Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Sikh. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang
kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara kita. Kurikulum
sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan
Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun ini bukanlah bermaksud
untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai
kemalaysiaan ini.
Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.
Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapkan dan
mengintegrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus mengikut pelbagai budaya kaum
dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua
murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat
atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan juga fahaman.
Pendidikan sebagai asas integrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai dan
langkah-langkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka
akan terbentuklah generasi yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa
dan satu pembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
NILAI MERENTASI KO-KURIKULUM
Ini juga kerana pendidikan bagi menghasilkan insan harmonis dan seimbang tidak akan
berhasil jika kurikulum semata-mata digunakan sebagai media penerapan nilai-nilai
murni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyalurkan aspek
kurikulum ke dalam kokurikulm bagi meningkatkan keupayaan pendidikan
menghidupkan falsafah tersebut. Oleh yang demikian pengetahuan yang diperolehi dari
kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum. Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat
mengembangkan potensi, bakat murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab,
persatuan dan sukan.
Kerasionalan pengajaran nilai dalam merentasi kurikulum adalah kerana nilai-nilai murni
ini menjadi teras penting dalam semua mata kurikulum mata pelajaran di sekolah dan
juga FPN menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
berpegang teguh kepada agama. Justeru itu guru perlu memahami dengan jelas
konsep nilai merentasi kurikulum. Seterusnya guru perlu dapat melihat kaitan nilai
dengan aktiviti yang dicadangkan serta pendekatan yang sesuai yang dapat digunakan
untuk menerapkan nilai tertentu. Akhir sekali, guru juga perlu tahu bagaimana
mengintegrasikan nilai yang telah diterapkan.
Perkembangan Diri – Modal Insan
Pengenalan
Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah
yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya
serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi
meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak
industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu
dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia
ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan
mencukupi dengan keperluan negara pada 2020