Anda di halaman 1dari 8

SGDV4213 CURRICULUM FOR MORAL EDUCATION

“PADAH BULI”

GROUP A1

‘SEMALAM DI BUMI SINTOK ‘

PREPARED FOR:

DR.NOR FAUZIAN BINTI KASSIN

PREPARED BY:

NOR HANIM BT CHE HARUN

833008

TARIKH:
ISU-ISU BERKAITAN NILAI DAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DALAM KONTEKS

DI MALAYSIA

“PADAH BULI”

PENGENALAN

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan


lancar perancangan pengajaran harus dilakukan tanpa gangguan dan guru perlu merancang
kaedah struktur pengajaran di kelas dengan baik.Salah satu punca tingkah laku pelajar
merosotkan prestasi seseorag individu berkemungkinan berpunca daripada pengajaran guru
yang di rancang secara tidak teratur.. Kemahiran guru yang tidak efektif dalam perancangan
mengajar akan mengakibatkan proses mengajar di dalam kelas pelajar tidak terkawal.
Seterusnya bagi melahirkan modal insan yang seimbang guru seharusnya menekankan
kaedah pengurusan di dalam kelas seacara teratur ia salah satu pemangkin kecemerlangan
seseorang individu.

Oleh itu perancangan pengajaran yang melibatkan sistem pendidikan kurikulum amat
penting dalam kehidupan kerana pendidikan di Malaysia adalah satu tonggak bagi
melahirkan insan-insan penting untuk membangunkan sesebuah negara .Pembelajaran dan
pengajaran perlu diketengahkan pada setiap indidvidu dengan mengikut kurikulum yang
sesuai mengikut peringkat individu tersebut.Kurikulum yang melibatkan murid dalam kelas
atau luar kelas seharusnya memainkan peranan yang penting untuk membentuk semula
keberhasilan pelajar terhadap pendidikan di Malaysia .Ekoran isu keciciran pelajar yang
berlaku akibat fasa pendemik dua tahun lepas memberi kesan yang kurang impak terhadap
Pendidikan.

PENGERTIAN KURIKULUM

Secara asalnya kurikulum berasal dari Bahasa Latin diterjemahkan iaitu bahan pengajaran
yang diguna oleh setiap pusat pendidikan ,istilah kurikulum ini diterapkan berdasar
beberapa mata pelajaran yang seharusnya ditempuhi oleh pelajar untuk mencapai
pendidikan yang baik. kurikulum juga dapat difahami oleh pelajar dapat memperolehi
pengalaman di bawah naungan sekolah dengan pengetahuan dan pemahaman serta
mengubah apresiasi sikap dan nilai seseorang individu di sekolah.untuk mencapai tujuan
pendidikan yang berkualiliti

Kurikulum adalah berkaitan dengan tujuan pembelajaran ,isi pembelajaran serta metode dan
evalusi yang digunapakai dalam proses kaedah pembelajaran ,pada masa yang sama
kurikulum pendidikan dapat menerapkan disiplin atau tingkah laku individu secara
baik.Selain itu,ia juga dapat disimpulkan pelbagai aspek dari segi pengetahuan
ilmu ,keterampilan individu ,sikap dan nilai-nilai murni yang ingin ditanamkan kepada
semua pelajar .Tujuan ini dapat mengawal proses pembelajaran agar mencapai hasil yang
berkesan dan diinginkan dari lembaga pusat pendidikan .Pendidik kurikulum juga sentiasa
meningkatkan perubahan dan perkembangan mengikut peredaran semasa untuk
menghasilkan kualiti yang lebih menarik dan berkesan.

PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran teras bagi murid-murid bukan Islam di
peringkat sekolah rendah dan menengah (Chang, 2010). Murid bukan Islam merujuk kepada
pelbagai penganut agama di Malaysia seperti Kristian, Hindu, Buddha, Taoism, Sikhism dan
penganut animisme dan paganism.Manakala murid yang beragama Islam pula mempelajari
Pendidikan Islam (Vishalache, 2010). Justeru, mata pelajaran Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam mempunyai persamaan dari segi aspek matlamat iaitu membangunkan
masyarakat yang berdisiplin, beretika dan bersatu

Pendidikan moral adalah suatu bentuk pendidikan yang bertujuan untuk


mengembangkan budi pekerti dan akhlak individu. Fokus utama adalah membentuk nilai,
sikap dan tingkah laku yang positif dalam kehidupan seharian. Pendidikan moral bertujuan
untuk membantu individu memahami perbezaan antara betul dan salah, mengembangkan
rasa tanggungjawab, menghormati hak orang lain, dan memahami konsep etika.Bahan
pendidikan moral selalunya merangkumi nilai-nilai asas seperti kejujuran, integriti, gotong-
royong, toleransi, menghormati kepelbagaian, dan sikap positif terhadap alam sekitar.
Matlamatnya adalah untuk membentuk warganegara yang baik, penyayang dan
bertanggungjawab dalam masyarakat.Pendidikan moral dapat diajarkan pada berbagai
peringkat pendidikan, dari peringkat rendah hingga tinggi, dan dapat dimasukkan ke dalam
kurikulum formal atau tidak formal. Dengan menggalakkan kefahaman tentang etika dan
nilai moral, pendidikan moral berusaha membentuk individu yang mempunyai kesedaran
moral yang tinggi dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral melibatkan aspek intelek, afektif dan
tingkah laku di dalam bilik darjah. Aspek- aspek ini penting untuk mencapai tahap
kematangan moral individu dan membantu pelajar untuk mengenali, memahami dan
melakukan sesuatu tingkah laku yang bermoral .Tumpuan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) Pendidikan Moral adalah mengkaitkan situasi atau isu-isu di dalam negara mahupun
di luar negara agar membantu pelajar dalam menghadapi konflik moral berdasarkan kepada
nilai dan prinsip moral yang dipelajari. PdP akan lebih efektif sekiranya guru mengkaitkan
peristiwa sebenar dengan kehidupan manusia . Proses pengajaran Pendidikan Moral ialah
penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran oleh guru. Keberkesanan pengajaran diukur
berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dan hasil pembelajaran dicapai dalam
membantu pelajar memahami kandungan pembelajaran. Justeru, guru memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Perancangan PdP guru Pendidikan Moral harus meningkatkan keinginan pelajar untuk
menerokai pengetahuan baharu dan mengaplikasikan nilai terhadap keadaan sebenar.

Pentingnya nilai pendidikan moral dalam pembentukan seseorang individu di negara


Malaysia mahupun luar negara kerana ia akan memberi impak yang besar sekiranya kurang
didikan moral ,Namun beberapa pihak berpendapat bahawasanya pendidikan moral
memiliki peranan yang amat penting dalam membentuk watak dan nilai-nilai masyarakat
berintegriti. Namun, ada beberapa pihak berpandangan yang berpendapat bahawa
pelaksanaanya mungkin tidak efektif atau kurang relevan. Pendidikan moral di Malaysia,
seperti banyak negara lain, dianggap penting kerana ia mempunyai kesan yang signifikan
dalam membentuk watak dan nilai moral seseorang pelajar. Berikut adalah beberapa sebab
mengapa pendidikan moral dianggap penting di Malaysia. Pembentukan moral pada
seseorang individu perlu memberi penekanan dengan lebih terperinci kerana ingin
membentuk karakteria seseorang dan mengajarkan nilai-nilai moral yang beretika. Justeru ia
merangkumi pada seluruh aspek seperti sikap, kejujuran, integriti, tanggungjawab, dan rasa
saling menghargai satu sama lain.

Perkembangan sikap kewarganegaraan yang baik akan mencetus pendidikan moral iaitu
berperanan untuk membentuk pelajar sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan
mengambil peduli terhadap Masyarakat lain . Ini menunjukan seseorang akan peka tentang
hak dan kewajiban sebagai warganegara serta rasa kebersamaan dalam kehidupan
berbangsa dan bernegara .Justeru akan dititik beratkan untuk faham Pluralisme Agama dan
budaya Malaysia adalah negara yang pelbagai agama dan pelbagai bangsa yang dianut .
Pendidikan moral membantu pelajar memahami dan menghargai perbezaan agama dan
budaya, serta menggalakkan toleransi dan keharmonian antara masyarakat beragama.

Untuk pembentukan individu yang efektif dari sudut intelek seharusnya memberi
penekanan pada pencegahan terhadap seseorang individu yang negatif aiatu menerapkan
pembelajaran nilai-nilai moral dan pendidikan moral juga dapat membantu mencegah
terjadinya tingkah laku yang negatif seperti kekerasan, penderaan , dan
penyalahgunaan.Pelajar akan diterapkan untuk membuat keputusan secara bermoral dan
baik dalam kehidupan seharian Tujuan pembentukan nilai moral seseorang pelajar agar
memberi persiapan pada masa depan dalam masyarakat untuk berkembang dan berubah
mengikut peredaran zaman .Seseorang individu akan diterapkan dengan keterampilan
moral yang lengkap serta menyeluruh untuk menghadapi cabaran yang kompleks serta peka
untuk membuat keputusan yang beretika dalam sesuatu situasi .

Pendidikan moral yang beretika akan memberikan dasar yang luas untuk perkembangan
seseorang seperti persiapan ia untuk menyiapkan diri untuk hidup bersosial. Pendidikan
moral juga membantu individu dalam memahami hubungan sosial yang luas dan
berkomunikasi secara efektif, dan boleh memberi kerjasama dalam sesuatu kumpulan
Tujuan Ini penting untuk membentuk individu yang dapat menyumbang secara positif
kepada masyarakat serta membanteras jenayah buli. Pendidikan moral dapat menjadi alat
untuk mengatasi masalah ketidaksamaan dan kejahatan sesuatu Masyarakat .

Dengan memahami nilai-nilai moral, seseorang individu dapat menjadi agen perubahan
yang positif dalam memerangi perkara yang tidak adil .Dengan demikian, pendidikan moral
dalam pembelajaran dan pengajaran di Malaysia dianggap penting kerana tidak hanya
memberikan pengetahuan tentang nilai-nilai moral, tetapi juga membantu membentuk
kepribadian dan karakter individu agar mereka menjadi sesuatu masyarakat yang beretika
dan bertanggungjawab.,ia menjadi topik utama dalam penghujahan dalam pelbagai
masyarakat, termasuk di negara Malaysia. Beberapa isu yang berkait dengan isu agama
dalam membentuk nilai moral pendidikan yang melibatkan pertimbangan berikut, Di
Malaysia terdapat pelbagai budaya dan agama. Isu timbul apabila peranan agama dalam
pendidikan akhlak dianggap memberikan cabaran dalam melayan semua agama dan
kepercayaan dalam masyarakat secara adil dan saksama.

Krisis moral serta disiplin pelajar kian meruncing di negara Malaysia pada era globalisasi
kini makin meningkat tanpa mengedahkan sesiapa sahaja atas perlakuan tersebut..Sikap
yang diperlihatkan bagi status pelajar tidak sopan dan kurang beradab pada khalayak
umum .Ada segelintir pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah dengan berpakain
sekolah tanpa mengendahkan sesiapa sahaja yang dilihat,dan ada juga memukul pelajar
lain kerana amarah yang tidak dapat dikawal dengan baik , ini salah satu kurangnya moral
dan mencemarkan nama intitusi Pendidikan di Malaysia . Kita tidak nafikan semakin ramai
pelajar di bangku persekolahan, kian banyak kerenahnya. Malah, makin menjadi-jadi pula
tingkah laku negatif yang kadang-kadang tidak disangka-sangka berlaku.Kes seperti ini
memperlihatkan betapa krisis moral dan disiplin dalam kalangan pelajar meruncing.
Walaupun ia sering dikesan sejak alam persekolahan, sikap generasi masa kini berbeza
benar seiring perubahan zaman.

Oleh demikian faktor Penilaian dan pemantauan dalam konteks pendidikan moral ia
merupakan aspek agak penting bagi memastikan keberkesanan kurikulum dan pengajaran
pada pelajar >>>>>>>>SAMBUNG KARANG

Salah satu sebuah intitusi pendidikan yang terkenal di Malaysia di gemparkan dengan
permasalahan isu buli.Isu buli ini sering di dengari dan ditimbulkan pada setiap tahun dan
saya percaya serata-rata sekolah rendah mahupun menengah pasti ada permasalahan kes
buli dan lain-lain lagi,cumanya kemungkinan berbeza antara kes buli kecil atau besar
sahaja.Permasalah pelajar yang timbul ramai yang menganggap timbul kes buli bermula
dari latar belakang keluarga bermasalah ,kurang kasih sayang keluarga ,masalah
kewangan dan sebagainya,mungkin dengan tindakan seseorang yang kurang moral itu
disebabkan dengan tindakan beliau menonton aksi-aksi keganasan ,dan pengaruh rakan
dan kemudian dipraktik untuk menunjukkan kekuatannya.ini tidak dinafikan,bahkan ada
sesetengah pelajar yang ada kes berkaitan buli adalah pelajar yang berlatar belakang
golongan yang berada dan berpelajaran tinggi ,Malah sesetengah pelajar yang bertindak
demikian tidak dapat boleh berfikir dengan rasional atas tindakan yang tidak bermoral
dengan perbuatan atas pelajar lain .Hari demi hari pendidikan moral yang di terapkan
menunjukkan kurang dipratikkan dalam kehidupan harian .Akibat lemah dari sudut
kerohanian ,mereka tidak dapat membezakan di antara yang betul dan yang salah dan ada
sesetengah perbuatan buli hanya suka-suka tanpa ada sebab .Ada beberapa pakar ilmuan
menyebut perbuatan buli di peringkat sekolah ini kemungkinan kuran keberkesanan
pendidikan agama dan pendidikan moral yang di ajar di sekolah .Pentingnya nilai moral
pada seseorang akan melahirkan sifat keperibadian akhlak terpuji dan menunjukan didikan
agama yang lengkap .Justeru pihak intitusi pendidikan perlu memanjangkan isu ini amat
serius di kalangan pelajar dan perlu memberi penekanan yang lebih untuk melahirkan ramai
pelajar yang bermoral dan sekaligus pihak sekolah perlu mengadakan program berkala
tahunan konsep “sekolahku syurgaku sejahtera” agar dapat membendung kelakuan dan
tingkah laku pelajar yang bermoral dan beretika .>>>> SAMBUNG KARANG

Bibliography
KEKURANGAN NILAI MORAL BERPOTENSI MELAHIRKAN PEMBULI. (2021, 12 22). Retrieved from
bernama.com: https://www.bernama.com/bm/b_fokus/news.php?id=2036119

Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek : satu kajian tindakan di kelas
Pendidikan Moral. (2021, 11 24). Retrieved from https://journalarticle.ukm.my/17673/

Krisis moral, disiplin pelajar kian meruncing. ( 2021 @ 10:45am, 3 15). Retrieved from
bharian.com.m:
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/03/796254/krisis-moral-
disiplin-pelajar-kian-meruncing

SUSUR GALUR ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA. (2022, 9). Retrieved
from .researchgate.net:
https://www.researchgate.net/publication/372104099_Susur_Galur_Isu_dan_Cabaran_Pend
idikan_Moral_di_Malaysia_Satu_Sorotan_Kajian

Anda mungkin juga menyukai