Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama pelajar : Program:

Farah Ainaa Binti Adnan

PISMP Pemulihan Bahasa Melayu,Ambilan Januari 2009 Menceriakan Bilik Pemulihan Khas, SK Seri Bintang Utara 4 minggu ( 25 Jun 2012 hingga 20 Julai 2012 )

Nama projek/aktiviti: Tempoh pelaksanaan: Objektif Projek:

1. Memupuk nilai kerjasama semasa berkolaborasi, merancang dan melaksanakan projek kecerian. 2. Mewujudkan suasana Kelas Pemulihan yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) 3. Menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan guru permulaan. 4. Mempraktikkan kemahiran motor halus dalam mendekorasi Bilik Pemulihan Khas. Rancangan pelaksanaan projek :

TARIKH / MASA Minggu 1 (25 Jun - 29 Jun 2012)

AKTIVITI Merancang kertas kerja dan mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah. Memohon peruntukan dan membeli bahan dan peralatan.

Minggu 2 (2 Julai- 6 Julai 2012)

Memasang tirai rak buku Melakar permainan Ting Ting di lantai. Mewarna lakaran.

Minggu 3 (9 Julai - 13 Julai 2012) Minggu 4 (16 Julai - 20 Julai 2012)

Membina bahan-bahan hiasan siling. Mendekorasi siling.

Menilai dan menambahbaik Bilik Pemulihan. Menyediakan laporan projek.

Refleksi : Kekuatan projek/aktiviti Setelah melaksanakan projek menceriakan Bilik Pemulihan Khas SK Seri Bintang Utara, saya serta rakan-rakan guru pelatih yang lain telah menilai kembali projek yang sudah dilaksanakan. Projek keceriaan ini cukup selari dengan objektif yang telah dihasratkan iaitu untuk mewujudkan suasana Bilik Pemulihan yang kondusif dan ceria buat guru dan murid-murid yang menggunakan bilik ini. Projek ini dapat memberi manfaat kepada guru pemulihan seterusnya murid-murid Pemulihan Khas SK Seri Bintang Utara supaya sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik ini. Pemilihan unsur permainan bahasa iaitu lakaran permainan Ting Ting sebagai dekorasi lantai dilihat cukup dekat di hati murid-murid pemulihan yang lebih menggemari aktiviti permainan namun tidak mengabaikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai. Selain itu, projek keceriaan ini telah menggunakan kertas-kertas warna yang ceria dalam mendekorasi dinding dan siling bilik pemulihan agar kelihatan menarik dan indah. Murid-murid pemulihan amat sinonim dan cukup tertarik dengan bahanbahan berwarna yang mampu merangsang minda mereka berfikir dengan lebih pantas. Tidak ketinggalan, pemilihan cat-cat warna yang ceria dalam mewarnakan lakaran permainan Ting Ting di lantai kelas juga secara tidak langsung telah berjaya

menarik perhatian murid untuk lebih bersemangat menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan.

Kelemahan projek/aktiviti Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan projek keceriaan ini adalah berkaitan pemilihan lokasi sesuai untuk melakar permainan Ting Ting di lantai Bilik Pemulihan. Pemilihan ruang lantai yang berdekatan dengan pintu masuk amat menarik perhatian namun sedikit sebanyak menggangu kerja-kerja menyiapkan lakaran ini akibat murid kerap keluar dan masuk ke bilik tersebut. Pemilihan warna-warna yang terang juga dilihat kurang bersesuaian kerana telah mampu meninggalkan kesan tapak kasut yang amat jelas lebih-lebih lagi lakaran dibuat pada lantai yang merupakan laluan utama murid keluar masuk. Selain itu, kelemahan lain yang dikenalpasti adalah sikap murid-murid pemulihan yang kurang mempunyai kesedaran terhadap usaha memelihara keceriaan kelas mereka. Hal ini amat mendukacitakan kerana murid pemulihan hanya menganggap bilik pemulihan bukan kepunyaan mereka memandangkan mereka kerap keluar dan masuk ke Bilik Pemulihan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Cadangan penambahbaikan: Untuk menambahbaik projek keceriaan Bilik Pemulihan ini pada masa akan datang, kami seharusnya merancang dengan lebih awal tentang kesesuaian kedudukan lakaran permainan Ting Ting yang bakal dilaksanakan iaitu mengambil kira aspek kekerapan murid melalui lokasi lakaran. Hal ini demikian kerana kedudukan lakaran permainan yang kerap dilintasi murid-murid telah sedikit

sebanyak mengganggu proses menyiapkan lakaran serta mengecat permainan Ting Ting dalam masa yang lebih singkat. Selain itu, kami juga seharusnya membuat pemilihan warna-warna yang bersesuaian untuk mewarnakan lakaran tapak permainan Ting-Ting kerana pemilihan warna yang terlalu cerah akan menampakkan sebarang kesan tapak kasut dengan jelas dan nyata. Kami seharusnya memastikan murid-murid diberi kesedaran tentang kepentingan memelihara keadaan Bilik Pemulihan yang ceria dan kondusif sebagai salah satu bentuk latihan kendiri seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk terus berusaha gigih menuntut ilmu di Bilik Pemulihan tersebut.

Kesimpulan : Secara keseluruhannya, projek menceriakan Bilik Pemulihan sekolah ini diharap dapat memberi impak positif kepada guru pemulihan khususnya muridmurid pemulihan sekolah. Keadaan kelas yang kondusif dapat membantu meningkatkan motivasi guru dalam menyampaikan isi pelajaran dan seterusnya meningkatkan minat dan prestasi murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung dapat menyediakan murid-murid pemulihan yang bermotivasi tinggi seterusnya berdaya saing selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan supaya potensi individu diperkembangkan dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai