Anda di halaman 1dari 14

kad perkataan KVK lembaran kerja 1 memadan gambar dengan perkataan lembaran kerja 2 mencari perkataan tersembunyi barang

ng permainan berunsur pendidikan TIPS MENGAJAR : Pastikan murid telah bersedia Tunjukkan kad perkataan KVK Bas, Pen, Jam, Gam, Vas, Pam dan lainlain. Guru eja dan sebut, kemudian minta murid ikut. Tunjukkan gambar bagi setiap perkataan yang dieja dan sebut. Ulang aktiviti sehingga murid faham konsep mengeja dan mengingati apa yang dieja.

Beri murid masa untuk buat aktiviti menguasai kemahiran ini secara kumpulan dan individu. Soal murid secara rawak. Tunjuk gambar dan minta murid eja tanpa merujuk pada kad perkataan. Edarkan lembaran kerja 1 semak jawapan melalui perbincangan. Minta murid eja semula perkataan yang dipadankan Betulkan kesalahan murid jika ada. Edarkan lembaran kerja 2 semak jawapan melalui perbincangan. Minta murid eja semula perkataan yang telah dijumpai dan digarisi. Betulkan kesalahan murid jika ada. Berikan murid bermain selama 15 minit dengan permainan yang telah disediakan. Soal jawab di akhir pengajaran kukuhkan pemahaman murid dengan

meminta murid memberikan contoh lain bagi perkataan KVK atau suku kata KVK. Latihan ini nampak mudah. Namun, bukan semua murid mempunyai tahap perkembangan mental yang sama. Ada yang dapat menguasai pada hari ini tetapi jika disoal pada esok hari akan lupa. Itu bukan masalah besar. Oleh yang demikian, guru tidak perlu melatah dan marah. Amalkan konsep pengulangan dan amalan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran supaya murid akan lebih berdikari semasa melalui proses menguasai kemahiran ini.

KAEDAH SUKU KATA


Pengenalan Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ka + yu = kayu. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV),

penggunaan diftong (V) dan konsonan berganding (K). Langkah-Langkah Pengajaran 1. Perkenal bentuk dan bunyi huruf vokal mudah a i u, dan satu konsonan, eg. b 2. Bina dan sebut suku kata terbuka ba bi bu; bu bi ba 3. Bina perkataan dan baca perkataan 4. Buat frasa dan ayat, dan bacanya. 5. Tulis atau salin apa yang dibaca 6. Buat latihan pengayaan: permainan, secara berpasangan atau kumpulan kecil

Contoh Pengajaran 1. Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah a i u 2 Pilih satu konsonant mudah seperti b, 3 Bunyikan huruf b (bh) beberapa kali. 4 Bina suku kata ba bi bu. Ulang 5 Bina dan baca perkataan ba ba bi bi bu bu dan u bi i bu a bu 6 Baca ayat ibu abu bubu baba ubi ibu 7 Murid menulis huruf, suku kata dan huruf . 8 Setelah mahir, murid boleh mula membaca cerita

Contoh Membina dan membaca cerita itu buku itu buku abu abu buka buku abu baca buku abu suka baca buku Mengajar suku kata tertutup (kvk) b ba bi bu bat bit but ubat sabut k ka ki ku kan kin kun makan ikan s sa si su sak sik suk masak masuk

Mengajar huruf vokal o dan e ko po lo ro om lom otak, pokok koko, roda lori e e mak e nam em pat e e kor e lok be lon Emak Ella bela enam ekor kera. Bapa letak kereta di tepi rumah.
O

Suku kata istimewa: nga ngi ngu; nya nyi nyu Bunga nyonya ungu. Singa nganga mulutnya Salim menyanyi lagu sunyi Suaranya nyaring. Penyu bertelur di pantai.

Murid diajar mengikut kadar kebolehannya Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang) Buat latih tubi bagi murid yang lemah. Contohnya: ulang (guna kad imbasan) b ba ba bi bi bu bu; k ka ka ki ki ku ku; s sa sa si si su su;

Salam sejahtera.. Semoga keadaan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda tidak kira siapa dan di mana anda berada, kenal atau tidak, tua atau muda, semoga anda kekalkan mood ceria sepanjang masa dan melakukan ibadah kepada yang memerlukan.. Hari ini kita akan kongsi sedikit ilmu bagaimana mengajar murid menguasai kemahiran KV + KVK. Imbas kembali, jika sebelum ini kita telah mengajar murid kuasai kemahiran mengenal abjad, suku kata KV dan KVK. Maka, pelajaran hari ini adalah kesinambungan daripada kemahiran sebelum ini.

Bahan yang sekurang-kurangnya guru mesti ada adalah seperti yang berikut ; kad suku kata KV Kad suku kata KVK Kad imbasan bergambar lembaran kerja 1 Padan suku kata KV dan KVK bagi membentuk perkataan bermakna. (10 isi latihan) Lembaran kerja 2 Padankan perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai. (10 isi latihan) permainan berunsur pendidikan. (Puzzle suku kata KV+KVK , Dam suku kata KVK, Pancing Perkataan dan lain-lain permainan yang bersesuaian) TIPS MENGAJAR :

Tunjukkan kad suku kata KV dan KVK secara berasingan. Rangsang minda murid untuk sebut suku kata.

Kemudian, rangsang minda murid untuk cantum suku kata bagi membentuk perkataan bermakna. Guru berikan contoh - KI+PAS = KIPAS Murid lakukan aktiviti 4 secara berulang-ulang. Uji kefahaman murid. Tunjukkan gambar dan minta murid cari kad dan cantum suku kata membentuk perkataan. Uji keupayaan taakul murid guru sebut dan murid tulis dalam buku latihan Edarkan lembaran kerja 1 dan 2. Beri murid 15 minit untuk siapkan. Bincangkan jawapan secara keseluruhan. Betulkan segera kesalahan murid jika ada. Berikan murid bermain dengan permainan yang disediakan selama 15 minit.

Di akhir sesi, rangsang minda murid akan perkataan yang telah mereka pelajari. Rangsang minda murid untuk memberikan contoh lain bagi suku kata KV+KVK. Kemahiran ini memakan masa dua minggu untuk dikuasai oleh murid pemulihan. Latihan yang berterusan dan pengulangan setiap hari kemahiran ini dapat membantu murid lebih menguasai.

Setelah menguasai kemhiran ini, guru boleh memindah kepada kemahiran membaca rangkai kata KV + KVK dan cantum suku kata KVK + KV menjadi perkataan bermakna. Contohnya,KVK+KV = LAM+PU = LAMPU. Mengajar ketekunan Pemulihan memerlukan dan kesabaran. Ada

kalanya, murid akan buat perangai dalam kelas. Tetapi itu adalah sifat seorang kanak-kanak. Jadi, guru tidak perlu terlalu garang dan jangan kerap memarahi murid. Sekiranya dalam tempoh 2 minggu murid masih tidak kuasai kemahiran ini, guru jangan panik kerana ia bukanlah masalah yang terlalu rumit. Teruskan mengajar dan ulang kemahiran yang sama sehingga murid benar-benar mahir.

Anda mungkin juga menyukai