Anda di halaman 1dari 18

Tajuk:

Keunikan murid – Masalah


Disleksia
Ahli kumpulan:
GOH QUO HAN
KHOO CHEONG YU
CHONG MEI HUI
GOH MEI YU
KOK DYI EN
1.0 Pengenalan

1.1Keunikan Murid
1.2Definisi Disleksia
1.3Punca Disleksia
1.4Jenis Disleksia
1.5Cara- cara membantu kanak-kanak yang mempunyai
masalah Disleksia
1.1 Keunikan Murid
• Setiap pelajar yang dilahirkan adalah berbeza.
• Ini jelas kerana setiap pelajar adalah unik dan tiada seorang pun yang
seratus-peratus serupa, walaupun dengan kembar seiras.
• Walaupun dalam peringkat perkembangan yang sama, kadar perkembangan
setiap pelajar berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

1.2 Definisi Disleksia


• Pelajar mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang Panjang
• Pelajar kesukaran mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.
• Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan
orang lain dengan disleksia.
1.3 Punca Disleksia
• Dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada
keadaan yang normal.
• Faktor Genetik atau keturunan
• Faktor neurobiologikal
1.4 Jenis- Jenis Disleksia
• Disleksia Visual
• Disleksia Auditori
• Disgraphia
1.5 Cara membantu kanak-kanak
Yang mempunyai masalah Disleksia
• Membantu kanak-kanak dan keluarga memahami
permasalahan ini dan bina keyakinan diri mereka
• Langkah-langkah pemulihan pemulihan boleh dijalankan
seperti membantu anak menguasai maklumat secara beransur
ansur, mengajar secara berulang-ulang (konsep ajar
berlebihan) dan menggunakan video atau alat audio untuk
belajar.
• Boleh menghantar mereka mengikuti program pemulihan
khusus di sekolah-sekolah tertentu.
2.0 Tinjauan Literatur

1. Teori - teori Pembelajaran yang Berkaitan

2. Kajian Lepas -  Masalah Pembelajaran


Murid Disleksia
1) Teori - teori Pembelajaran yang Berkaitan

1. Teori Pembelajaran Behavioris


 Pembelajaran adalah proses perubahan dalam tingkah laku yang dapat diperhatikan sebagai hasil tindak
balas individu terhadap peristiwa yang berlaku dalam persekitarannya (Kamarudin & Siti Hajar, 2004).
2. Teori Pembelajaran Kognitif
 Perspektif pendukung teori kognitif tertumpu kepada keupayaan berfikir serta memproses dan menilai
maklumat.
3. Teori Pembelajaran Humanis
 Pendekatan humanis mementingkan pemikiran dan perasaan murid dalam pembelajaran dan bukan
semata-mata untuk pemerolehan pengetahuan.
4. Teori Sindrom Disleksia
 Teori Sindrom Disleksia menurut Levinson (1994), mengatakan disleksia terhadap bacaan berlaku
apabila murid-murid disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingat huruf dengan perkataan, sama
ada secara visual atau fonetik.
2) Kajian Lepas -  Masalah Pembelajaran
Murid Disleksia

• Berdasarkan Hammond dan Hughes (1993) dipetik oleh Zaliza, Mahfuzah dan Ahmad
(2014), perkataan “disleksia” diperkenalkan pada tahun 1887 oleh Professor Rudolf Berlin
iaitu seorang pakar perubatan dan ophtalmotologist.
• Disleksia berasal daripada perkataan Yunani Kuno (Greek Kuno) yang terdiri daripada dua
perkataan iaitu “dys” yang bermaksud susah atau sulit dalam.. dan “lexis” bermaksud
perkataan, yang merujuk kepada masalah atau kesukaran di kalangan kanak-kanak atau
orang dewasa dalam membaca dan menulis (Schneider & Crombie, 2003).
• Mengikut Drake (1989), masalah disleksia merujuk kepada beberapa ciri-ciri, antaranya
kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar
membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (sukar
meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit
memfokus pada tulisan dan mempunyai tumpuan yang terhad (pendengaran dan
pengamatan visual).
• Menurut Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1996; Spafford dan Grosser,
1996, antara punca-punca disleksia ialah faktor keturunan atau genetik,
biologi dan tahap kematangan. 
• Kebiasaanya disleksia lebih ramai dihadapi oleh kanak-kanak lelaki
berbanding perempuan dengan nisbah 3 : 1 atau 2:1(Hallgren, 1970). Ini
disebabkan kanak-kanak lelaki memiliki perkembangan saraf yang agak
lambat berbanding kanak-kanak perempuan dan ini mungkin menjadi salah
satu punca utama.  
• Menurut Samsunuwiyati Mar’at (2005) disleksia merupakan salah satu
masalah dalam membaca yang tidak mempunyai bukti berlakunya kerosakan
di otak kerana ia melibatkan gangguan neorologi seseorang. Seseorang yang
mengalami disleksia tidak mampu untuk menggabungkan fonem-fonem lisan
sehingga mengalami kesukaran dalam membaca.
3.0 Dapatan Kajian

1. Tahap Pemahaman Ibu Bapa Terhadap Masalah Disleksia


2. Masalah Pembelajaran Murid Disleksia dan Gaya Pengajaran
Guru
3. Keberkesanan perisian D-Matematika dalam memotivasikan
literasi matematik bagi kanak-kanak disleksia
Tahap Pemahaman Ibu Bapa Terhadap
Masalah Disleksia
 Ibu bapa pernah mendengar perkataan disleksia dan mengetahui
maksud disleksia secara umum.
 Pemahaman mereka terhadap masalah disleksia adalah pada
tahap yang rendah.
Tahap Pemahaman Ibu Bapa Terhadap Masalah Disleksia Dari
Pelbagai Aspek

Aspek Tahap Pemahaman

Ciri-ciri disleksia Pemahaman pada tahap sederhana

Punca Kurang pengetahuan akan punca sebenar masalah disleksia

Kesan Tidak tahu kesan terhadap kanak-kanak disleksia (boleh memberi kesan
kepada pertuturan pesakit disleksia).

Rawatan Tidak pasti rawatan yang sewajarnya bagi kanak-kanak disleksia.


(boleh dikawal dengan pengambilan ubat danpengambilan makanan seimbang)
Kefahaman akan keperluan • Mengetahui cara belajar kanak-kanak disleksia
kanak-kanak disleksia • Bersetuju kanak-kanak disleksia dikategori sebagai pelajar pendidikan khas
• Kaedah pengajaran multisensori dapat membantu individu disleksia
Masalah Pembelajaran Murid Disleksia dan
Gaya Pengajaran Guru

Tema Subtema
Masalah murid disleksia dalam  Masalah dalam kemahiran menulis
Bahasa Arab  Masalah pengecaman bentuk huruf yang hampir
sama
 Masalah pengecaman bunyi huruf yang betul dan
hampir sama
 Berlaku penambahan huruf yang tidak perlu
 Masalah dalam membaca perkataan yang sukar
dan tidak familiar
Masalah Pembelajaran Murid Disleksia dan
Gaya Pengajaran Guru

Tema Subtema
Gaya pengajaran Bahasa Arab • Memberi perhatian yang lebih
terhadap murid disleksia • Mementingkan kefahaman makna berbanding
menghafaz kosa kata
• Menggunakan kaedah ‘fun learning’ seperti
nyanyian, permainan dan aktiviti
• Penggunaan gaya kerap bertanya
Keberkesanan perisian
D-Matematika
 Penggunaan perisian kursus D-Matematika dapat memotivasikan kanak-kanak
disleksia dalam memperoleh literasi matematik berbanding dengan kaedah
konvensional.
 Semasa ujian pra, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid disleksia mengalami
masalah paling ketara bagi topik darab nombor (sifir 2 hingga 5), bahagi nombor (sifir
2 hingga 5) dan kenal masa.
 Setelah murid disleksia ini menggunakan perisian D-Matematika, dapatan kajian
menunjukkan tahap literasi matematik murid disleksia terdapat peningkatan yang amat
tinggi.
 Perisian D-Matematika yang menerapkan pelbagai pendekatan pedagogi telah berjaya
memotivasikan literasi matematik pelajar disleksia.
ISU PERBINCANGAN

 KEFAHAMAN IBU BAPA TERHADAP


DISLEKSIA
 PERANAN IBU BAPA, GURU, DAN
PELBAGAI PIHAK
 KEPENTINGAN MENJAGA HAK DAN
MEMBANTU PELAJAR YANG MENGHADAPI
MASALAH DISLEKSIA
AMALAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
DAN PENGAJARAN GURU
 PROGRAM DISLEKSIA
 CARA-CARA MENGAJAR:
1. Pendekatan Multi Sensory Structured Language (MSL)
2. Mengulangi arahan, kata kunci dan konsep dengan sabar.
3. Lebih masa untuk menyelesaikan tugasan
4. Prihatin terhadap emosi pelajar dan diri
5. Ubah suai tugasan
Kesimpulan

 Disleksia tidak akan menghalang seseorang


belajar.
 Semua pihak haruslah memainkan peranan masing
masing untuk membantu pelajar yang menghadapi
masalah disleksia
 Pelajar disleksia juga berpeluang untuk menjadi
seorang yang cemerlang dari semua bidang .

Anda mungkin juga menyukai