Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

2.0 Pelaporan Kajian kes ...................................................................................................... 2

2.1 Sebelum ...................................................................................................................... 2

2.2 Semasa ....................................................................................................................... 2

3.3 Selepas ....................................................................................................................... 3

4.0 Rumusan ........................................................................................................................ 3

5.0 Rujukan........................................................................................................................... 4

6.0 LAMPIRAN...................................................................................................................... 5
1.0 Pengenalan

Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan


sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran, (Liew & Manisah, 2008). Program intervensi awal di Malaysia
disediakan kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6
tahun. Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan
perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin
serius.

2.0 Pelaporan Kajian kes

2.1 Sebelum
Kami telah diberikan satu tugasan iaitu untuk menjalankan kajian kes di bawah
kursus Intervensi awal dan khidmat sokongan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Kami telah pergi ke Pusat pemulihan dalam komuniti Al-Mawaddah Sungai Besi
selama tiga hari bermula pada 2 April. Pada hari pertama, kami telah mengenal pasti
seorang pelatih di PDK tersebut untuk diberikan intervensi awal dan telah memilih
Nur Ain Farhana Binti Ahmad Latifi yang berumur 3 tahun mengalami Down
Syndrome. Kami mengesan Ana iaitu nama samarannya mengalami masalah
pertuturan dan memilih masalah tersebut untuk membuat intervensi awal.

2.2 Semasa
Kami telah memulakan intervensi pada hari kedua dimulai dengan senaman
mulut sebelum menjalani terapi yang menggunakan peralatan. Senaman lidah iaitu
gerakan lidah ke atas, bawah, kanan dan kiri. Senaman mulut pula dimulakan
dengan membuka mulut seluas mungkin, tutup mulut, buka dan tutup dengan
perlahan, buka dan tutup mulut dari perlahan ke laju. Seterusnya, Ana hendaklah
meniru mimik muka yang kami pamerkan seperti mimik muka tengah gembira, sedih
dan marah. Berdasarkan pemerhatian senaman lidah dan mulut, Ana dapat
melakukan sebahagian yang di pamerkan namun untuk meniru mimik muka, Ana
tidak dapat meniru sepenuhnya.
Setelah itu, kami menjalankan intervensi menggunakan peralatan iaitu pertama sekali
meniup bola ping pong dari selatan ke utara besen yang berisi air namun Ana tidak mampu
untuk meniup bola ping pong tersebut. Selepas itu, kami memberikan Ana wisel untuk dia
meniup bagi memberikan latihan pernafasan kepadanya. Ana hanya mampu membunyikan
bunyi wisel dalam 2 saat dan sangat perlahan. Setelah itu kami melakukan terapi
menggunakan straw. Pelatih hendaklah meniup straw di dalam gelas dan menghasilkan buih
yang berisi air untuk melatih pernafasan juga.

Ana tidak dapat menghasilkan buih semasa meniup straw kerana tiupan yang sangat
lemah. Pada hari ketiga kami di PDK, kami meneruskan terapi menggunakan cara yang
sama. Ana menunjukkan peningkatan semasa melakukan terapi pertuturan, Ana mampu
meniup straw di dalam gelas yang berisi air yang membuatkan air tersebut berbuih. Selain
itu, Ana mampu meniup wisel dengan terdapat peningkatan bunyi yang dihasilkan dari hari
sebelumnya. Namun, Ana masih tidak mampu untuk meniup bola ping pong di dalam besen.

3.3 Selepas
Selepas menjalani terapi, kami mendapati terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan
dalam terapi pertuturan menunjukkan peningkatan seperti tiupan wisel dan tiupan straw di
dalam gelas. Namun, aktiviti meniup bola ping pong di dalam besen sahaja yang tidak
berlaku peningkatan. Oleh yang demikian, terapi ini seharusnya dilakukan dengan kerap
agar peningkatan terus berlaku dan masalah dapat diminimumkan.

4.0 Rumusan
Kesimpulannya, terapi perlu dilakukan berterusan agar pelatih dapat mengurangkan
masalah yang dihadapi. Intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada
keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal
adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti
komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan
keempat adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu,
tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak khas, (Wolfendale, 1997).
5.0 Rujukan
Liew Ping Yee & Manisah Mohd Ali. (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak
Autistik Mengikut Perspektig Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan, 19-33.

Majnemer, A. 1998. A benefits of early intervention for children with developmental


disabilities. Seminar Pediatric Neurology 5: 62-69

Wolfendale, S. 1997. Meeting special needs in the early years: Directions in policy and
practice. London: David Fulton Publishers.
6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai