Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Dasar dan Perancangan Pendidikan Malaysia di masa depan adalah digubal


berdasarkan Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Pendidikan (2000 - 2010),
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010) dan Plan Induk Pembangunan
Pendidikan (2006 - 2010) (PIPP)

2.0 Dasar Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan bertaraf Dunia (Dari 2001 -2010)

Manakala dasar dan perancangan pendidikan pada 2001 - 2010 adalah


berasaskan kepada Dasar Pembangunan Negara, seperti yang terdapat Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 - 2010) (RRJP3) dan Rancangan Malaysia
Kelapan (2001 - 2005, RM Ke-8). Maka Dasar Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010
antara lain adalah bermatlamat bagi menyediakan peluang pendidikan berkualiti
kepada semua warganegara Malaysia, bermula dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat universiti dirangka berteraskan kepada akses, ekuiti dan kualiti pendidikan
serta kecekapan dan keberkesanaan pengurusan pendidikan.

Pembangunan pendidikan ini juga diperkukuh dan diperlengkap dengan


pembangunan program sokongan dan pembiayaan serta pembangunan pengurusan
pendidikan dan ICT (KPM, 2001).

2.1 Dasar Perancangan Pendidikan

Oleh itu antara dasar perancangan pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan


pendidikan bertaraf dunia adalah:

1. Semua guru di sekolah menengah adalah guru siswazah menjelang tahun


2005, dan 50% guru sekolah rendah adalah guru siswazah menjelang tahun
2010.

2. Kanak-kanak berumur 5 tahun perlu disediakan pendidikan pra sekolah dengan


mewajibkan penggunaan Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (KSKP)
bagi semua pusat pendidikan prasekolah.

3. Memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan rendah mempunyai guru yang


berkualiti dan mencukupi serta meningkatkan kemudahan asas, meningkatkan
kualiti PdP yang mengintegrasikan ICT, peluasan sekolah Bestari.

3
4. Meningkatkan peratus ekuiti dalam pendidikan menengah, dengan menambah
bilangan sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknikal/Kolej Vokasional (SMT/KV).

5. Kualiti pendidikan sekolah menengah perlu ditingkatkan yang meliputi aspek


infrastruktur, pendidikan sains dan teknologi, penguasaan pelajar dalam
bahasa Inggeris, bahan bantu mengajar dan lain-lain.

2.2. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010)

Lain-lain dasar dan perancangan pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada
rancangan Malaysian Ke Sembilan (2006-2010) ini adalah:

i. Melaksanakan pendidikan wajib pendidikan rendah yang dilaksanakan secara


berperingkat mulai Tahun 1 pada 2003.
ii. Memperkukuhkan lagi program Bimbingan dan Kaunseling dengan
memperuntukan seorang kaunselor bagi setiap 500 orang pelajar mulai tahun
2003.
iii. Melaksanakan pengajaran-pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris mulai tahun 2003.
iv. Pemberian Bantuan One-Off RM120.00 kepada murid sekolah rendah daripada
keluarga miskin pada tahun 2002/2003, dan bantuan ini diganti dengan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mulai 2001.
v. Mata pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di SMK harian pada tahun
2001.
vi. Program pemulihan dimantap dengan memperuntukan guru pemulihan.
vii. Program J-OAF diperkenalkan mulai 2005.
viii. Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri didaftar sebagai sekolah
agama bantuan kerajaan mulai 2005.

2.3 Plan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 -2010) (PIPP)

Pada 16 Januari 2007 Kementerian Pelajaran telah melancarkan Plan Induk


Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010) (PIPP) yang akan menjadi dasar dan
perancangan Pendidikan mulai 2006 - 2010. PIPP mengaliskan enam strategik utama
iaitu:

4
1. Membina Negara Bangsa - Dengan memberi penekanan kepada membina negara
Malaysia dengan rakyat yang bersepadu, bersifatpatriotik, dan bangga sebagai
bangsa Malaysia melalui
i. meningkatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
ii. memberi kefahaman tentang isi kandungan dan keperluan Islam Hadhari.

2. Membangunkan Modal Insan - Dengan memberi fokus kepada pembangunan modal


insan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang mempunyai nilai yang kuat
melalui
i) mempunyai kemahiran belajar dan kompeten di kalangan pelajar dengan
menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
ii) memperkuatkan kurikulum
iii) mempertingkatkan konsep sekolah Bestari.

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan - Dengan memberi fokus kepada sekolah


kebangsaan sebagai pilihan utama tanpa mengorbankan sekolahsekolah jenis
kebangsaan yang lain melalui
i. mempertingkatkan kepimpinan sekolah
ii. membangunkan infrastruktur sekolah
iii. memperkembangkan program prasekolah

4. Merapatkan Jurang Pendidikan - Dengan memberi fokus kepada merapatkan jurang


pendidikan dari segi lokasi, sosio-ekonomi status (SES), dan memberi peluang
kepada semua pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan melalui
memperbaiki infrastruktur dan keperluan asas sekolah-sekolah luar bandar
menambahkan bilangan guru terlatih terutama di sekolah luar bandar
mempertingkatkan sistem penyampaian kepada pelajar-pelajar miskin, pelajar
berkeperiuan khas dan kumpulan minoriti.

5. Memertabatkan Profesión Keguruan - Dengan memberi fokus kepada melahirkan


guru yang berkualiti melalui mempertingkatkan pemilihan guru mempertingkatkan
latihan penjuruan memperbaiki prospek dan kerjaya guru, memperbaiki suasana
kerja dan kebajikan guru.

5
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan - Dengan memberi fokus kepada
mempertingkatkan kecemerlangan supaya menjadi sekolah contoh melalui:
i. Mempastikan kepimpinan yang efektif.
ii. Memberi kuasa autonomi kepada sekolah kluster dalam bidang tertentu.
iii. Mewujudkan sistem kepertanggungjawaban.
iv. Mewujudkan satu piawai (bench marks) sekolah sebagai panduan kepada
negara menjadikan status sebagainegara maju. (Berita Harian, 16 Jan 2007)

Plan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010) (PIPP) memberi penekanan


kepada dasar membina negara bangsa, membangunkan modal insan,
memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memertabatkan
profesión kegunaan, dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. PIPP
digubalkan berdasarkan Plan Pembangunan Pendidikan (2001 - 2010) dan Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006 - 2010) Terutama Teras Kedua:

“meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda


kelas pertama; melalui meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua
peringkat, menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, Melahirkan
institusi tertiari bertaraf antarabangsa, Memupuk keupayaan penyelidikan dan
pembamgunan serta saintifik dan inovasi yang berkualiti tinggi, memperkasa wanita
dan belia, dan menyemai nilai murni dalam masyarakat “

6
tempoh 1970 - 1980 berfokus Rancangan
Memperkasakan Pendidikan Bertaraf Dunia
Malaysia Kedua (Malaysia Kedua, 1971 - 1975)
Period 1991 - 2000
DEB dan “Rukun Negara"
•DasarKerajaan dan Dasar Pembangunan •Penyatuan sistem pelajaran bagi memupuk
Negara, seperti Wawasan 2020, yang ingin perpaduan negara.
menjadikan Malaysia sebagai negara •Menyesuaikan dan memperluaskan rancangan
perindustrian, sekali gus negara maju pelajaran dan latihan bagi memenuhi
menjelang 2020 keperluan-keperluan dari segi tenaga rakyat.
•matlamat dan dasar pendidikan adalah untuk •Untuk meningkatkan mutu pelajaran untuk
melahirkan warganegara yang mempunyai membentuk satu masyarakat yang maju yang
imbangan bersesuaian dengan pengetahuan berasaskan sain dan teknologi moderi.
dan kemahiran (Kerajaan Malaysia, 1971).
• menggalakkan penglihatan sektor swasta di •melaksanakan penggunaan Bahasa Malaysia
dalam pendidikan terutama di peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah
pengajian tinggi, dan dasar kerajaan yang • mengurangkan
mahu sektor pendidikan bertaraf dunia yang
•jurang perbezaan dalam peluang-peluang
berteraskan
pelajaran di antara kawasan dan kaum
•kepada misi Kementerian Pendidikan
•mencantumkan sistem
•1. Pendidikan Prasekolah Pendidikan Rendah
•pelajaran di Sabah dan Sarawak
Pendidikan Menengah Pendidikan Lepas
Menengah Pendidikan Tinggi •Pada tahun 1979: mewujudkan kurikulum dan
•2. Meningkatkan tempoh persekolahan dari 9 •pendekatan baru dalam pengajaran -
tahun kepada 11 tahun (sehingga Tingkatan pembelajaran di sekolah menengah dan
5). rendah yang dikenali sebagai
•3. Jika bahasa pengantar utama disesuatu •Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
institusi pendidikan adalah berlainan (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
daripada Bahasa Melayu, ia hendaklah diajar (KBSR)
sebagai mata pelajaran yang wajib.
•4. Mewajibkan semua tadika kerajaan dan
swasta mengikut Garis Panduan Kurikulum
Pra-sekolah yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan.
•5. Memperkenalkan satu Kurikulum
Kebangsaan yang wajib digunakan oleh
semua sekolah, termasuk sekolah swasta.
•6. Menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan
Kebangsaan untuk memberi nasihat menteri
•Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, dengan
tujuan untuk meluaskan peluang kepada
pelajar untuk mendapat pendidikan tinggi di
Malaysia dengan membenarkan penubuhan
universiti dan kolej swasta

7
Zaman Selepas Kemerdekaan Zaman Sebelum Kemerdekaan –

•dipengaruhi oleh Dasar Pembangunan •pembelajaran tidak formal ini dilaksanakan


Negara di sekolah- sekolah pondok dan institusi
•menggariskan dasar bahawa Bahasa Melayu madrasah yang banyak
sebagai bahasa pengantar utama •memberi penekanan kepada mata pelajaran
•penggunaan kurikulum bagi peperiksaan Tauhid, Fiqah dan Al-Quran ( Shahril Marzuki,
yang sama untuk semua pelajar (Akta 1999)
Pelajaran,1961). •persekolahan berbentuk sekolah vernacular.
•a pendidikan percuma untuk Pada zaman pemerintahan British di Tanah
•semua pelajar. Kenaikan darjah secara Melayu terdapat empat aliran persekolahan ;
automatik, dan menaikkan had umur • Sekolah vemakular melayu,
berhenti sekolah kepada umur 15 •Sekolah Vemakular Cina,
•tahun (Akta Pelajaran, 1961) • Sekolah vemakular Tamil dan
•pembinaan lebih banyak sekolah vokasional •sekolah Inggeris
dan teknik diperkenalkan pada 1966

Sumber Rujukan:

1. https://ejournal.upi.edu/index.php/JAPSPs/article/view/6309/4284
2. Zaini Abdullah; Falsafah dan Dasar Pendidikan Di Malaysia, UPSI
3. PORTFOLIO-PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR; EN. MOHD ARIFIN B. GHAZALI,
2011

8
9

Anda mungkin juga menyukai