Anda di halaman 1dari 11

masalah murid pemulihan khas

Pengenalan
Menurut Frank Smith (1971), membaca adalah satu operasi psycholinoustic.
Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran
bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long
(1976) pula mengatakan membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis
kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan
makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Sementara itu, Abu Basar (1981),
berpendapat membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang
tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
Sebagai rumusannya, membaca merupakan satu proses di mana lambanglambang bertulis dipindahkan kepada bentuk suara, memahami makna-makna yang
terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut kepada pengalaman
sedia ada murid.
Dalam kemahiran bacaan, terdapat beberapa proses yang membantu seseorang
untuk menguasai kemahiran bacaan dengan baik. Antaranya, bacaan sebagai proses
sensori (kederiaan), bacaan sebagai proses pengamatan (perseptual), bacaan sebagai
proses bahasa (linguistik) dan bacaan sebagai proses mental (kognitif).
Kemahiran membaca memerlukan seseorang murid itu dalam proses bersedia
dari segi fizikal termasuklah keadaan penglihatan dan pendengarannya yang sempurna
dan matang. Keadaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai,
emosi, motivasi dan sahsiah yang membentuk dan mendorong ke arah kesediaan
membaca. Begitu juga dengan kecerdasan dan perkembangan kognitif seseorang
murid itu.
Selain itu, daya diskriminasi atau pengamatan seseorang murid dari segi
penglihatan dan pendengaran juga turut memainkan peranan penting dalam
penguasaan terhadap kemahiran membaca. Begitu juga dengan penguasaan bahasa
yang bertindak sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa setiap
individu.
Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca di kalangan Murid Pemulihan Khas
Menyentuh tentang masalah dalam kemahiran bacaan, secara amnya, beberapa
isu yang sering berlaku di kalangan murid-murid pendidikan pemulihan antaranya ialah
tidak, kenal huruf, meninggalkan huruf atau perkataan, tidak memahami apa yang

dibaca, teragak-agak, salah sebutan, lemah daya ingatan, menambah perkataan,


mengulang perkataan dan mengeja semasa membaca.
1) Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan makna.
2) Meninggalkan huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. Contohnya, buah disebut uah,
kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.
3) Meninggalkan perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca seperti buku itu
sangat tebal dibaca sebagai buku itu tebal.
4) Tidak memahami apa yang dibaca
a) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap dan sebagainya.
b) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
panjatlah lagi pokok itu, yang bermaksud melarang seseorang itu daripada memanjat
pokok difahami sebagai ayat menyuruh seseorang itu memanjat pokok lagi.
c) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan
bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.
d) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang
dibaca.
e) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
f) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan
yang dibaca.
g) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan sebagainya.
5) Teragak-agak
Teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan
ketika membaca disebabkan murid tidak pasti akan bacaannya.

6) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat murid-murid tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna
perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu juga diberi perhatian oleh guru untuk
mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan
semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.
Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti adalah seperti yang berikut :a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan.
Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.
Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.
Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.
Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca.
Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengerdip-ngerdipkan mata, mengerut dahi,
menggeleng-geleng kepala dan sebagainya.
Suara terlalu perlahan atau tidak jelas atau blurring.
Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.
Cuba mengelak daripada aktiviti membaca.
Tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang dipamerkan oleh
murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan
menghadapi masalah dalam bacaan.

7) Lemah daya ingatan


Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak
dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang
pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat
terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a.
Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b.
Gagal mengenal pasti objek
c.
Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d.
Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e.
Hilang kemampuan jasmani
f.
Tidak mengendahkan kebersihan diri

g.

Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

8) Menambah Perkataan
Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti bulan-bulan
disebut bulang-bulang, ikan-ikan disebut ikang-ikang dan seumpamanya.
9) Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
10) Mengeja Semasa Membaca
a) Teragak-agak semasa membaca
b) Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c) Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan kurang yakin salah
atau betul.
d) Kemajuan pembacaan yang lemah
Secara khususnya, masalah-masalah dalam bacaan berlaku dalam beberapa peringkat
iaitu pada peringkat mengenali bentuk huruf, suku kata, kesukaran dalam pengamatan
dan juga kesukaran membaca peringkat ayat.
Daripada pelbagai masalah yang berlaku di kalangan murid pendidikan pemulihan,
salah satunya adalah murid tidak dapat membatang perkataan yang mempunyai
banyak suku kata. Contohnya, perkataan-perkataan seperti jambatan, pelajaran,
pendapatan dan sebagainya.
Masalah ini akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
Murid akan cepat berasa jemu dan kadang-kadang akan cuba mengelak daripada
aktiviti membaca.
Beberapa cara dapat dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Fokus utama
hendaklah dimulakan dengan penguasaan terhadap kemahiran asas yang bermula dari
bawah, barulah seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran yang seterusnya.
Langkah-langkah Untuk mengatasi Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca di
Kalangan Murid Pemulihan Khas.
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi
pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca

murid sekolah rendah antaranya mengenalpasti kanak-kanak atau masalah yang


dihadapi. Kanak-kanak yang menghadapi masalah dari aspek mental iaitu lemah
didalam pengamatan, ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau objek, nombor,
perkataan atau ayat. Antara kaedah yang boleh dijalankan ialah kaedah
fonetik.Mengikut kaedah ini,murid diperkenalkan dengan bunyi huruf . Murid dilatih
untuk
membunyi
huruf
secara
terasing
misalnya a bunyi aaa,
e bunyinya eee , o bunyinya ooo dan sebagainya. Guru menunjukkan kad huruf dan
minta murid membunyikan huruf tersebut.
Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik dan kaedah
pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah
pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada
hubungan yang rapat di antara simbol atau huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasabahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh
digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun
mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar
membaca.
Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf,
bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat.
Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf
dari
a
hingga
z
secara
tertib
biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa
huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataanperkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam
dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan
dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca
serta faham apa yang dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut:

1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan
menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa
kali, selang-seli.
2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k,
m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua
murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku
kata:

Da

di

du

ka

ki

ku

sa

si

su

4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:

ba..... ba.... baba


bu..... bu.... .bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku
5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan
latih murid membacanya:

baba
dada

bubu
kuku

6. Perkenalkan gabungan lain:

a ..... ku..... aku


a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju
7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:

aku ada
aku buka
ini
buku
itu
baju

buku
baju
aku
aku

8. Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.


9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:

Buku
Buku
Buku

dia
baba
aku/ku

10. Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad
imbasan.
11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

i ... bu ..... ibu


bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda
budi
budi
budi

ibu
ibuku
uda

di ... a ..... dia


ka ... ki ..... kaki
kaki
kaki
kaki

dia
ibu
kuda

12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang
dicipta:

ibu buku
baba uda

bubu

udaku ada kuda


dia
kaki
kuda
buku
uda
Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam
sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d,
k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.
Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Contohnya :

aA

eE

oO O
s
S

uU
U

mM MMMM
M

Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam mengajar murid mengenal abjad
antaranya permainan abjad. Permainan memancing abjad agak menyeronokkan dan
murid akan terhibur dan secara tak langsung boleh menarik minat murid untuk
membaca. Setiap huruf yang dapat dipancing akan disebut dengan betul dan dilakukan
secara berulang-ulang. Dengan cara ini diharap murid akan dapat membaca dengan
cepat.
Setelah menguasai kemahiran mengenal abjad, diajar pula kemahiran
membunyikan sukukata, antaranya ialah membunyikan suku kata yang diberi
seperti :

ba
bi
be
bo
bu

ka
ki
ke
ko
ku

ma
mi
me
mo
mu

ta
ti
te
to
tu

sa
si
se
so
su

la
li
le
lo
lu

Sebaik-baiknya gunakan kad suku kata berwarna. Ini boleh menarik minat murid
kerana ia lebih menarik dan membantu murid meningkatkan penguasaan dalam
kemahiran membaca.

ba

ta

ca

tu

ju

baju
batu
KESIMPULAN
Lakukan aktiviti menyebut dan membunyikan suku kata dengan cara latih tubi sehingga
murid

menguasainya.

Untuk

lebih

menghiburkan,

guru

boleh

menggunakan kaedah lirik lagu dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan


kaedah nyanyian akan lebih menarik minat dan tumpuan murid dan secara tidak
langsung murid akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat.
Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses
pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak
awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun
disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan
masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan
profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga
merasakan tidak perlu dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan
yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat
diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan
pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan. Dalam usaha menangani masalah
ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir
mengenainya.
Selain dari itu, beberapa aspek lain perlu diberi perhatian agar murid dapat
menguasai kemahiran membaca Iaitu dengan mengadakan kempen membaca.

Perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun,


keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi
perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan
murid terbabit. Pihak sekolah sepatutnya mengambil lebih inisiatif untuk menghidupkan
kempen membaca dengan mengadakan pertandingan membaca paling banyak bahan
bacaan , berikan hadiah atau sebarang ganjaran.
Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu
anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru
daripada membantu murid yang lemah itu. Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan
langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting
bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka.
Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar
kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau
kesihatan.
Mengadakan sudut bacaan di dalam kelas. Dengan adanya sudut bacaan ini
akan menjadikan murid bermotivasi untuk membaca. Melihat kawan-kawan lain
membaca , akan membuatkan murid yang tidak boleh dan tidak berminat untuk
membaca akan sedikit sebanyak akan terpengaruh.Lama-kelamaan akan menjadi
kebiasaan untuk mereka membaca. Dengan ini masalah pemulihan murid yang tidak
menguasai 3M akan berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai