Anda di halaman 1dari 38

SESI LATIHAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELBAGAI SENARIO

KEMAHIRAN LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR Satu proses yang melibatkan dua kemahiran: a. menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama, contoh: b p (badang padang) d t (datang tatang) l r (lali lari) k g (kalah galah) b. memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.

KEMAHIRAN MENDENGAR
KELEMAHAN DALAM MEMAHAMI APA YANG DIDENGAR

KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN BUNYI

TIDAK CEKAP DALAM MEMPROSES MAKLUMAT

MASALAH

AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR


1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas: Melakukan pergerakan mengikut arahan:

Duduk Tutup pintu Berdiri tegak, rapatkan kaki. Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan Pusing kiri Pusing kanan

2. Teka siapa saya. Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk tekateki atau meneka bunyi.

CONTOH TEKA-TEKI

ULAR SENDUK

CONTOH TEKA BUNYI

BUNYI HAIWAN

JAWAPAN

3. Melukis bahan berbentuk grafik.


Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh: Guru bercerita: Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZ aharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul. Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan.

KEMAHIRAN LISAN
KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978).
Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehinggalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

KEMAHIRAN BERTUTUR
SEBUTAN INTONASI GAGAP

MASALAH

AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR


Latih tubi aspek sebutan (fonologi) Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.

i. Latih tubi pasangan minimal


Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulang kali sehingga mahir. Contoh: dari --- lari ladang --- lalang lada --- lala dada --- lada tadi --- tali

ii. Latih tubi pemintal lidah Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanakkanak menyebutnya.

Contoh:
a) Masalah menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris) She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are seashore shells.

TEKNIK MENYANYI
Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

TEKNIK LAKONAN
Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahirankemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.

Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

Keadaan Fizikal

Pengalaman dan persekitaran Daya diskriminasi ( pengamatan )

Emosi, motivasi dan sahsiah

Kecerdasan dan perkembangan kognitif

Penguasaan bahasa

Bentuk Huruf

Peringkat suku kata

Kesukaran dalam pengamatan

Kesukaran Membaca peringkat ayat

Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )

Mendiskriminasi perkataan
Melengkapkan atau menambah perkataan Membina perkataan di dalam perkataan

Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan


Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina Permainan teka teki Permainan silang kata

LAGU ABC - SUKU KATA IB.flv

Mengenal pasti kanak-kanak

Mengenal pasti masalah kanakkanak tersebut Susun strategi pemulihan

Pelaksanaan

Penilaian

Kemahiran tulisan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu;


Pra tulisan
Tulisan Mekanis Tulisan Kreatif

Biasanya selepas melalui ketiga-tiga peringkat berkenaan, tiada lagi istilah tidak dapat menulis apa yang diarah. Jika masih ada golongan

murid yang masih tidak boleh menulis, maka tentu sekali wujud
masalah dengan murid berkenaan.

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu sama lain

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan

Bentukbentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

Menulis tanpa mengikut garisangarisan yang ditentukan

Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil

Masalah pembalikan huruf atau perkataan

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi ( kedudukan ) yang sepatutnya.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contohcontoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuiti dengan mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaranlembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu

awal akhir.pdf sisip suku kata.pdf

Tamat

Bentuk Huruf
Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya Huruf terbalik Bunyi yang seakan-akan sama Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda

Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil

Peringkat suku kata


Tidak boleh mengadun / membatang suku kata Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. Salah memecah / membatang suku kata

Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.

Kesukaran dalam Pengamatan


Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan
Mengeja sebelum membaca Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut

Menggantikan bunyi bunyi suku kata dalam perkataan.


Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.

Kesukaran Membaca Peringkat Ayat


Menggantikan perkataan dengan perkataan lain Tertinggal Pembalikan perkataan Mengulang Merangkak-rangkak

Membaca mengikut loghat

Anda mungkin juga menyukai