Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : LALITHA A/P HASOKAR


NO KAD PENGENALAN : 940216-08-5040
PROGRAM : PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2017
NAMA SEKOLAH : SJK (T) MENTAKAB
NAMA PROJEK : PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN KECERIAAN PUSAT
SUMBER SEKOLAH
TEMPOH PELAKSANAAN : 31 JULAI 2017 25 OGOS 2017

i. OBJEKTIF

Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang
efektif dan kreatif dalam mendapatkan maklumat

Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran


yang berasaskan PSS / sumber pendidikan

Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan


berfungsi selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media
dan teknologi pendidikan masa kini

Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pdp

Aktiviti-aktiviti perpustakaan ( NILAM dan Minggu PSS) dapat dijalankan dengan


lebih baik .

Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa


kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan


fungsinya sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.
Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan,
mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai
dengan sukatan pelajaran masa kini.

Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

Mewujudakan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping
peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

ii. STRATEGI PELAKSAAN :

Menyediakan kertas kerja bagi projek keceriaan pusat sumber SJK (T)
MENTAKAB
Membuat ukuran pada dinding pentas Pusat Sumber.
Mengukur ukuran untuk kain alas meja, skirting, dan langsir.
Membeli barang perhiasan dan bahan keperluan.
Menampal wallpaper dinding pentas
Melekatkan polistren yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk seperti pagar
dan rumput..
Menghias dinding-dinding Pusat Sumber menggunakan kata-kata hikmat serta
pelbagai hiasan yang lain bagi menceriakan suasana Pusat Sumber.
Membersihkan kawasan Pusat Sumber SK Siol Kanan agar menjadi lebih bersih
dan kemas.
Menampal bahlan bacaan dan rujukan atas meja serta membalut meja
menggunakan plastik.

Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan untuk kegunaan perpustakaan.


(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung, rujukan dan latihan serta langganan
majalah dan akhbar

Membeli dan menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar. (bahan berbentuk


carta, papan maklumat serta alatan yang berkaitan dengan P&P)

Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku


Memilih dan mengasingkan buku-buku lama dan menyusun buku mengikut
Sistem Pengkelasan Dewey.

Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan kenyataan di dalam dan di


luar bilik perpustakaan, dan bilik-bilik khas yang lain.

Mengadakan Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap sempena Bulan


Kemerdekaan

Memperkenalkan Sistem Pengkelasan Dewey kepada murid-murid.

Membaikpulih sudut membaca iaitu Gedung Ilmu di dewan terbuka sekolah

iii. REFLEKSI
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah .
Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-
murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah
dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, projek keceriaan pusat
sumber sekolah dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang
kepentingan membaca dan kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid
ke sekolah.
Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-
murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-
pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
Guru Besar Encik James dan guru pusat sumber Puan Shantini juga telah
banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa
merujuk guru besar jika menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar
dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas kami.
Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan
suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan perbelanjaan membeli barangan perhiasan. Saya juga telah
belajar cara untuk berinteraksi dengan pembekal.
Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu projek
kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa
semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
Saya telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang diberikan
untuk mengendalikan sesuatu projek. Bajet untuk projek keceriaan ini ialah RM
780.00 mengikut kata Guru Besar.
Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat
sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar
dan cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan pertandingan ini.
Projek ini juga telah dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid untuk
datang ke sekolah dan meningkatkan minat untuk membaca. Kreativiti dan
inovatif merupakan objektif utama dalam pdpc abad ke 21.

iv. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI.

Kos membeli barang untuk peralatan dan cat pelaka agak mahal namun
kualitinya memuaskan. Oleh itu, saya terpaksa membuat keputusan untuk
membeli bahan yang berkualiti supaya tahan lasak walupun mahal.
Ruang yang agak sempit mengakibatkan saya terpaksa menghadkan wallpaper
pada dinding tersebut. Tiada tangga yang tinggi mengakibatkan bahagian atas
dinding tidak dapat dihias dengan betul dan kemas.
Saya merasa bahawa masih tidak cukup untuk menampal wallpaper kerana
ruang yang terhad. Namun ianya berbaloi kerana murid-murid kelihatan terpegun
setelah melihat pusat sumber pada pagi Isnin.
Masa yang diperuntukan ialah sehingga saya selesai menghabiskan internship di
sekolah ini kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya pada masa yang telah
ditetapkan. Namun segalanya berlaku seperti yang dirancang dan telah berjaya
disiapkan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.

v. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik
supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa
yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu
selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari
Sabtu dan Ahad juga kami datang ke sekolah untuk menyiapkan projek lukisan
tersebut.

Masa juga akan saya perbaiki untuk membuat mural tersebut supaya mengikut
tentatif seperti yang terdapat dalam kertas kerja yang telah saya buat. Hal ini
kerana untuk memastikan bahawa segala perancangan berjalan seperti yang
dirancang. Pengurusan masa yang baik akan dapat mendidik saya supaya
melakukan kerja mengikut seperti apa yang telah dirancang dan tidak terburu-
buru dalam melakukan sesuatu kerja.

Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika saya mahu
melakukan projek mural seperti ini. Sebagai contoh guru Pendidikan Seni Visual
boleh membantu saya dalam membuat mural dan bagaimana untuk memastikan
lukisan mural tersebut sentiasa kemas dan cantik.

Pengurusan kewangan juga hendaklah saya perbaiki kerana saya seharusnya


cuba untuk menjimatkan segala kos namun memilih untuk berbelanja barang
yang berkualiti dengan harapan hasilnya dapat memuaskan Guru Besar.

vi. KESIMPULAN

Melalui projek menceriakan pusat sumber ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari
cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek
dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat
saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan
sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah menjadi ceria, selesa
dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, projek ini juga dapat
memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan membaca.

Hasil projek ini telah dapat memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih
untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
Selain itu projek ini dapat menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan
kondusif untuk murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang
ke sekolah dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, projek keceriaan pusat
sumber dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca
dan kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah.

Beberapa bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan


murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-pekerja
turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. Guru kami juga telah banyak
membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika
menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk
membantu menyenangkan tugas kami.

Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan
suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan perbelanjaan membeli barangan miual. Saya juga telah belajar cara
untuk berinteraksi dengan pembekal. Saya berharap agar dapat meningkatkan
pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu projek kerana pengurusan masa
adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa semasa saya mengurus pengajaran
dan pembelajaran. Saya telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang
diberikan untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Bajet untuk projek keceriaan ini
ialah RM 780.00 mengikut kata Guru Besar.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan
projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang
diberi oleh semua warga SJK (T) Mentakab dan rakan saya. Dengan itu, saya akan
menggunakan dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari
pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

LALITHA A/P HASOKAR

(GURU PELATIH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN )

Anda mungkin juga menyukai