Anda di halaman 1dari 2

Apakah itu Disleksia?

Satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap.

Bukan satu penyakit tetapi memerlukan program Pendidikan


yang sesuai.

Ciri-Ciri Disleksia?
Di peringkat prasekolah:-

• Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan
• Sukar menulis nama sendiri
• Sukar mengenal bentuk atau warna
• Sukar mendengar cerita yang telah dengari
Pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang sesuai bagi
kanak-kanak bermasalah pembelajaran kategori:-Disleksia
Multisensori
• Menggunakan pelbagai deria – sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh
• Contoh:- Minta murid tulis atas kertas pasir/atas permaidani dan sebut bunyi abjad serentak
dengan pergerakan
Kaedah Fonik
• Menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan hurufnya.
• Contoh:- ba+ta terus disebut (ba) + (ta) dan seterusnya disebut sebagai (bata).

Kaedah VAKT
Menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pengerakkan)
Contoh:- murid melihat dan menyebut perkataan sambal menulis berdasarkan peringkatan.

Kaedah Kinestestik
• Belajar dengan cara bergerak, bekerja dan menyentuh
• Melukis, menampal, menggunting dan sebagainya.

Kaedah Cermin
• Murid berdiri di hadapan cermin, kemudian guru akan menyebut huruf kepada murid.
• Murid perlu mengulang semula apa yang telah disebut oleh guru sambil pandang cermin.

Anda mungkin juga menyukai