panduan guru yang disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, nilai-nilai murni bagi sesetengah mata pelajaran telah disenaraikan untuk
diterapkan oleh guru-guru ke dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam Pendidikan Moral
boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran
dalam bilik darjah.

Kerasionalan pengajaran nilai dalam merentasi kurikulum adalah kerana nilai-nilai murni
ini menjadi teras penting dalam semua mata kurikulum mata pelajaran di sekolah dan
juga FPN menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
berpegang teguh kepada agama. Justeru itu guru perlu memahami dengan jelas
konsep nilai merentasi kurikulum. Seterusnya guru perlu dapat melihat kaitan nilai
dengan aktiviti yang dicadangkan serta pendekatan yang sesuai yang dapat digunakan
untuk menerapkan nilai tertentu. Akhir sekali, guru juga perlu tahu bagaimana
mengintegrasikan nilai yang telah diterapkan.
Perkembangan Diri – Modal Insan

Pengenalan
Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah
yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya
serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi
meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak
industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu
dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia
ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan
mencukupi dengan keperluan negara pada 2020

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan


yang mempunyai:
1.jati diri yang kukuh
2.berketrampilan
3.berkeperibadian mulia
4.berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk:


1.berfikir secara kritis dan kreatif
2.berkemahiran menyelesaikan masalah
3.berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru
4.mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah.
Dasar dan Matlamat
1.Membangunkan modal insan mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni
2.Memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi,
menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin
3.Memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran
yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan
4.Melengkapi pelajar dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan
menggunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu
bertindak secara rasional
5.Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai yang tinggi, berupaya
menjadi pemimpin yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat

Status Semasa Modal Insan


Membangunkan modal insan yang memiliki penampilan unggul untuk mendukung cita-
cita negara serta menyediakan kepimpinan yang utuh

Ciri-ciri seseorang dengan penampilan unggul:


1.berhemah tinggi
2.berpendidikan
3.berjaya dalam bidang yang diceburi
4.amanah
5.berbudi pekerti
6.rajin
7.berdisiplin
8.ikhlas
9.tekun
10.Cabaran Melahirkan Modal Insan
11.Menyemai nilai-nilai yang akan menghasilkan perwatakan pelajar yang unggul
12.Tanggungjawab yang berat, usaha yang berterusan, penggemblengan tenaga dan
komitmen jitu daripada semua pihak

Tumpuan Dalam RMK ke-9 (Link http://www.pmo.gov.my/ )


1.Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
2.Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran
3.Membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar melalui:
4.pemantapan kurikulum
5.pemantapan program kokurikulum
6.pemantapan program sukan
7.pembudayaan adab dan budi bahasa
8.pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
9.pengukuhan disiplin pelajar
10. Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar

Fokus dan Strategi Perlaksanaan


1.Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
2.Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
3.Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrampilan
4.Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian dan penilaian supaya lebih holistik
5.Memantapkan program kokurikulum dan sukan
6.Memperkukuh disiplin pelajar
7.Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
8.Memantapkan kurikulum
9.Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi (link kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
http://apps.emoe.gov.my/bppdp/)
Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam Pendidikan Moral
Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 9
nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 12 nilai seperti yang berikut:

Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam KBSR


1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kebersihan fizikal dan mental
3.Harga Diri
4.Kerajinan
5.Hemah Tinggi
6.Kasih Sayang
7.Keserdehanaan
8.Kejujuran
9.Baik Hati
10.Berterima Kasih

Nil yang berkaitan dengan perkembangan diri KBSM


1.Kepercayaan Kepada Tuhan
2.Amanah
3.Harga Diri
4.Bertanggungjawab
5.Hemah Tinggi
6.Toleransi
7.Berdikari
8.Kerajinan
9.Kasih Sayang
10.Keadilan
11.Rasional
12.Keserdehanaan
Secara amnya, kesemua nilai berkaitan dengan perkembangan diri adalah untuk
memperkukuhkan insan modal seorang individu yang bermoral atau berakhlak mulia.
Senarai Pautan:
1.Jabatan Perdana Menterihttp://www.pmo.gov.my/
Bahagian Penyelidikan dan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
2.Malaysiahttp://www.apps.emoe.gov.my/bppdp
3.Pelan Induk Pembangunan Pendidikanhttp://www.moe.gov.my/pipp2006

Anda mungkin juga menyukai