Anda di halaman 1dari 3

Zaman

Dasar

Pembangunan

Negara

(1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: 1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari; 2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999; 3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma; 4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan 5. Menaiktarafkan Zaman Dasar Sekolah Wawasan teknologi Menengah Negara Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. (2001-hingga Dengan sekarang) kira Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia maklumat. mengambil pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah

Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003,

Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai