Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT
1.0 Pengenalan.............................................................................................................2

2.0 Ujian Diagnostik......................................................................................................5

3.0 Kaedah Pengajaran Yang Sesuai...........................................................................7

4.0 Kesimpulan.............................................................................................................8

5.0 Rancangan Pengajaran Harian............................................................................10

6.0 Rujukan.................................................................................................................16

7.0 Lampiran..............................................................................................................17

1
TUGASAN 1

2
1.0 Pengenalan
Kemahiran membaca adalah suatu kemahiran asas untuk murid-murid
sekolah rendah. Kemahiran ini sangat penting untuk mereka berjaya pada masa
hadapan kerana ilmu perlu di cari dan di timba sepanjang hayat melalui bacaan,
(Abdul Rasid, 2011). Membaca adalah salah satu sumber pengetahuan dalam
perkembangan kendiri ke arah memperoleh pengetahuan yang dicari dan diteroka.
Membaca bertujuan untuk memahami kandungan teks yang dibaca oleh seseorang
individu, (Yahya , 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang
sangat bernilai dan merupakan proses yang dinamik iaitu memerlukan komunikasi
yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan
keupayaan seseorang individu mengecam bentuk visual yang dilihat melalui deria
mata dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi melalui pengalaman dan
dapat mentafsir maksudnya. Pemahaman membaca bergantung kepada gabungan
dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca. Setiap
individu mempunyai keupayaan berbeza sama ada mampu membaca dengan baik
dan lancar atau pun lemah seperti gagap dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran


yang menjadi punca keberhasilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
mana proses untuk murid menuntut ilmu. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi
dalam kemahiran membaca dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu yang
memudahkan murid menguasai dalam mata pelajaran yang tertentu yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai penggunaan bahasa mata pelajaran
tersebut. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KPM, 2003), menyatakan bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama
yang lain dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh
yang demikian, sebagai seorang guru yang terlatih seharusnya mempunyai inisiatif
dan strategi untuk membantu murid mengatasi permasalahan menguasai kemahiran
membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini kerana murid sekolah
rendah seharusnya sudah mampu untuk menguasai kemahiran membaca agar
memudahkan murid tersebut menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi
dengan lebih cemerlang.

3
Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi masalah
menguasai kemahiran membaca. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa
merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tahap kecerdasan dan psikologi
yang berbeza dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor genetik,
kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya menimbulkan permasalahan
untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Usaha guru yang
berterusan dalam memenuhi tuntutan murid akan membantu mengembangkan
keupayaan kemahiran bahasa murid tersebut dan dapat mengembangkan potensi
diri dan mampu bersaing dengan murid yang lebih cerdas. Hal ini kerana setiap
kelemahan seseorang individu akan dapat diatasi dengan usaha yang gigih dan
berterusan dalam memperbaikinya.

Kelemahan menguasai kemahiran membaca menjadikan murid berasa rendah


diri. Masalah ini akan menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu kerana ketidakcekapan dalam menguasainya.
Permasalahan membaca dalam diri murid seperti keliru mengecam huruf besar dan
huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan tepat, tidak
dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang
tidak ketahui makna atau gagal membunyikan nya. Hal ini akan menimbulkan
bacaan yang sangat lambat dan pastinya murid tidak memahami maklumat dan
makna bahan bacaan tersebut. Menurut Yahya (2004), membaca merupakan proses
interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Oleh itu, guru seharusnya
mempelbagaikan teknik pengajaran dalam bilik darjah agar dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lancar dan lebih menarik yang dapat menarik minat
murid.

4
2.0 Ujian Diagnostik
Saya telah diberikan tugas untuk melaksanakan ujian diagnostik terhadap
murid pendidikan khas masalah pembelajaran pada pengalaman berasaskan
sekolah yang lalu. Saya telah menjalankan ujian diagnostik ini kepada murid tahun
lima untuk mengetahui tahap keupayaan dalam kemahiran membaca mereka. Hal ini
kerana kemahiran membaca sangat penting dalam menentukan kefahaman
kandungan teks yang dibaca oleh seseorang individu, (Yahya , 2005). Tahun lima
seharusnya sudah lancar dalam menguasai kemahiran membaca kerana bakal
melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dalam tempoh masa beberapa tahun
sahaja lagi. Kegagalan berbuat demikian akan menyukarkan proses pembelajaran
pada peringkat yang lebih tinggi.

Namun, permasalahan tidak dapat menguasai juga disebabkan oleh beberapa


faktor yang tertentu. Tahap kecerdasan dan psikologi yang berbeza dalam kalangan
murid adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran
dan sebagainya menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati
sesuatu yang diajar oleh guru. Oleh itu, pentingnya ujian diagnostik untuk
mengetahui tahap kemampuan murid agar guru dapat melaksanakan beberapa
inisiatif dalam membantu meningkat keupayaan kemahiran membaca dalam
kalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Kelemahan menguasai
kemahiran membaca akan dapat diatasi dengan usaha yang berterusan dalam
memperbaikinya.

Nama Murid Masalah


Rick Archilles Paulus Autisma
Iffat adam Bin Morshidi Lembam
Julita Lisa Suihing Lembam
Gladee Bond Hendrew Hyperaktif

5
Saya menjalankan ujian dari tahap yang mudah ke sukar. Dalam menjalankan
kemahiran satu iaitu mengecam dan menyebut huruf kecil dan besar, murid tidak
mengalami masalah. Tetapi murid menghadapi masalah dalam penyebutan suku
kata KV tetapi ianya boleh diperbetul apabila diajar. Sebagai contoh suku kata so
disebut dengan bunyi co dapat dibetulkan apabila diajar. Walaupun begitu, hampir
semua suku kata KV murid dapat menyebut dengan betul. Seterusnya, kemahiran
menyebut suku kata KVK. Hampir sebahagian suku kata KVK murid tidak dapat
menyebut seperti lem disebut dengan bunyi nem, ras disebut sebagai nas, rok
disebut sebagai nok. Suku kata ini apabila dibetulkan murid tidak dapat mengikuti
apa yang dibetulkan. Melalui pemerhatian saya, murid tidak mampu menyebut huruf
l dengan r. Emosi yang kurang stabil juga mempengaruhi semasa proses
membetulkan penyebutan murid. Murid tidak mahu mengikuti arahan daripada guru.

Bagi kemahiran suku kata KV melibatkan diftong, suku kata KVK melibatkan
digraf, perkataan V+KV, perkataan KV+KV, perkataan KV + KV melibatkan digraf,
perkataan KV+ KV melibatkan diftong dan perkataan KVK, murid dapat menyebut
dengan baik kecuali yang mempunyai huruf l dan r, murid akan menukarkan huruf l
dan r kepada n. Sebagai contoh ulas menjadi unas dan urat menjadi unat. Bagi
kemahiran perkataan V + KVK mengubah bunyi dengan perkataan yang sepatutnya
ataupun menambah huruf pada perkataan tersebut. Sebagai contoh, ubah disebut
sebagai lubah dan ikut disebut sebagai takut. Bagi kemahiran perkataan V + KVKK,
murid tidak dapat menyebut kesemua perkataan tersebut, murid hanya akan
menyebut V + KVK. Sebagai contoh, abang disebut sebagai aban dan iring disebut
sebagai inin. Kemahiran perkataan KV + KVK atau KVK + KV, murid mempunyai
masalah dalam menyebut sebutan dengan bunyi yang sama dengan yang dieja.
Sebagai contoh cicak disebut sebagai kacak dan kali kedua disebut sebagai kicak.

6
3.0 Kaedah Pengajaran Yang Sesuai
Antara kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu murid pendidikan
khas masalah pembelajaran menguasai kemahiran membaca dengan baik ialah
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aplikasi
penggunaan teknologi dalam pendidikan, murid lebih mudah untuk menguasai
sesuatu ilmu yang dipelajari. Dalam pendidikan pertambahan kecekapan boleh
dilihat seperti menambah kualiti pembelajaran atau darjah penguasaan,
mengurangkan masa yang diambil bagi murid mencapai matlamat yang diingini,
(Buku Panduan Teknologi Pendidikan, 1994).

Penggunaan media dalam menyampaikan isi pembelajaran dengan mudah


melalui pemasangan CD adalah sangat baik bagi murid pendidikan khas masalah
pembelajaran. Melalui pemerhatian saya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang menggunakan CD adalah sangat baik. Hal ini
kerana penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menarik minat murid dan
dapat menghilangkan rasa bosan. Penggunaan warna, suara dan gambar yang
ditayangkan dalam CD dapat membuatkan murid berasa seronok untuk belajar.
Suasana yang seronok akan memudahkan isi pelajaran diikuti.

Seterusnya, melalui pemasangan CD dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, murid dapat mengikuti apa yang diajarkan dengan mudah. Sebagai
contoh untuk suku kata KV + KV iaitu kuku, dalam CD tersebut terdapat gambar
kuku yang boleh dilihat oleh murid agar murid dapat membayangkan dan faham
makna perkataan tersebut. Seterusnya, suku kata ditunjukkan satu persatu diikuti
dengan suara memudahkan murid untuk bersama menyebutnya. Tambahan pula,
penggunaan warna yang sesuai membuatkan murid tidak berasa bosan. Dengan itu,
murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

7
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang
menjadi punca keberhasilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana
proses untuk murid menuntut ilmu. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam
kemahiran membaca dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu yang
memudahkan murid menguasai dalam mata pelajaran yang tertentu yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai penggunaan bahasa mata pelajaran
tersebut. Ujian diagnostik adalah penting untuk mengetahui sejauh mana keupayaan
murid dalam kemahiran membaca. Hai ini adalah untuk membantu murid dalam
meningkatkan dan memperbaiki dalam kemahiran membaca. Ujian diagnostik
adalah penting untuk seorang guru bagi mengetahui kemampuan muridnya. Hal ini
adalah untuk memudahkan guru merancang kaedah yang sesuai dalam membantu
dalam penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid pendidikan khas
masalah pembelajaran.

8
TUGASAN 2

9
5.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 3 USM

Tarikh : 29 Ogos 2016

Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi

Bilangan murid : 6 orang

Bil Nama murid Masalah Kehadiran


1. Henson Ramy Sindrom Down
2. Aisha Adli Lembam
3. Kamal Bin Jamal Lembam
4. Adam Naufal Bin Sharil Dyslexia
5. Lee Kee Yang Autisme
6. Noel Herlino Lembam

Tajuk : Mari Mengenal Benda

Standard kandungan : 3.2 Membaca Perkataan

Standard Pembelajaran : 3.2.2 Membaca Perkataan KVK + KV

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:

a) Membaca sekurang-kurangnya tiga daripada lima

peralatan.

b) Mengenal sekurang-kurangnya tiga daripada lima

peralatan.

10
Pengalaman sedia ada : Murid pernah melihat peralatan tersebut.

EMK : Kreativiti dan Inovatif

Nilai Murni : Kerjasama, tumpuan, kesungguhan.

Unsur Terapi : Terapi muzik, pengamatan dan pertuturan.

Bahan Bantu Mengajar : Kad bergambar, kad suku kata, kotak, pembesar suara,

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Set Induksi 1. Permainan kotak 1. Guru memasangkan BBM:
( 5 minit) ajaib. lagu Kad
2. Menamakan dan meminta murid bergambar.
kad gambar memberikan anak kotak ajaib
pembesar
tersebut. patung kepada rakan
suara.
di
sebelahnya. Nilai:

2. Murid akan sentiasa Kesungguhan.

bergilir memegang
anak Terapi:

patung sehingga lagu Bermain

diberhentikan.
3. Murid yang terakhir
sekali
memegang anak
patung
harus mengambil satu
kad bergambar dalam
kotak ajaib.
4. Murid harus
menamakan
peralatan yang
terdapat

11
dalam kad gambar
tersebut.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Langkah 1 Mengajuk sebutan 1. Guru menunjukkan Bbm:
(15 minit) lima jenis peralatan Kad bergambar
kepada murid dalam
bentuk kad bergambar.
2. Guru menyebut nama
peralatan tersebut.
3. Murid menyebut nama
peralatan tersebut
secara berkumpulan.

Langkah 2 Membunyikan perkataan Guru menyebut Bbm:


(20 minit) KVK + KV perkataan KVK + KV Kad
berdasarkan kad suku bergambar

12
kata dan diikuti oleh Kad suku
murid. kata

Nilai: Tumpuan

Guru memadankan
perkataan dengan
gambar.

Memadankan perkataan
dengan gambar.

13
Langkah 3 Aktiviti berkumpulan. Murid memadankan Bbm:
Memadankan kad suku
(15 minit ) kad suku kata menjadi Kad suku
kata.
membentuk satu kata.
Memadankan perkataan
Kad
perkataan.
dengan kad bergambar. Murid memadankan bergambar.
Menyebut perkataan.
perkataan dengan
Nilai: Kerjasama
gambar. dan
Murid menyebut
kesungguhan.
perkataan yang telah
dipadankan dengan
gambar.
Penutup Kognitif Guru mengarahkan Bbm:
(5 minit) kembali murid Kad bergambar
menyebut perkataan
berdasarkan gambar. Nilai:
Guru memberi pujian Kesungguhan.
Sosial

14
kerana menunjukkan
tingkah laku yang
positif sepanjang
proses pengajaran dan
pembelajaran.

Refleksi:

15
6.0 Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis


bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar bandar. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu , 1, 1.

Fred Petcival, Henry Ellington. (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran Dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu.


Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca: Teori Dan Aplikasi. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS
PUblications & DIstributors Sdn. Bhd.

16
Lampiran

17

Anda mungkin juga menyukai