Anda di halaman 1dari 27

E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

25
Skrip Forum Peranan Guru Dalam Menjana Transformasi Pendidikan
Bil Skrip Forum
1
Sirih berlipat bersama pinang,
Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.


1. Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Alhamdulillahi robbil alamiin, wassolatu
wassalaamualaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih
Sayang dan Salam1 Malaysia. Warga dewan sekalian, bersyukur kita ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita
bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Peranan Guru Dalam Menjana
Transformasi Pendidikan bersama saya Cik Hartini Makli pada pagi yang
berbahagia ini.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli
panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, isu tentang peranan yang
dimainkan oleh guru boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak
membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang
lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali
ini peranan guru dalam menjana transformasi pendidikan. Persoalan inilah kunci
utama forum yang ingin kita gunakan sebagai salah satu langkah untuk
membendung permasalahan ini.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan
risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita
pada hari ini.





E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

26

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, Cik Suliana Amin yang
merupakan Guru Cemerlang SK Francis Convent, Kota Kinabalu. Apa khabar
cikgu? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi
macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.

Seterusnya ahli panel kita yang kedua, ayu berbaju kurung Datin Norlisa Laulu,
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selamat
datang Datin. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, Datin
Haziela Hussineddy, Pengerusi PIBG SK Stella Maris, Kota Kinabalu . Selamat
datang juga buat Datin.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
Pada pendapat cikgu, apakah peranan guru dalam menjana transformasi
pendidikan?

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa
rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, En Chandran Vengadasamy,
Pensyarah IPG Kampus Kent, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin
yang dirahmati Allah sekalian.

Sebelum kita mengulas apakah peranan guru dalam menjana transfromasi
pendidikan. Kita kupas terlebih dahulu apakah kefahaman itu guru? Guru ialah satu
kerjaya yang mulia. Sesetengah guru mengatakan bahawa mereka menceburi diri
dalam bidang pendidikan kerana keguruan adalah satu pekerjaan yang mulia.
Dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh guru dapat membentuk insan
yakni murid dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek selaras dengan hasrat
pendidikan negara.







E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

27

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan
bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi
dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai
ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah
malah sebagai agen perubahan. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd.
Ghafar Mahmud melalui Utusan Malaysia baru-baru ini menyatakan bahawa "Guru
bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek,
berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan
nilai sejagat,"

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi
dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian
pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. Seperti yang kita telah sedia
maklum "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan di
sekolah-sekolah. Sehubungan dengan itu, selepas ini akan diikuti pula akan diikuti
pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dengan pemantapan
yang dilaksanakan oleh kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa komitmen dan
sokongan jitu para guru di seluruh Malaysia. Di samping itu juga, peranan guru juga
besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid
Satu Sukan (1M1S). Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan
memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan
hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif,"
Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang
direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar
peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka.
Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia
selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan
tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang
terpelihara sekian lama.



E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

28

Apa yang dapat kita lihat disini, masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru
dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu
digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik.
Seperti yang telah kita ketahui dan sedia maklum, guru berperanan penting di
untuk membaca perubahan dalam masyarakat. Sebagai agen perubahan guru
perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat.
Guru perlu bertanggungjawab mengubah cara hidup masyarakat dengan
memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian.

Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan, walau bagaimanapun sama ada
perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah
bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar
dalam sesebuah sekolah... Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana
perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat
positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya
dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan dan
pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung
dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam
bilik darjah.

Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak
peningkatan mutu perkhidmatan. Oleh itu, seseorang perlu memberi perkhidmatan
bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mandalam.
Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan
dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor
di atas seakan mendesak guru agar berubah. Mereka perlu peka dan bertindak
kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk.





E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

29

Menurut Mok Soon Sang( 1996), guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu
pengetahhuan kepada murid di institusi pendidikan. Moore (1995), pula
mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang,
memandu dan menilai pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada
orang lain. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam
pengajaran yang bertanggungjawab merancang, memandu dan menilai
pembelajaran. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai
keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke
arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru.

Sebagai agen perubahan , guru juga bertanggungjawab untuk memodenkan cara
hidup masyarakat setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada
mereka. Guru berperanan untuk membawa perubahan-perubahan baharu untuk
memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara yang semakin
kompleks dan progresif. Guru harus mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan
memenuhi kepeluan dan cabaran masa depan yang seiring berubah serta
meningkat dari semasa ke semasa.

Sebagai agen perubahan, maka seroang guru harus melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan. Penglibatan guru dalam setiap aktiviti akan lebih memudahkan
guru untuk mambawa perubahan kepada masyarakat. Guru sebagai agen
perubahan perlu berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu,
memberikan perkhidmatan dalam bidang yang dikuasai dan menjalankan kajian
pendidikan dalam mengatasi masalah murid di dalam bilik darjah agar dapat
meningkatkan mutu pendidikan negara. Guru yang berhasrat untuk menjadi agen
perubahan perlulakh bersedia untuk mengubah daripada gaya pengurusan dan
kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Sebarang prubahan yang
hendak dilakukan memerlukan guru melaksanakannya dengan penuh perhatian
dan memberikan tumpuan penuh terhadap idea perubahan yang diperkenalkan.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

30

Bagi mencapai perubahan yang berjaya dan berkesan, setiap guru bukan sahaja
perlu menambah perngetahuan dan kemahiran baharu, malah sering pula
memerlukan kita belajar semula sesuatu konsepn, kaedah dan teknik yang
mungkin kini sudah using. Tidak ada orang yang tidak boleh melakukan aspek
belajar semula ini kecuali seseorang itu sudah mera dirinya sudah lengkap segala-
galanya. Pengalaman beserta beraneka kemahiran yang dititipkan oleh guru
menerusi proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan guru telah berusaha
melakukan perubahan sikap, seterusnya mengubah pemikiran dan paradigm
sehingga tingkah laku yang dihasratkan tercapai.

Guru yang bertindak sebagai agen perubahan harus berusaha untuk membentuk
komuniti yang berhampiran dengan mereka. Perubahan yang hendak
diperkenalkan harus melibatkan ibu bapa, masyarakat dan rakan sejawat. Ini perlu
dipertimbangkan supaya perubahan yang diperkenalkan dapat diterima dan tidak
menyusahkan pihak yang terbabit. Dalam usaha untuk membawa perubahan, guru
perlu bertindak dengan tidak menyebarkan ajaran negatif yang bercanggaj dengan
Prinsip Rukun Negara. Ketika membawa perubahan yang direncanakan guru harus
sentiasa menghormati ahli masyarakat setempat. Guru perlu menggalakkan
kerjasama dan persefahaman antara dirinya dengan ibu bapa agar perubahan yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Justeru, saya menyeru agar warga
pendidik sentiasa bersiap sedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan
bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah dan juga sekolah dari
semasa ke semasa bagi menjana transformasi pendidikan yang berterusan. Tanpa
guru, siapalah lagi yang mencorakkan pendidikan di negara kita.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran idea bernas
yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa,
disiplin dan tanggungjawab guru perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu
tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab, disiplin
tidak akan dapat dibentuk.



E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

31

Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang
kedua, Bagaimanakah pihak kementerian dapat membantu dalam meningkatkan
peranan guru di sekolah?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini.
Sebelum itu terlebih dahulu, yang dihormati, En Chandran Vengadasamy,
Pensyarah IPG Kampus Kent, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin
yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia. Bertemu lagi kita dalam rancangan yang sememangnya dinantikan
ramai. Berbalik kepada persoalan tadi, tiga gelombang pembaharuan yang
bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk
dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025. Laporan
awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi

Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran
diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding
dengan pencapaian purata global. Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan
gelombang itu, Kementerian Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu
menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian
dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris. Hal ini tidak
bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang
berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu
lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu
utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi
keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris), jelas laporan tersebut.

Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu,
kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat
langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula
semasa gelombang pertama.



E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

32

Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000
pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan
menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru. Ini
bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan
kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang
disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini.

Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025)
pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang
lebih tinggi daripada standard minimum. Oleh itu, kementerian akan menumpukan
perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya
pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga
akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model
pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang
berjaya. Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri
yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih
tinggi, tambah laporan itu. Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan
serta kesegeraan dalam melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk
itu, kementerian akan mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang
kritikal.

Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan
dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan
menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan
mengekalkan momentum transformasi. Dalam 12 bulan yang akan datang,
kementerian mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan dan
mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap
kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat pengambilan
guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan
akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet, jelas laporan
berkenaan.


E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

33

Dalam memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing,
Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif menyediakan satu sistem pendidikan
negara yang berkualiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Laporan awal pelan tersebut memaklumkan, pelan itu menyediakan hala tuju
dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi
mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat
dan keperluan semua. Pelan tersebut juga dihasilkan oleh kementerian melalui
kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan meluas pihak awam
termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Lazimnya, kepelbagaian dan
keadaan kompleks sistem pendidikan sesebuah negara yang ingin melaksanakan
transformasi mengambil masa beberapa tahun sebelum hasilnya dapat dizahirkan
dan dilihat.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu segera
memulakan tindakan berani, bersungguh-sungguh dan drastik dalam
melaksanakan transformasi yang penting serta kritikal ini, jelas laporan itu.
Tambah laporan itu lagi, pelan tersebut mempunyai tiga objektif utama iaitu
memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan negara melalui
penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan
jurang pencapaian dan menggalakkan perpaduan di kalangan murid serta
memaksimumkan keberkesanan sistem. Jelas laporan tersebut, ia juga memberi
fokus kepada mewujudkan visi serta aspirasi jelas bagi sistem pendidikan dan
setiap murid bermula 2013 hingga tahun 2025.

Selain itu, pelan pembangunan pendidikan ini turut menggariskan program
transformasi menyeluruh bagi sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam
Kementerian Pelajaran yang membolehkan ia memenuhi permintaan baharu,
jangkaan meningkat dan sokongan transformasi perkhidmatan awam, jelas
laporan itu.



E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

34

Tambah laporan tersebut, hampir 98 peratus daripada lebih 3,000 responden yang
mengikuti Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) berpendapat usaha
kerajaan menjalankan kajian semula pendidikan adalah tepat pada masanya. Jelas
laporan itu, ada di kalangan responden turut berpendapat kajian semula itu
seharusnya telah dilakukan lebih awal lagi. Bagi memenuhi permintaan yang
sentiasa meningkat, negara-negara lain sentiasa menambah baik pendekatan
terhadap pendidikan dan Malaysia juga perlu melakukan perkara sedemikian, ujar
laporan itu. Dua bidang utama akan difokuskan dalam proses transformasi
Kementerian Pelajaran bagi merealisasi aspirasi untuk meningkatkan akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan serta keberkesanan sistem pendidikan negara.

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyebut,
pertamanya kementerian akan memperkukuh sistem penyampaian untuk
memastikan pelaksanaan dasar yang lebih baik. Hal itu jelas laporan tersebut,
menuntut penetapan semula peranan dan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan memberikan lebih kuasa membuat
keputusan serta keluwesan dan sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugas
bagi membolehkan penyelesaian yang sesuai dirancang dan disampaikan ke
sekolah.

Individu yang berkebolehan dan komited pada semua peringkat organisasi
merupakan nadi bagi menjayakan proses ini. Justeru kementerian akan terus
meningkatkan cara untuk menarik, membangun dan mengekalkan individu yang
berkemahiran bagi melaksanakan perubahan ini. Usaha ini merangkumi
keseluruhan organisasi daripada fungsi yang berkaitan dengan pendidikan seperti
pembangunan kurikulum dan pendidikan guru hinggalah kepada fungsi pengurusan
seperti perancangan pembangunan modal insan dan infrastruktur, jelas laporan
itu.






E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

35

Laporan tersebut menambah, menerusi bidang kedua pula, kementerian akan
menambah baik produktiviti sumber dengan memberi tumpuan utama kepada
keberhasilan murid dan memperuntukkan sumber kepada inisiatif yang mempunyai
pulangan atas pelaburan (ROI) yang tinggi. Usaha itu bukan sahaja memerlukan
kemampuan mengagih semula peruntukan sedia ada kepada perkara yang perlu
diutamakan tetapi pada dasarnya mengubah cara kementerian memperuntukkan
sumber serta memantau projek dan perkhidmatan yang diberikan.

Melalui Gelombang Pertama yang meliputi pelaksanaan 2013 hingga 2015,
kementerian akan memberi tumpuan mengkaji semula program-program dan
perbelanjaan mengurus dalam usaha meningkatkan keberkesanan berbelanja dan
mengagihkan semula sumber kepada penggerak yang mempunyai impak besar ke
atas keberhasilan murid.

Semasa Gelombang Kedua pula (2016-2020), kementerian akan mengalih
tumpuan dalam usaha pewajaran daripada melaksanakan kejayaan segera kepada
pelaksanaan sistem secara meluas termasuk menghapuskan pertindihan bajet
antara bahagian apabila proses penstrukturan semula berlaku, jelas laporan itu.
Bagi Gelombang Ketiga (2021 2025) pula, kementerian menjangkakan
keseluruhan penstrukturan semula termasuk pelaksanaan rombakan dalam sistem
dan proses pengurusan kewangan akan selesai.

Hasilnya, produktiviti sumber akan selari dengan standard antarabangsa. Sebagai
contoh, tahap perbelanjaan awam seharusnya selari dengan sistem pendidikan
negara lain yang mempunyai tahap prestasi yang hampir serupa dalam pentaksiran
antarabangsa. Dalam gelombang itu, kementerian juga akan memberi tumpuan
untuk mengekalkan amalan terbaik bagi menjamin kecekapan kewangan yang
dibangunkan semasa gelombang terdahulu, tambah laporan itu. Kementerian
Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem
pendidikan negara.


E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

36

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi
memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara
ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. Ia
merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan
aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif
selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.
Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid
tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred
pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui
peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan
pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu
(2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa
pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran. Menurut
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai
persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan
memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi
meningkatkan sistem penyampaian. Kementerian sedar masih banyak yang perlu
dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek
kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan
memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek. Ia bagi memastikan kurikulum
bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik
selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua
dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian, jelas
laporan itu.






E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

37

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas
sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya pihak
kementerian telah merancang pelbagai langkah untuk membantu peranan guru di
sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang peranan guru dan
kementerian pendidikan serta menghuraikan dengan selengkapnya tentang
langkah yang dicadangkan melaksanakan transformasi pendidikan, saya ingin
meminta pendapat panel ketiga tentang persoalan adakah peranan guru masa kini
berkesan dalam menempuh cabaran globalisasi pendidikan ? Dipersilakan..

Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya
untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, menurut
Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai
satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat
manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam
konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah
dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang
pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih
lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut
pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi
pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

38

Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang
telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk
individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa
tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik.
Dalam era globalisasi, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Dalam arena globalisai ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam menjadi
ejen pelaksanaan pelan tindakkan globalisasi yang dirancang.

Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah peningkatan perkembangan
profesionalisme. Guru perlu memantapkan diri dengan kelulusan atau ilmu setara
dengan era globalisasi yang dihadapi. Cabaran yang kedua ialah mengemaskini
makluamt agar setara dengan perkembangan maklumat yang terkini. Contohnya
guru perlu mengetahui isu-isu semasa agar kelihatan seperti seorang ikon yang
berpengetahuan luas dan berilmu. Cabaran ketiga ialah menghasilkan modal insan
yang dapat bersaing. Ini merupakan cabaran yanga agak sukar bagi seorang
pendidik. Guru yang hebat mampu melahirkan individu yang berdaya saing
terutama dalam arena globalisasi yang serba mencabar ini. Cabaran seterusnya
ialah melakukan transformasi kurikulum. Guru perlu melaksanakan strategi
pendidikan yang berkesan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
mudah mengikut arus peredaran zaman.

Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu
menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan
pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan.
Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan
dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang
dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap
semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu
dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

39

Antara peranan guru dalam era globalisasi ini ialah diharapkan menjadi pengganti
ibu bapa, penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar, menjadi
kaunselor kepada mereka, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang
elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat, agen
pembaharuan bagi masyarakatnya dan guru sentiasa berusaha menanam sikap,
nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan
negara serta nilai dan kehendak masyarakat.

Implikasi globalisasi pendidikan terhadap guru yang dapat dilihat ialah dalam alaf
baru, guru hendaklah bersifat dinamik, guru dinamik adalah guru yang sentiasa
responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa
ke masa, guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul.
Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan
demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Ciri Ciri Guru Dalam Cabaran Globalisasi Pendidikan :
1.Seorang yang beriltizam
Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan
tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah.
2.Guru yang berorientasikan maklumat
Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan
dengan pendidikan melalui sebarang media.
3.Guru yang berwawasan
Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan dengan perkembangan
pendidikan, demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.
4.Guru perlu berpandangan global
Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi juga
secara global, agar berjaya menangkis cabaran pendidikan yang berlaku dalam
proses globalisasi yang kian meningkat.





E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

40

5.Guru yang berpandangan positif
Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum
dalam perspektif positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri,
pelajar, masyarakat dan negara.
6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi,
inovasi dan perubahan pendidikan.
Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan
ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.
Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa serta
dalam persekitaran sosial.
7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p)
Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang
pendidikan khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-
pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentabiran pendidikan serta kemahiran
dan latihan guru.
8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan
Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.
Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai
kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan
mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila
menggunakan proses refleksi.
9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open education)
Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat atau
aktiviti pendidikan di luar sekolah.
Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik tinggi untuk didaftarkan
sebagai pelajar.
Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-tempat bekerja atau
dikelolakan oleh kerajaan, badan badan berkanun atau pihak swasta di
kebanyakan negara-negara maju.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

41

10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi
cabaran globalisasi pendidikan
Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung
kepada kerjasama negara-negara antarabangsa.
Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena
antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan
untuk negara sendiri dan sejagat.

Pengerusi : Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang
tidak dapat disangkal lagi, bagi menghadapi cabaran era globalisasi peranan guru
harus mantap dalam melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Tetapi saya
ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini,
Apakah prinsip guru dalam merealisasikan modal insan kelas pertama? Saya
persilakan panel kita yang pertama dahulu untuk memberikan sedikit ulasan.

Panel Pertama : Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan.
Sebelum itu, mari kita telusuri terlebih dahulu apa itu sebenarnya Modal Insan?
Mantan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipetik daripada sumber
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menyatakan;
Modal insan yang berkualiti adalah suatu kemestian, bukan lagi satu
kemewahanPendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga
akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan
pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan
antarabangsa yang kian meningkat.

Seperti yang kita sedia maklum, kebelakangan ini, konsep pembangunan modal
insan diberi penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara kita
menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan.
Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dengan
teliti dan rapi agar matlamat tercapai pada tahun 2020, dan bukannya satu slogan
masa kini yang diwar-warkan sahaja.



E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

42

Lantaran itu, setiap lapisan masyarakat sepatutnya menyahut seruan YAB Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi agar dapat merealisasikan misi dan cabaran tersebut.
Sehubungan dengan itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah
disediakan dijadikan sebagai garis panduan dasar serta matlamat dan fokus
pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-9.

Modal insan berasal dari istilah human capital yang diperkenalkan oleh Arthur
Cecil Pirgou pada tahun 1928 dalam bukunya yang bertajuk A Study in Public
Finance pada tahun 1964. Mereka berpendapat, pelaburan modal insan boleh
dibuat menerusi pendidikan dan latihan. Malaysia memberi penekanan tinggi
terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah
pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal
insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya
serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti
bergantung kepada pendidikan berkualiti, yang dapat menghasilkan individu yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.
Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baharu, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah.

Berdasarkan keterangan ringkas tentang konsep modal insan dapatlah kita dalami
hasrat yang diinginkan oleh kerajaan. Merujuk kepada PIPP, negara kita berhasrat
untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran
dunia global yang sering berubah-ubah.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

43

Pembangunan modal insan menuntut pembangunan insan yang memiliki kekuatan
intelek, sosial, emosi dan jasmani selari dengan tuntutan Falsafah pendidikan
Kebangsaan. Modal insan ini adalah penting untuk mengupayakan pembangunan
negara kea rah mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang 2020.
Pembangunan modal insan penting dalam meningkatkan daya saing dan
produktiviti negara. Pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi
supaya dapat meningkatkan keupayaan guru kea rah melahirkan guna tenaga yang
terlatih dan berdaya saing. Pembinaan modal insan ini seharusnya bermula sejak
dari peringkat awal lagi, iaitu ketika murid berada di sekolah rendah.

Semua guru di sekolah rendah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pembina
modal insan seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
yang demikian, pelbagai tugas harus dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah dan
amanah ini perlu digalas dengan baik supaya aset negara yang berharga ini tidak
disalahgunakan dan akhirnya semua pihak berharap agar mereka bakal menjadi
pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti. Profesionalisme guru juga,
diharapkan akan dapat membentuk tingkahlaku, kemahiran atau kualiti murid
supaya mereka mempunyai pengalaman dan peribadi yang tinggi serta boleh
memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Kejayaan pelaksanaan pembelajaran di sekolah amat bergantung kepada budaya
kerja seluruh komuniti di sekolah. Dalam persekitaran pembelajaran, guru menjadi
pemudahcara pembelajaran, pemimpin pedagogi yang inovatif, pencetus pemikiran
murid, dan pembimbing yang sentiasa berada di sisi untuk membimbing murid. Di
samping itu, guru di sekolah rendah perlu lebih bertindak sebagai agen perubahan,
agen sosial dan seterusnya perlu membentuk tingkah laku murid supaya benar-
benar menjadi manusia yang akhirnya dapat menjadi aset berharga kepada
negara.






E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

44

Ini berbeza dengan peranan yang dimainkan dalam konteks pembelajaran
tradisional yang mana guru berperanan sebagai sage on the stage. Pembelajaran
lebih berpusatkan murid dan menggalakkan pembelajaran kendiri, pada kadar
sendiri dan memperoleh secara sendiri. Pendidik guru menjadi model di mana
mereka mengamallkan budaya belajar sepanjang hayat. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap
yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional
seperti yang digariskan oleh Y.A.B. perdanan Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9.

Secara ringkasnya, ciri-ciri modal insan yang berkualiti boleh dikategorikan kepada
tiga aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan yang unggul. Pendek kata,
modal insan yang dihasratkan akan mempunyai kepimpinan yang utuh (towering
personality). Sebagai seorang guru cemerlang, prinsip yang saya pegang dalam
merealisasikan modal insan kelas pertama ialah saya berpegang teguh dengan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Tahukah anda FPG digubal bertujuan untuk
menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga
Modal insan yang sering kita dengar dan perkatakan. Secara dasarnya, FPG
menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di
bawah :
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Sebagai seorang guru kita haruslah mempunyai pekerti yang mulia. Guru
merupakan model yang sentiasa dipandang oleh segenap lapisan masyarakat.
Guru haruslah mempunyai sahsiah guru yang baik, berbudi bahasa, bersopan,
berdisiplin, bermoral dan sebagainya.


E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

45

Kita akan dipandang mulia oleh masyarakat lebih-lebih lagi kerjaya guru ini dilabel
sebagai kerjaya yang paling mulia. Selain itu juga, guru haruslah berpandangan
progresif dan saintifik. Perubahan yang telah berlaku dengan pantas memerlukan
guru yang sentiasa belaajr bagi meningkatkan kebolehan, keupyaan dan sikap.
Pembelajaran yang berterusan adalah penting untuk menjadikan seseorang guru
itu lebih professional dan sentiasa relevan mengikut arus perubahan masa.
Peranan paling penting dimainkan oleh seorang guru ialah guru berperanan penting
dalam memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
mewujudkan insan yang harmonis seperti yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan di
atas, maka matlamat pendidikan Negara ialah bertujuan untuk melahirkan insan
yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik.
Tambahan lagi, matlamat pendidikan negara berhasrat melahirkan warga yang
mempunyai ilmu pengetahuan dalam melahirkan generasi yang berpendidikan.
Oleh itu, gurulah pemangkin ke arah merealisasikan hasrat pendidikan negara ke
arah Wawasan 2020. Memang tidak dapat dinafikan bahawa FPG menghuraikan
ciri-ciri guru yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Modal Insan.
Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara bagi memastikan system penyampaian ilmu, kemahiran
dan nilai yang berkesan.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

46

Guru juga disifatkan sebagi role model dan teladan bagi golongan murid.
Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sashsiah yang baik. Umpama
pepatah Melayu,bapa borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkah laku Ibu
bapa mereka di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah.
Tingkahlaku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkahlaku empat puluh
orang murid secara purata yang diajar. Cuba anda bayangkan kesan gandaan yang
terhasil? Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, para guru perlu
sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu akauntabiliti yang besar. Guru
bukan sahaja perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka, malahan guru juga
perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan
masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua
aspek dan bidang. Guru-guru bukan semata-mata perlu memperkembangkan
kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja, malahan juga mencakupi disiplin,
sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama baik profesion keguruan itu sendiri.

Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para
pendidik dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Modal insan
kelas pertama. Justeru amat penting untuk kita berganding bahu dalam hasrat
murni ini demi kepentingan negara amnya dan genarasi muda khasnya. Jelas
menunjukkan bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dan FPG
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesionalisme mereka, sudah pasti
matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya
satu mimpi semata-mata. Bahkan, modan insan berminda kelas pertama dapat
dipacu seiring dengan peredaran zaman globalisasi dewasa.

Pengerusi : Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita
sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh guru
di sekolah untuk mendidik anak murid kita menjadi insan yang berilmu dan
beragama, insya-Allah. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel
kita yang kedua, secara ringkas tentang daripada perspektif kementerian, adakah
pemantauan berkala Oleh Jemaah Nazir dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan?


E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

47

Panel kedua : Pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi individu,
masyarakat dan negara, kerana ia menentukan watak diri, corak kehidupan
masyarakat, dan juga bentuk negara. Pepatah mengatakan bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Bagaimana pendidikan, begitulah manusianya atau
masyarakatnya.

Persoalannya, setelah 55 tahun merdeka, apakah kita berpuas hati dengan
keadaan masyarakat dan negara kita? Apakah keadaan kita masyarakat dan
negara - menjadi semakin baik berbanding dengan masa lalu? Apakah kehidupan
kita menjadi semakin sejahtera? Apakah masa depan kita menjadi semakin cerah
dan terjamin?

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
(JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober
1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di
bawah Ordinan Pelajaran 1957. Pada peringkat awal penubuhannya pada tahun
1956, JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang dikenali sebagai Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). JNSP kemudiannya dikenali sebagai Jemaah
Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 1996.

Pada tahun 2008 apabila penstrukturan Kementerian Pelajaran dibuat, nama JNS
ditukar kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), satu nama yang
mencerminkan tugas utama JNJK sebagai pengawal kualiti pendidikan. Dalam
penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70
jawatan staf sokongan. Sehingga tahun 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
telah diterajui oleh 20 orang Ketua Nazir.

Antara tugas utama nazir ialah:
1. Pemeriksaan Institusi Pendidikan
- Memeriksa institusi pendidikan pada tempoh yang difikirkan sesuai:
: Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri,


E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

48
memeriksa institusi pendidikan
: Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan
pemeriksaan institusi pendidikan

2. Nasihat dan Bimbingan
- Ketua Nazir atau nazir sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola
atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu
institusi pendidikan dan kepada guru-guru berhubung dengan pengajaran dan
kaedah pengajaran.

3. Penyediaan Laporan
- Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri
tentang institusi pendidikan yang diperiksanya, dan jika laporan itu dibuat oleh nazir
sekolah dia hendaklah mengesyorkan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai
pada laporan.

Penyeliaan merupakan satu perkhidmatan kepada guru untuk penambahbaikan
pengajaran dan secara tidak langsung pelajar akan menerima hasil
keuntungannya. Kualiti pengajaran guru yang meningkat memberi kebaikan kepada
pelajar hasil daripada pengajaran guru yang berkesan. Satu andaian dalam
penyeliaan adalah bahawa tanpa bimbingan dan bantuan, guru tidak berpeluang
untuk berubah (Oliva & Pawlas, 2004). Mohd Zawawi (2002) menyatakan bahawa
75% guru bersetuju bahawa penyeliaan dapat meningkatkan mutu pengajaran
guru.

Penyeliaan yang baik melibatkan aktiviti memberi bimbingan, mengarah dan
memberitahu apa yang patut dibuat, bukannya mencari kesalahan guru. Glickman,
Gordon dan Gordon (1995) telah meletakkan penyeliaan sebagai tulang belakang
keberkesanan sesebuah sekolah. Oleh itu, dengan adanya penyeliaan daripada
pihak kami, guru-guru sekolah akan sedaya upaya untuk membuat yang terbaik. Ini
secara tidak langsung, peranan mereka di sekolah dapat dijalankan dengan sebaik
mungkin.



E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

49
Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita
sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih
berlegar dalam persoalan yang sama iaitu pada pandangan seorang ibu adakah
peranan guru dapat membantu meningkatkan prestasi akademik atau KOKUM
anak puan?

Panel ketiga : Dalam perspektif seorang ibu, sememangnya peranan guru di
sekolah membantu dalam meningkatkan prestasi anak saya. Pada pendapat saya,
sememangnya peranan yang dijalankan dengan sebaik mungkin oleh seorang guru
mampu meningkatkan prestasi anak saya. Ini kerana, seorang guru yang
memainkan peranan dengan baik semasa di sekolah akan membantu dalam
meningkatkan lagi sahsiah seorang murid. Selain itu, emosi dan disiplin seorang
murid juga akan lebih terjaga. Sebagai seorang ibu, saya berpendapat bahawa
seorang guru sekolah rendah perlu mendekatkan diri mereka dengan murid-murid
dan menjadi pengganti ibu bapa, berindak sebagai agen perubahan, agen sosial
dan seterusnya perlu membentuk tingkah laku murid supaya benar-benar menjadi
murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Walau bagaimanapun seperti yang kita sedia maklum bahawa rumah dan skolah
merupakan persekitaran yang paling rapat dengan murid. Ibu bapa tidak
seharusnya meletakkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak
kita. Ibu bapa harus berusaha dan bekerjasama dengan pihak sekolah sekiranya
ingin anak-anak mereka menjadi seorang yang lebih berjaya. Ini kerana, rumah dan
keluarga merupakan persekitaran yang paling rapat dengan seorang murid.

Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus
menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberikan sedikit
penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalam sanubari anak-anak. Ibu bapa
perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula
perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut.




E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

50
Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi melancarkan
pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah
pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu
melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kelangsungan
perjalanan hidup mereka. Ibu bapa juga sentiasa berhubung dengan guru sekolah
anak tentang perkembangan anak. Cara ini membolehkan guru akan memberitahu
ibu bapa seawal mungkin jika anak dikesan bermasalah.

Menurut Masjumi (2008), peranan dan tugas guru harus dirancang dan ditetapkan
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru harus memahami
apa sebenarnya peranan seorang guru dalam proses pdp yang bersifat majmuk.
Dalam erti kata lain peranan guru itu bukanlah terhad kepada 1 sahaja tetapi lebih.
Pihak ibu bapa dan guru mesti sentiasa berkolabarasi antara satu sama lain bagi
memantau pencapaian anak dan murid mereka. Berbual kosong dengan anak
sahaja tidak memadai. Fikirkan cara-cara memaksimumkan masa bersama dengan
anak itu benar-benar berkualiti. Misalnya sedia mendengar apa-apa jua ingin
diberitahu oleh anak atau luangkan masa membantu anak dalam apa-apa pun.
Sara Gable (2000) berpendapat bahawa ibu bapa dan anak-anak yang sejahtera
sering berkomunikasi tentang pelbagai perkara dan bukan hanya apabila wujudnya
konflik. Berbincang dan mencari penyelesaian bersama dapat mengatasi atau
mengurangkan tekanan yang dihadapi dan juga membina pertalian. Dari
perbincangan bersama anak ini, ibu bapa akan lebih dekat dengan anak masing-
masing.

Minggu lepas, saya dan anak saya membuat sedikit perbincangan tentang aktiviti
yang dijalankan di sekolah. Anak saya mengatakan bahawa dia suka untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah yang dijalankan kerana guru
sekolahnya kerap memberikan dorongan dan sokongan. Memandangkan saya
ialah pengerusi PIBG sekolah, saya kerap menghadiri mesyuarat yang berkaitan
dengan pihak sekolah.





E D U 3 1 0 8 A S A S K E P I M P I N A N D A N P E R K E M B A N G A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U

51



Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun
yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang
kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahualam
Saya akhiri forum pendidikan kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai