Anda di halaman 1dari 15

PERANAN GURU PENDIDIKAN

MORAL DALAM MEREALISASIKAN


ASPIRASI NEGARA
Pengenalan
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam
merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk
mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu
subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang
berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam
usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru
Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi
contoh (role model) kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan
(sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses
perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu
proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara
lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran,
emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar
dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik,
pengajar dan pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas
menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam
arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar
atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam
usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.
Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang
berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan
moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang
bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan
Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah
mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada
keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan
dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal
melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus perkembangan
moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk
nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja
yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh
pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan
Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan
mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri
harus di bentuk ke arah profesionalisme.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPK)


FPK antara lain menyatakan, “ Pendidikan di Malaysia
ialah suatu usaha berterusan kearah mengembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan”. Maka adalah penting bagi guru untuk
meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara
mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung didalamnya.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid, tetapi bertanggungjawab menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga
kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang
dipegang dan budaya yang diterima olehnya.‟ Sebenarnya,teras
utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan
memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata
pelajaran yang diajar olehseseorang guru, penerapan nilai murni
itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas
kurikulum’.
Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan
yang penting sebagai penggilap potensi anak muridnya. Setiap
manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masing-masing,
tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang
guru,bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi
keistimewaan itu yang dicari dan digilap agar menjadi manusia
yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk
masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak
mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak
disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid
secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu
dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah
mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang telah
diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing
perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling
untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal
insan.Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika
profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan
sebagaimana yang termaktub dalam FPK.
Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha.
Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru
perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir
secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya
ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak
muridnya.Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran
kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan
lagi daya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-
idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang
kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta
berkebolehan.
Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik
kemahiran asas. Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah
guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar
kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana
keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan
kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan
kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu
yang diperolehinya kepada orang lain.
Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen
sosialisasi. Agen sosialisasi disini bermaksud memberi peluang
kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmupengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri
danmasyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk
memastikan perubahan danperkembangan tingkahlaku murid
adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Tugas
guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk
sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan
kendiri dan tuntutan masyarakat.
PERANAN GURU DALAM RUKUN NEGERA
Dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara, guru pendidikan moral
sememangnya memainkan peranan yang penting kerana mereka
adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan
murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain
yang hanya menggabungjalin nilai-nilai murni ke dalam
matapelajaran teras.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara
adalah kepercayaan kepada tuhan. Faktor kepercayaan kepada
agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh
guru pendidikan moral kepada murid-muridnya. Masyarakat amat
mengharapkan pihak sekolah dan guru-guru dapat
meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada tuhan
dan agama. Dalam era zaman sekarang,terdapat ibu bapa
terlalu sebok mementingkan kebendaan, keseronokan dan
hiburan. Pengisian rohani tidak diambil peduli, justeru itu guru
pendidikan moral perlu berusaha untuk mendidik masyarakat
percaya kepada tuhan untuk melahirkan generasi yang seimbang
dari aspek rohani, jasmani dan intelek. Kekuatan jiwa murid-
murid dapat ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan
terhadap kepercayaan kepada tuhan.

Prinsip kedua rukun negara ialah Kesetiaan Kepada Raja


Dan Negara. Prinsip ini merupakan perkara penting sebagai
seorang rakyat Malaysia untuk difahami oleh murid-murid. Guru
perlu menekankan kepentingan setia kepada raja dan negara.
Penghayatan terhadap prinsip kedua rukun negara mampu
membentuk masyarakat Malaysia dan bersatu padu kerana Raja
adalah Payung Negara yang menaungi rakyat diseluruh negara
itu. Guru perlu menekankan bahawa institusi raja tidak boleh
diperlekeh, dicemari dan dipolitikkan .
Guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan
kepentingan mengenai menghormati institusi diraja. Sejarah
penubuhan sesebuah negeri, sejarah kesultanan melayu, raja
berperlembagaan antara inti pati ilmu yang boleh disampaikan
oleh seorang guru pendidikan moral untuk menimbulkan
perasaan kasih sayang dan taat setia murid-murid kepada
pemimpin dan negara. Guru juga perlu menyatakan kesan
terhadap negara jika murid-murid tidak menunjukkan taat setia
kepada pemimpin, raja dan negara. Banyak masalah mungkin
akan dihadapi seperti berlakunya rusuhan jika tiada perasaan
taat setia kepada negara. Perasaan sayang dan cintakan negara
mungkin juga lebih berkesan sekiranya lawatan ke tempat-tempat
yang meninggalkan sejarah turut dilawati.
Dalam aspek Keluhuran Perlembagaan pula menjadi
asas untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri. Setiap rakyat mempunya kedudukan yang sama dari segi
undang-undang. Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak
asasi, kebebasan rakyat dan keadilan social untuk semua kaum
di Malaysia. Guru pendidikan moral perlu menegaskan tentang
kepentingan kesepaduan antara kaum yang menjadi perkara
asas dalam membina masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan bahasa
kebangsaan dalam pertuturan seharian.
Prinsip keempat rukun negara iaitu kedaulatan undang-
undang membawa maksud setiap rakyat adalah sama taraf di sisi
undang-undang negara, tanpa sebarang diskriminasi kaun,
gender, agama mahupun kedudukan . dalam mendidik murid-
murid agar mematuhi peraturan dalam kehidupan seharian, guru
pendidikan moral boleh mendidik murid-murid untuk mematuhi
undang-undang dan peraturan sekjolah seperti hadir ke sekolah
tepat pada masanya, menjaga kebersihan sekolah dan lain-lain
peraturan sekolah. Hal ini bvoleh menjadikan murid lebih
berdisiplin dan mampu menjaga disiplin dan peraturan dalam
hidup mereka.
Prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan pula
menjadikan guru berperanan untuk menjaga keterampilan diri
dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana guru adalah idola
murid-murid dan masyarakat setempat. Guru juga berperanan
menjaga adap dan sopan pada tahap yanmg cemerlang. Guru
bukan sahaja perlu mengajar nilai –nilai murni tetapi juga
berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai murni tertsebut.

PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN WAWASAN 2020


Wawasan 2020 merupakan perancangan strategik jangka
panjang yang berkaitan dengan halatuju pembangunan negara
Malaysia menjelang dekad akan datang. Dalam tempoh masa ini
kelak, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berdasarkan
“acuan sendiri” (Malaysia, 2001). Dasar pembangunan mapan
memerlukan negara merangka pelan tindakan bagi mencapai
matlamat menjadi negara maju. Pembangunan negara yang
bergantung kepada pengetahuan teknologi, pengurusan dan
sebagainya adalah kekunci kejayaan negara daam meningkatkan
kemajuan, kemakmuran dan pengagihan kekayaan dapat
dilakukan dengan lebih adil dan saksama.
Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara
yang sangat penting. Melalui dasar-dasar kerajaan seperti Dasar
Pembanguanan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perpaduan
di negara ini. Pelbagai lapisan masyarakat telah melibatkan diri
dalam banyak dasar ini bagi mencorak dan membentuk indentiti
negara Malaysia yang bersatu padu.
Bagi melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas,
teguh dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sewajarnya
rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian serta tabah
menghadapi cabaran. Bangsa yang gagah dan tabah adalah
bangsa yang ingin berjaya dan sanggup berjuang
mempertahankan maruah negara. Setiap warganegara harus
menyedari peranan masing-masing selari dengan usaha
memajukan negara ke persada dunia supaya Malaysia sentiasa
dikenali di seluruh dunia.
Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan
dibina. Menurut Ramlah Adam (2003) masyarakat yang
demokratik memiliki kebebasan untuk memlih kerajaan. Rakyat
yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak
demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak puas
hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan
melalui saluran-saluran yang tertentu dalam keadaan yang mesra
dan bersifat membina.
Dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral
dan etikanya, dan utuh nilai keagamaannya perlu diseimbangkan.
Sejajar dengan menjadi Malaysia negara maju, rakyat harus kita
mempunyai budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral, etika,
keagamaan dan kerohanian yang utuh sepanjang masa.
Keadaan ini membolehkan rakyat Malaysia bersaing di peringkat
global sebagai bangsa yang bertamadun dan berdaulat. Setiap
warganegara tidak harus menafikan nilai-nilai moral dalam hidup
bagi bersaing secara kompetetif di peringkat global. Keteguhan
nilai-nilai yang positif wajar disemai di dalam jiwa masyarakat
tanpa mengira latar belakang, budaya dan agama supaya dapat
kita memberi komitmen sebagai bangsa Malaysia yang
semerlang.
Dalam konteks masyarakat majmuk, proses mewujudkan
masyarakat yang matang dan bersifat toleran adalah Cabaran
kelima dalam Wawasan 2020 yang memberi fokus aspek
perpaduan wajar dipupuk dalam segenap lapisan rakyat
Malaysia. Perpaduan akan memberi banyak kebaikan dalam
perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap tolak ansur yang
ada pada rakyat Malaysia dapat melahirkan dan mengekalkan
perpaduan kaum dalam jangka masa panjang dan menjadi
landasn kepada kerjasama seterusnya. Peristiwa sejarah hitam
negara, yakni 13 Mei, 1969 menjadi tanda penting akan
kerapuhan perpaduan rakyat sehingga menyebabkan bencan.
Keadaan sangat merugikan negara Malaysia dan masyarakat
secara keseluruhannya, terutama golongan yang tidak berdosa.
Cabaran keenam ialah mewujudkan masyarakat yang
saintifik dan progresif serta mempunyai wawasan hidup dapat
menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina
bangsa Malaysia yang cemerlang. Masyarakat yang moden dan
peka dengan perkembangan teknologi dapat menjadi pemangkin
kepada perkembangan tamadun secara saintifik dan berteknologi
tinggi. Dalam era teknologi maklumat dan komuniasi (ICT) masa
kini, kemajuan dan kecemerlangan diikmati adalah hasil daripada
usaha dan kesungguhan setiap rakyat Malaysia yang tidak
pernah putus asa. Banyak kejayaan yang dikecapi selama ini
dapat menjadi pemangkin dan ikhtibar kepada kita untuk terus
berjaya dan sentiasa berdaya saing di peringkat global.
Proses melahirkan masyarakat penyayang di Malaysia
merupakan satu tanggungjawab bagi memodenkan tanggapan
dan pemikiran pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia.
Masyarakat yang mengamalkan budaya penyayang tidak
individualistik tetapi berusaha mengukuhkan perhubungan sosial
dalam kalangan mereka agar nilai-nilai kasih sayang dapat
dipupuk dan diamalkan dalam perhubungan. Kasih sayang dalam
kekeluargaan adalah bermula daripada kasih sayang dalam
keluarga itu sendiri. Hubungan yang mesra dan akrab dapat
membentuk jiwa anak-anak yang sayang akan ibu bapa mereka.
Justeru, penekanan kepada nilai-nilai berbudi dan penyayang ini
wajar ditanam dalam setiap benak generasi baru kini supaya
sayang dan tidak memingirkan akan orang tua mereka.
Dalam konteks ekonomi, cabaran kelapan Wawasan 2020
memberi fokus terhadap jaminan pembentukan sebauah
masyarakat yang adil dari segi ekonominya. Dasar-dasar yang
berkaitan dengan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru,
Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya
memberi nafas baru dalam pengagihan ekonomi secara adil dan
saksama. Kelompok rakyat yang miskin dan hidup melarat tidak
wajar diketepikan kewujudan mereka dalam sebuah negara maju
seperti Malaysia. Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama
dalam kalangan rakyat perlu diteruskan dengan lebih berkesan
agar setiap rakyat dapat menikmati buah kemerdekaan tanpa
perasaan pilih kasih.
Di samping itu, masyarakat yang makmur dapat dicirikan
dengan kemewahan hidup yang baik dan mempunyai taraf hidup
yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat kita
yang melarat dalam kehidupan mereka. Masyarakat ini ialah
masyarakat yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta
mampu menghadapai segala masalah dan cabaran dengan baik.
Nur Munirah (2002) menyatakan masyarakat yang berdaya tahan
dan saing adalah bangsa Malaysia dapat menjamin
keseinambungan tamadun bangsa dan negara pada masa
hadapan. Pendapatan isi rumah yang meningkat dan berada
pada tahap yang tinggi akan melahirkan kemewahan dalam
kalangan masyarakat Malaysia agar mampu bedaya saing dan
tabah dengan segala cabaran.
Sesungguhnya, Wawasan 2020 hanya akan menjadi
kenyataan sekiranya setiap lapisan masyarakat Malaysia
sentiasa berganding bahu dan sanggup memikul tanggungjawab
yang berat ini bagi meneruskan kesinambungan bagi menjadikan
Malaysia sebagai negara moden dan maju pada masa akan
datang.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM KOD ETIKA


PERGURUAN
Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu
memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Kod etika amat
penting diamalkan oleh guru kerana factor-faktor berikut;
1. kod etika memberi garis panduan bagaimana tingkah laku dalam
profesion perguruan. Ianya sebagai panduan dan sesuai untuk
rujukan dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
3. Kod Etika dalam bentuk dokumen, justeru usaha untuk
menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan
sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh kod etikanya
boleh dipertahan dan dikuatkuasakan.
4. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka
mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat
pendidikan.
5. Kod etika merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara
kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan hubungan
antara ahli dalam organisasi.
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika
perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi
role – modal kepada pelajar. Senario ini akan mempengaruhi
etika pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah
laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika
perguruan secara tidak langsung membantu murid
memperkembangkan potensi kearah satu pembentukan individu
yang inginkan kejayaan dan lebih cenderung melakukan perkara-
perkara positif .
Keberkesanan Etika perguruan adalah berkait rapat dengan
usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion
perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan
yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu
mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman
pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru
yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku
pelajar.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan
penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk mematuhi masa dalam
jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-
murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya.
Seorang guru pendidikan moral juga perlu menjalankan
tanggungjawab terhadap ibu bapa dan penjaga murid. Guru perlu
menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak
mereka dan berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan
kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan
rumahtangga. Guru perlu menganggap semua
maklumatyang diberikan oleh ibu bapa berhubung keadaan
rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit
dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa.
Seorang guru yang baik juga perlu memberikan maklumat
kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana. Guru juga perlu mengelakkan diri
daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social
dan ekonomi ibu bapa pelajar. Elakkan juga daripada
mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa dan
penjaga mereka.

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru


Pendidikan Moral memainkan peranan amat penting dalam
menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui
beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas
untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah ianya
memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain,
pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam
proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama
yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni
keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media
massa.

Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah


bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek
kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang
kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu
memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan
pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik
dan berkesan. Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian konflik
(perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif
dalam menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam
pembelajaran mereka, khususnya dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral.

Anda mungkin juga menyukai