Anda di halaman 1dari 34

SOALAN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha


memperkembangkan potensi individu ke tahap yang cemerlang jika diberi peluang
secukupnya. Pendidikan mampu melahirkan individu berilmu, berakhlak mulia, berbudi
perkerti tinggi, sopan, bertanggungjawab, berketrampilan dan sebagainya.
Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku ke atas individu yang lahir hasil
daripada proses pendidikan melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.Proses
mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan sistematik kerana tanpa ciri
tersebut proses ini akan mengalami banyak masalah serta halangan sehingga tidak
mendatangkan hasil yang diingini. Bagi mendapatkan sistem pendidikan yang
sistematik, ia perlu kepada asas atau falsafah pendidikan yang kukuh yang menajadi
dasar pendidikan. Falsafah pendidikan menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana
di dalamnya terkandung matlamat yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan
pendidikan yang akan diguna pakai dan ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam seseorang
individu itu.

Pengertian Falsafah

Falsafah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti pengetahuan


tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah berasal
daripada perkataan Yunani iaitu phileo yang bermaksud cinta dan sophia yang
bermaksud kearifan, kebijaksanaan atau hikmah. Cantuman kedua-duanya memberi
erti cinta kepada kearifan, kebijaksanaan atau kehikmahan.Secara konsepnya, falsafah
adalah sebagai suatu usaha mencari kebenaran atau keyakinan berhubung perkara
yang menggunakan minda dan akal fikiran juga sebagai pertimbangan terhadap suatu
perkara yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi penjelasan tentang sesuatu.

1
Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan dianggap sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang
mencerminkan pemikiran dan falsafah sesebuah negara. Ia adalah sebagai langkah
permulaan dalam proses pendidikan dan sebagai asas pergantungan kepada unsur-
unsur yang terdapat dalam pendidikan seperti matlamat, isi kandungan pendidikan,
pendekatan, strategi dan kaedah proses pengajaran. Menurut Abdul Fatah (2001),
falsafah pendidikan adalah suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang
membincangkan berbagai perkara mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut
dijalankan di sekolah.

Falsafah memainkan peranan sebagai tumpuan segala idea dan juga pemikiran
tentang pendidikan; falsafah dapat menjelaskan hala tuju kepada segala usaha untuk
memajukan sistem pendidikan negara, berperanan sebagai asas atau dasar dalam
menentukan matlamat pendidikan negara, dapat memberi panduan dalam menentukan
fokus dan kandungan kurikulum pendidikan; falsafah menunjuk arah kepada pelaksana
(sekolah dan institusi pendidikan) dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran; sebagai asas dan memberi arah kepada pembuat dasar
pendidikan menentukan corak sistem pendidikan negara.

Kurikulum sekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi individu


secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani
berteraskan penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Justeru itu,FPK telah
dijadikan garis panduan untuk memperbaiki dan memantapkan sistem pendidikan
Negara. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah
yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita.

2
Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri
yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta
skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan,
negara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal
di peringkat negara walaupun sistem pendidikannya adalah antara yang terbaik di
dunia.

Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak
panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka
lagi. Sejak itu, kita telah berusaha untuk membina satu sistem pendidikan yang
berteraskan falsafah, budaya dan nilai "bangsa Malaysia" sendiri dan berdasarkan
matlamat pembangunan yang sesuai dengan keadan dan keperluan bangsa kita.
Di negara kita falsafah pendidikan negara telah difikirkan sejak awal 1980-an lagi dan
telah diisytiharkan pada tahun 1988. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang diterbitkan pada 1979 adalah permulaan kepada
pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang lebih jelas.

Pernyataan Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut:


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan keluarga."
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).

3
Dalam Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara mengalami sedikit
tambahan dalam perkataannya dan kemudiannya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK);

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dengan mengambil kira seluruh


aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara
(Mok Soon Sang 1993).Pengubalannya juga memerlukan pertimbangan dibuat ke atas
beberapa faktor iaitu faktor agama yang dianuti oleh rakyat.Kedua, faktor sosial yang
meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.Ketiga,faktor politik yang menentukan
ideologi negara yang juga mempengaruhi dasar pendidikan.Keempat,faktor ekonomi
yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha memebawa pembangunan dan
kemajuan negara.Kelima ialahfaktor individu yang berkaitan dengan keperluan-
keperluan asas dan faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan rakyat memberi sumbangan
ke arah persefahaman antarabangsa.

4
Prinsip-Prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berikut adalah


huraian secara ringkas prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

1) Pendidikan satu usaha yang berterusan

Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan perpindahan pengetahuan, nilai-nilai


murni, adab dan akhlak serta kemahiran-kemahiran dari satu generasi ke satu
generasi.Manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sepanjang
hayat mereka.Contohnya dalam persaingan menguasai aplikasi sains,teknologi
maklumat dan komunikasi serta menangani cabaran globalisasi dan k-ekonomi.Untuk
menyesuaikan diri kepada perubahan ini,seseorang perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran terkini dari semasa ke semasa.Pendidikan sepanjang
hayat perlu diberi penekanan yang besar.Konsep pendidikan sepanjang hayat adalah
pendidikan pada peringkat awal iaitu pendidikan asas diperingkat rumah dan
tadika.Kedua ialah peringkat sekolah iaitu di sekolah rendah dan
menengah.Seterusnya,peringkat selepas sekolah.Misalnya,pendidikan di institut
pengajian tinggi,ditempat kerja,dalam komuniti,secara pembelajaran jendiri,berbentuk
ICT dan sebagainya.

2) Perkembangan potensi individu

Potensi ialah bakat dan keupayaan yang dianugerahkan oleh tuhan pada seseorang
individu sejak dilahirkan. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani yang perlu dicungkil, diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan
melalui proses pendidikan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan potensi individu.

5
3) Perkembangan menyeluruh dan bersepadu

Pengembangan potensi individu dilakukan ke peringkat optimum dengan cara


mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait antara satu sama lain.

4) Insan harmonis yang seimbang

Manusia yang baik dan sempurna ialah insan yang memiliki kedamaian jiwa, personaliti
yang tidak bercanggah di antara akal, rohani dan jasmani serta boleh menyeimbangkan
unsur-unsur akal, rohani dan emosi serta jasmani secara serentak, selaras dan
sentiasa terikat kepada kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan.Dalam erti kata
lainnya,insane seimbang merupakan insane yang memiliki ilmu pengetahuan,berakhlak
mulia,mempunyai kepercayaan dan keyakinan teguh kepada tuhan,mempunyai fikiran
dan jiwa yang tenteram,tubuh badan yang sihat serta dapat bekerjasama dengan orang
lain.

5) Unsur intelek

Unsur intelek ini meliputi aspek-aspek seperti hikmah, daya pemikiran yang logik,
analitis, kreatif dan inovatif serta ilmu pengetahuan yang benar.Selain itu, unsur ini
merangkumi kemahiran asas 3M,mendapatkan,meningkatkan dan menyebarkan ilmu
serta memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

6) Unsur rohani dan emosi

Aspek ini meliputi keyakinan terhadap Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan


jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi perkerti mulia,
berbakti dan berkorban untuk negara.Selain itu,menghargai dan mensyukuri pemberian
Pencipta. Seterusnya,perasaan tenang dan tingkah laku terkawal,memiliki dan
memupuk perasaan kasih sayang serta menghargai serta menilai keindahan dan
kesenian.

6
7) Unsur jasmani

Ini merujuk kepada kecergasan fizikal, kesihatan diri, pemanfaatan anggota dan tenaga
fizikal.Selain itu,mengembangkan bakat serta kemhiran mnipulatif dan teknikal sedia
ada serta menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan berusaha
meningkatkan daya pengeluaran.

8) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Ini bermakna seseorang individu yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara
tersendiri tetapi ada Penciptnya dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan
dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia hendaklah memikul
amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan
alam.Selain itu,manusia hendaklah melakukan kebaikan dan menghindari keburukan.

9) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Ini bermakna penduduk Malaysia memiliki ilmu yang benar dan menggunakannya untuk
manafaat diri dan orang lain.Seterusnya,rakyat Malaysia juga mestilah gemar
membaca,berfikran luas dan terbuka dan meningkatkan dan menyebarkan ilmu
pengetahuan.

10)Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi sentiasa rela
memberikan sumbangannya demi kemajian dan kesejahteraan agama, bangsa dan
Negara. Maksudnya,penduduk yang memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai
dengan tugas,mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dan melaksanakan
tugas dengan cekap dan sempurna.

7
11)Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Ini bererti penduduk yang memiliki tingkah laku yang baik hasil dari dorongan di dalam
jiwa. Proses pembentukan akhlak ini hendaklah berteraskan ilmu, keyakinan dan
amalan.Maksudnya menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan.

12)Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Ini bermakna penduduk hendaklah amanah terhadap Tuhan, negara, masyarakat dan
diri. Seterusnya mereka akan melaksanakana tugas dan tanggungjawab dengan
baik.Selain itu,penduduk juga mesti sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran
serta mematuhi peraturan dan undang-undang Negara dan berusaha memajukan
diri,keluarga,masyarakat,agama dan bangsa.

13)Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri.

Pendidikan hendaklah menghasilkan individu yang berupaya mencapai keseimbangan


dan keharmonian diri dan dengan itu akan memiliki jiwa yang tenang, damai dan
sejahtera.Aspek ini merangkumi perhubungan yang baik dam daya ketahanan diri yang
kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

14)Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Ini bermakna penduduk Malaysia rela berbakti dan berkorban untuk masyarakat dan
negara.Pendidikan bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang makmur dan
sejahtera hasil daripada hubungan yang harmonis di antara penduduk dengan Tuhan,
penduduk sesama penduduk dan penduduk dengan alam.Oleh itu, pendidikan
hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk
mematuhi-Nya. Selain itu,mengekalkan kestabilan negara,menghayati dan
mengamalkan prinsip-prinsip rukunegara serta memajukan ekonomi kea rah
perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains & teknologi.

8
Rangka Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1) Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Aspirasi FPK ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraskan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang Maha Esa.

2) Pengoperasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengoperasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan bagaimana aspirasi


yang terkandung dalam falsafah tersebut dilaksanakan di dalam program pendidikan
(semua peringkat : prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian
tinggi), corak dan proses pendidikan.

3) Hasil

Kesan akhir pendidikan sebagai yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan


Kebangsaan adalah ingin melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan
kepada Tuhan, patuh kepada ajaran agama, berilmu pengetahuan, beketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesihatan,
keselamatan dan kesejahteraan diri. Disamping itu ia juga ingin melahirkan rakyat yang
mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

9
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Latar Belakang:

            1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

            1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

            1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

            1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi

              “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

            1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah.

            1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

10
           

Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah

1) Menguasai kemahiran asas.


2) Menguasai kemahiran berfikir.
3) Memperoleh ilmu pengetahuan.
4) Menghayati dan mengamalkan nilai murni.  
5) Membentuk sahsiah yang positif.
6) Membina kemahiran sosial.
7) Memupuk semangat kewarganegaraan.
8) Menanam rasa cinta akan alam sekitar.
9) Memupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.
10)Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.
11)Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.

Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:

1) Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.


2) Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.
3) Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakan-nya
dalam menyelesaikan masalah harian.
4) Menguasai kemahiran belajar.
5) Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6) Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.
7) Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan
menjadikannya asas bagi amalan hidup.

11
8) Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.
9) Mempunyai semangat patriotisme.
10)Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia
dan alam sekitar.
11)Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.
12)Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
13)Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian
dan rekreasi dalam lingkungan kebuadayaan nasional.
14)Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
15)Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti.
16)Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-
ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.

Prinsip-Prinsip KBSR

1) Perkembangan menyeluruh.
2) Penguasaan kemahiran asas.
3) Pemupukan nilai-nilai murni.
4) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5) Prinsip mudah ubah.
6) Pendidikan umum untuk semua murid.
7) Pendidikan seumur hidup.
8) Bahasa merentas kurikulum.
9) Penilaian berterusan.

12
            Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran
pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan
empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-
nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata
pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Konsep Bersepadu

            Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud


kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori
dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik
darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.

Penekanan Dan Tumpuan KBSR

1) Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan


menulis).
2) Kemahiran berfikir.
3) Nilai merentas kurikulum.
4) Bahasa merentas kurikulum.
5) Patriotisme merentas kurikulum.
6) Strategi P & P yang berpusatkan murid.
7) Penilaian berterusan.
8) Pemulihan dan pengayaan.

13
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

a) Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.


b) Menggabung jalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik adrjah.
c) Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.
d) Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan
media elektronik.
e) Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan.

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran

a) Permainan simulasi.
b) Lakonan.
c) Permainan.
d) Demonstrasi / tunjuk cara.
e) Lawatan.
f) Bercerita.
g) Projek.
h) Tutorial.
i) iSesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas).
j) Percambahan fikiran.

14
Penilaian

1) Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa.


2) Penilaian sumatif dijalankan di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.

Tindakan Susulan

1) Pengayaan.
2) Pemulihan.
3) Pengukuhan.

Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya:

a) Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid.


b) Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan.
c) Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan.
d) Menggunakan bahasa yang sesuai.
e) Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.
f) Memberi peluang yang cukup kepada setiap murid.

15
Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.
Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Merujuk
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu
program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997
(www.moe.gov.my).

Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan
yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi
mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani,
2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah,
matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu
dijawab di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di
sekolah-sekolah agar mampu memenuhi tuntutan asalnya.Di bawah konteks pendidikan
Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat Malaysia.

16
Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi
pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan
menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.
Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu  sukatan
pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit
beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146). Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut.
Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah
diajar di sekolah tersebut.

Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan


pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid
selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak
melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari
semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah
dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah
ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.Perakuan 2(a) Laporan
Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979)
menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya
pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan
penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”.

17
KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet
iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar
mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan
alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat,
bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa
Kabinet,1979). Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi
iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik.
Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap,
kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam
dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan
rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.

Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1
hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran
yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran
yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui
sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi
kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Dalam Akta Pelajaran
(1961), menyatakan pada peringkat ini ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar
membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada
bahasa Cina, Tamil, dan Arab. Mata pelajaran tambahan ini diwujudkan bagi memenuhi
keperluan pelajar (Abdullah Sani, 2005: 175-178). KBSR dan KBSM digubal
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan
individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik
berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. 

18
FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga pendidikan diharap
akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi
kemakmuran negara kita Malaysia. Andai semua pihak yang bertanggungjawab
memainkan peranan masing-masing FPK pasti memberi kesan yang diharapkan. Bagi
melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua
generasi kehidupan.Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita
mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan 
dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar.

Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan


dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap
sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu pegawai
terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran,
pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003). Secara amnya, penyeliaan
dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan (    
Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam program akademik utama, penyeliaan dan
pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang utama iaitu bidang
organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran.

19
Terdapat lima aspek yang dinilai dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian
prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas, penyeliaan latihan dalam
pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran
mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan
bahan pengajaran dan penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab.Penilaian
prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-objektif pelajaran telah
dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan
mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh
menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam
kelas KBSR, penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu penilaian serta merta,
penilaian kemajuan dan penilaian pencapaian (Ee Ah Meng, 2003:148).

Biasanya, setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan


yang bertujuan untuk menyelaras Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKSM)
yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir, melapor dan mengambil
tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi.
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang
ditubuhkan bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya
panitia matapelajaran serta mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara
sistematik dan berkesan melalui penyeliaan pencerapan. Peranan utama jawatankuasa
kurikulum sekolah adalah merancang perlaksaan program jangka panjang dan jangka
pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi menentukan pencapaian kurikulum serta
mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan
kuriulum dan aktiviti kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah jawatankuasa
kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan.

20
Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap
satu yang mencakupi murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid
tahun empat hingga enam. Pada tahap ini penerapan nilai-nilai murni melalui sistem
pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum)
juga diperkenalkan dan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan
Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping
pemupukan budaya ilmu, sains dan teknologi. Malah  penekanan-penekanan terhadap
perpaduan negara, pemupukan budaya keusahawanan, pendedahan konsep
pengantarabangsaan, peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu, penumpuan
terhadap bidang teknik dan vokasional, serta penekanan dalam pembangunan negara
juga perlu dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran bagi peringkat
KBSR dan KBSM. (Ee Ah Meng, 1996:122-124) Sebagai contoh, bagi meningkatkan
pengukuhan perpaduan negara, mata pelajaran Sejarah telah diberi fokus yang baru.

Unsur patriotisme dan perasaan kekitaan telah diserapkan ke dalam mata


pelajaran sejarah dan setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran ini. Di peringkat
sekolah rendah, pelajar mengambil matapelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi
komponen Sejarah.Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR
dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang
dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil,
Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat
cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

21
Didalam dekad 90-an, Malaysia mengambil langkah untuk mengemaskini sistem
pendidikan Negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan dalam KBSR dan
KBSM.Di antara perubahan dan pelaksanaan kurikulum sekolah rendah KBSR yang
utama ialah :

1) Menyerapkan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran


didalam bilik darjah.
2) Matlamat pendidikan di sekolah rendah bukan lagi menekankan penguasaan
kemahiran asas sahaja tetapi tetapi penggunaannya dengan secara betul dan
jujur dalam sebarang urusan harian.
3) Kemahiran-kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang
kompleks mengikut tajuk masing-masing.Aspek pnyelesaian masalah yang
difikirkan sesuai diintegrasikan dalam setiap topik pelajaran.
4) Sukatan pelajaran bagi setiap subjek disusun semula mengikut perubahan dalam
susunan kemahiran sekolah rendah.Sehubungan itu,draf Sukatan Pelajaran
Tahun 1 yang disediakan pada November 1992, dilaksanakan pada Disember
1994.
5) Amalan perdagangan diserapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam topic-topik seperti wang,ukuran dan sukatan.Dengan itu,amalan
perdagangan tidak lagi menjadi satu topic yang diajarkan secara berasingan.
6) Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian
Tempatan mengikut jadual pelaksanaan seperti berikut :

22
Sesi Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
1994/95 Sains & Kajian Alam dan Manusia Alam dan Manusia
Tempatan
1996 Sains & Kajian Sains & Kajian Alam dan Manusia
Tempatan Tempatan
1997 Sains & Kajian Sains & Kajian Sains & Kajian
Tempatan Tempatan Tempatan

Tambahan lagi,kita boleh melihat bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK) menjadi asas kepada pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) melalui prinsip-prinsip KBSR.Prinsip yang pertama,perkembangan
menyeluruh.Ini berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang
menginginkan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,rohani,emosi,dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
tuhan.Prinsip KBSR yang seterusnya ialah pemupukan nilai-nilai murni.Ini selaras
dengan elemen FPK iaitu rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.Ciri-cirinya ialah
mempunyai perwatakan yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
sebagai prinsip hidup.

Seterusnya,penekanan dan tumpuan KBSR juga menjadikan FPK sebagai


asasnya iaitu penguasaan kemahiran asas 3M dan kemahiran berfikir.Penguasaan
kemahiran asas ini berkait rapat dengan salah satu elemen FPK iaitu unsur
intelek.Unsur intelek merangkumi mempunyai kemahiran asas 3M : membaca,menulis
dan mengira.Selain itu,berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,kritikal dan reflektif.

23
Selain itu,tujuan Kurikulum Sekolah Rendah juga bertunjangkan kepada
FPK.Pertamanya, mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.Ini terangkum di
dalam salah satu elemen FPK iaitu perkembangan potensi individu.Ciri-cirinya ialah
bakat,potensi dan kebolehan hendaklah dicungkil,dipupuk dan dikembangkan serta
dipertingkatkan.Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk
mengembangkan bakat,potensi dan kebolahan mereka.Kedua ialah menjaga kesihatan
dan kecergasan diri.Ia terdapat di dalam elemen FPK iaitu unsur jasmani.Unsur ini
menekankan kepentingan kesihatan fizikal,mengambangkan bakat dan kemahiran
teknikal,manipulatif dan sosial dan menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk
memanfaatkan masyarakat.Tambahan lagi, tujuan Pendidikan Sekolah Rendah juga
menjadikan FPK sebagai asas pembentukannya.Ini dapat dilihat melalui memupuk
semangat kewarganegaraan.Tujuan tersebut menjadikan salah satu elemen FPK iaitu
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara
sebagai asasnya.Ciri-ciri elemen tersebut ialah menjadikan rukunegara sebagai amalan
hidup,mempuk persefahaman keluarga,mematuhi norma masyarakat serta cintakan
negara.

SOALAN 2

24
Tanggungjawab mernbentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang
perIu dilaksanakan oleh para pendidik. Matlamat pendidikan negara ke arah
mewujudkan generasi berakhlak mulia telah dinyatakan dengan jelas di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan, 1996, Ms. 11) menyebutkan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Insan yang seimbang dan harmonis dihuraikan
di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sepertimana berikut: Insan ini juga akan menjadi
warganegara Malaysia yang baik. Mereka seharusnya hendaklah memiliki ciri-ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menegaskan sistem


pendidikan Negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insane yang baik berdasarkan
keyakinan,kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.FPK ialah pemantapan pemikiran
tentang pendidikan di Malaysia.Falsafah ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui
sebagai satu falsafah.Oleh itu, FPK perlu dijadikan teras kepada sistem pendidikan
negara ini dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat tinggi.

25
Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan hasrat Negara
yang diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan terbantut sekiranya
guru yang menjadi penggerak utama tidak berfungsi dan tidak memainkan peranan
yang berkesan.Konsep guru berkesan menurut Tajul Arifin Noordin dan Nor Aini (2002:
160).Terdapat dua pendekatan untuk melahirkan guru yang berkesan.Pertamanya ialah
guru perlu menghayati konsep pendidikan bersepadu dan seterusnya melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kedua ialah meningkatkan kualiti dan potensi guru
dalam aspek pedagogi dan kemahiran-kemahiran khusus dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Berita Harian 2 Oktober 2003 mendedahkan beberapa orang murid tahun enam di
daerah Kemaman menjadi mangsa liwat seorang guru sekolah berkenaan sejak Julai
lalu.Tindakan tidak bermoral itu sungguh memalukan kerana ia dilakukan oleh seorang
yang bergelar guru.Guru yang diberi kepercayaan oleh masyarakat dan Negara
merupakan model bagi pelajar dalam menjadi contoh teladan yang baik.Jika ini
berlaku,bagaimana pelajar dapat membentuk sahsiahnya sedangkan guru mempunyai
sikap yang tidak baik.Ini jelas menunjukan guru tidak berjaya memahami dan
menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masa
depan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan
memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Selain itu, guru
berperanan mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup dan
membawa inovasi untuk memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dan
negara.

26
Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan,
melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, disamping menjadi role
model kepada pelajar-pelajar mereka.Di peringkat sekolah, peranan guru dalam
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugas
seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukan
keperluan pelaksanaannya.

Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut saranan
kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya untuk tujuan
meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru perlu
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagi
kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Warga guru haruslah dapat
memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri supaya
mereka berkeupayaan mendidik para pelajar menuju ke arah matlamat ini.

Dengan kefahaman dan penghayatan yang mendalam ini, warga guru diharap
dapat menilai sendiri samada pengajaran mereka bersesuaian dan memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Azrin (2004), punca utama yang
menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
kerana mereka menghadapi masalah memahami prinsip-prinsip di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan menerapkan prinsip-prinsip yang abstrak dan sukar
difahami di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks Falsafah Pendidikan peningkatan keupayaan intelek dan


penguasaan sesuatu kemahiran adalah sama pentingnya dengan pemupukan nilai-nilai

27
murni dalam usaha melahirkan individu yang dianggap seimbang. Menurut Tajul Ariffin
(2002), kekuatan aspek rohani adalah paksi yang menjadikan seseorang individu itu
dapat mengharungi kehidupan sebagai hamba kepada penciptanya.
Jika diperhati dan dianalisis, pada hakikatnya kita sedang berhadapan dengan pelbagai
masalah yang mencabar kewibawaan profesion perguruan. Diantaranya ialah masalah
akhlak, iman, budaya lepak, buli, ponteng sekolah.

Oleh yang demikian pendidik harus sentiasa mempunyai persediaan ilmu,


kemahiran/profesional, ketahanan akal, ketahanan emosi, kekukuhan akhlak atau moral
dan ketahanan fizikal. Dalam menjalankan tugas, guru bukan saja menyebarkan ilmu
pengetahuan, tetapi menunjukkan sikap dan tingkah laku yang boleh diteladani oleh
pelajar-pelajar.Satu lagi realiti dalam masyarakat kini ialah pendidikan terlalu
mementingkan kejayaan individu, kebendaan dan kemewahan. Untuk mencapai tujuan
tersebut, hanya aspek akal atau intelek saja yang dikembangkan sedangkan aspek
akhlak dipinggirkan. Akibatnya lahirlah para intelek yang tidak berakhlak yang sanggup
menggunakan kepandaian untuk melakukan penyelewengan dan jenayah kolar putih.
Oleh yang demikian sewajarnya guru memberikan penekanan bukan saja dari aspek
kognitif dan intelek, tetapi juga dari aspek akhlak dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka.

Peranan Warga Guru Dalam Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Mempersiapkan generasi hari ini bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran
baru dalam era globalisasi terletak di tangan dan di bahu para guru di pelbagai
peringkat, amat mememerlukan kesedaran tinggi bagi memeperkembangkan dan
mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak
mungkin lagi dipertikaikan dan di pandang rendah.

28
Warga guru perlu mempertingkatkan profesional mereka dengan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat. Profesion keguruan masa kini telah menjadi semakin
kompleks hasil daripada perkembangan dan kemajuan dalam bidang pendidikan.
Perkembangan dan perubahan drastik dalam sektor ekonomi, sains, teknologi dan
komunikasi misalnya menuntut warga guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang-bidang tersebut.

Profesion guru terutama dalam zaman yang mencabar ini bukanlah semudah
yang disangka. Sebagai aritek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat
besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Guru
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-
citakan oleh negara. Disamping itu, guru juga sering dikaitkan sebagai agen perubahan
dalam agenda sosial, politik dan ekonomi.Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh
kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat yang perlu diterjemahkan
oleh guru dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

Peranan Pengurusan Pendidikan

Warga guru merupakan golongan yang mempunyai kedudukan terpenting dan


berada di barisan paling hadapan dalam melaksanakan segala program pendidikan
formal di sekolah. Sehubungan itu, kejayaan dan kegagalan program pendidikan
banyak bergantung kepada keupayaan guru melaksanakannya dengan berkesan dan
cemerlang. Oleh itu selain perlu mempunyai kelulusan dalam bidang akademik yang
setaraf, warga guru perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran terkini
dalam bidang pendidikan bagi membantu mereka memberikan sumbangan ke arah
kecemerlangan dalam bidang tersebut.

29
Sesungguhnya peningkatan profesionalisme guru banyak bergantung juga pada
pelbagai pihak lain, selain diri guru itu sendiri. Usaha untuk memantapkan profesion
perguruan memerlukan kerjasama semua pihak. Pihak pengurusan pendidikan boleh
membantu guru memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan dan meningkatkan
kualiti profesionalisme guru melalui:

a) Program latihan dan pembangunan perguruan

Program latihan dalam konteks ini meliputi latihan pra perkhidmatan dan latihan
dalam perkhidmatan. Tidak dinafikan bahawa institusi-institusi latihan perguruan, baik
maktab, institut mahupun universiti telah memainkan peranan yang besar melahirkan
para guru. Namun masih terdapat sebilangan tenaga pendidik di institusi pendidikan
tinggi kurang menghayati pendekatan bersepadu serta prinsip-prinsip dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dapatkah kita harapkan bahawa guru pelatih yang kemudian
mengajar di sekolah, yang tidak memperoleh pendedahan yang cukup daripada
pensyarahnya, mencapai tahap profesionalisme yang sewajarnya? Berkaitan dengan
latihan dalam perkhidmatan pula, adalah perlu Kementerian Pelajaran membuat
perancangan semula yang lebih rapi agar para guru benar-benar memperoleh
maklumat dan kemahiran yang secukup-cukupnya tentang prinsip-prinsip Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan aspek kaedah pengajaran menurut pendekatan
bersepadu. Kita nampaknya kaya dengan idealisme dan gagasan (sesuatu yang
memang positif) tetapi agak kurang memperhatikan aspek pelaksanaan yang berkesan.

b) Pemantauan dan penyeliaan

Pemantauan dan penyeliaan yang lebih rapi adalah perlu untuk memastikan
terlaksananya pendidikan menurut pendekatan bersepadu. Hanya dengan pemantauan
yang berkesan sahaja barulah segala idealisme dan gagasan yang melandasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Reformasi Pendidikan dapat dipastikan pelaksanaannya.

30
c) Galakkan dan sokongan

Galakkan dan sokongan dari pentadbir sekolah tidak kurang pentingnya dalam
menentukan peningkatan profesionalisme pendidik. Namun iltizam, sikap dan
kesungguhan setengah-setengah pentadbir sekolah dalam pelaksanaan hal ini
kadang-kadang amat mengecewakan.Pihak pentadbir sekolah perlu memeberi
tumpuan yang serius terhadap motivasi kendiri guru-guru, perasaan individu dan
keperluan perkembangan profesionalisme mereka. Sehubungan itu, pentadbir sekolah
perlu mewujudkan peluang atau saluran dan kemudahan kepada guru-guru untuk
pembangunan kebolehan, potensi dan kemahiran supaya mereka boleh menyumbang
kepada kecermerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.

d) Pengiktirafan dan penghargaan

Faktor penghargaan dan imbalan kepada guru sudah sering diperkatakan. Skim
perkhidmatan yang menawarkan imbalan yang kurang seimbang dengan sifat kerjaya
guru yang amat mencabar serta ketiadaan kemudahan dan faedah tertentu turut
menghambat upaya peningkatan profesionalisme guru. Beban tugas guru kini turut
memberikan kesan kepada upaya peningkatan profesionalisme guru. Waktu pengajaran
yang banyak, saiz kelas yang besar, dan kurangnya bantuan kakitangan sokongan
menyebabkan guru berasa tertekan.

e) Cadangan

Warga guru perlu dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang
dirancang dengan objkejtif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang
dirancang. Warga guru juga perlu meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran,
kaedah penilaian, pendekatan dan strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan

31
merealisasikan hasrat falsafah pendidikan tersebut.Dalam proses memikirkan dan
merancang objektif nilai-nilai murni, adalah sama prosesnya dengan merancang bagi
kemahiran kognitif (kefahaman) atau kemahiran psikomotor kerana objektif nilai-nilai
murni adalah objektif afektif. Objektif efektif ini dapat diterjemah ke dalam bentuk unit-
unit tingkah laku yang dapat dilihat, didengar dan diukur jika dirancang dengan teliti.

Berikut adalah beberapa cadangan yang difikirkan perlu dilihat oleh warga guru
dan pihak pengurusan pendidikan dalam mencapai hasrat dan aspirasi yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

• Guru seharusnya terlebih dahulu perlu diberi pemahaman dan penghayatan tentang
pengertian setiap pernyataan yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya mereka berkeupayaan untuk mendidik pelajar-pelajar ke arah
matalamat yang bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
kerana kejayaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak bergantung kepada sejauh
mana guru memahami konsep-konsepnya dan bagaimana mereka menerapkannya
dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Kajian semula dan kemaskini kurikulum latihan perguruan agar lebih terkini dan
releven selaras dengan perubahan dalam bidang pendidikan yang bersifat global
sebagai persiapan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik dan menyampaikan
ilmu kepada pelajar. Disamping itu kurikulum pendidikan guru seharusnya bersifat
intelektual yang tinggi dari segi akademik dan profesionalisme.

32
• Guru perlu lengkapkan diri dengan akhlak dan peribadi mulia yang akan menjadi role
model kepada anak didiknya. Guru seharusnya menjadi teladan kepada pelajar bukan
sahaja dari aspek ketrampilan tetapi juga dari aspek pendidikan dan profesionalisme
dalam pembinaan generasi masa hadapan.

• Sebarang rombakan dalam sistem pendidikan bukan dibuat secara ad hoc tetapi perlu
secara menyeluruh meliputi guru, sekolah dan pelajar. Elakkan amalan ujicuba tanpa
membuat sebarang kajian mendalam dan berhati-hati terhadap implikasinya
pelaksanaannya dan supaya ia tidak bersifat situasi.

• Dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang dengan objektif
nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Disamping itu penerapan
nilai-nilai murni ini seharusnya dimulakan dari peringkat rendah dan dilaksana secara
berterusan. Komponen unsur nilai murni ini sangat penting sebagai teras di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana apa yang hendak dilahirkan adalah
perwatakan insan dalam diri manusia yang dijadikan Tuhan. Oleh itu unsur-unsur ini
perlu dinyatakan dengan sengaja dan jelas agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar di
dalam menghayatinya (Hussein 1993).

• Merealisasikan transformasi pendidikan dan sebagai agen perubahan, guru


seharusnya dapat menterjemah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam aktiviti
kurikulum dan ko kurikulum. Penekanan yang lebih dalam bidang ko kurikulum,
contohnya dalam sukan dan aktiviti persatuan dan kelab merupakan salah satu cara
yang berkesan ke arah pembentukkan individu yang terpelajar, terdidik dan mempunyai
sahsiah yang lebih positif.

33
• Pengoperasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendak dilaksanakan di semua
peringkat dengan kurikulum yang digubal berasaskan pendidikan bersepadu, oleh itu
adalah penting untuk guru benar-benar dapat mentafsir dan memahami apa yang
dihasratkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, bertanggungjawab


dan berkebolehan sebenarnya mencakupi tiga unsur asas yang penting iaitu kognitif
(akal), afektif (sikap) dan psikomotor (kemahiran). Oleh itu tumpuan yang seimbang
dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor harus diberi penekanan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan dapat memberikan manafaat dan kesan
yang positif kepada diri pelajar.

• Meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, pendekatan dan


strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Warga guru sebagai pelaksana segala agenda dalam bidang pendidikan adalah
insan yang bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu
sistem pendidikan itu sendiri. Sehubungan itu, guru seharusnya memperkembangkan
profesionalisme mereka dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui
penglibatan di dalam segala latihan yang berkaitan dengan mendapat sokongan padu
dan galakan daripada pihak pengurusan pendidikan.

34

Anda mungkin juga menyukai