Anda di halaman 1dari 4

SJK HICOM

SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN


PUSAT SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :
CIK G.VANITHA
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
PUSAT SUMBER
SJK HICOM ,SEKSYEN 27 , SHAH ALAM SELANGOR

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya
PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi
yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan
dengan itu, sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek
paling utama bagi menarik minat seluruh warga SJKTH untuk menggunakan PSS dengan
optimum.
Penambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta
mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat
sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 OBJEKTIF

 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa


kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya


sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan,


mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai
dengan sukatan pelajaran masa kini.
 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping
peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

 TARIKH

Persekolahan bermula 2 Januari hingga 18 Disember 2020

 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

 SASARAN

 Guru-guru SJKT Hicom

 Pengawas PSS 2020

KEPERLUAN PPS

1. Meja Saiz `; 3x3 f ( Oval Shape ) : 10 unit

2. Meja Saiz `: 2 x 4 f ( rectangle ) : 5 unit

3. Kerusi - plastik : 50 unit

4. Rak Perpustakaan : 8 rak

5 Kaunter : 1 unit

6. Komputer : 1 unit

7. Papan Notis : 4 unit

8. Papan Putih : 1 unit

9. Stage ( 6x4 f ) : 1 unit


 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga
apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar .

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

( ) ( ) ( )

Cik G.Vanitha Pn.K.Kala Pn.S.Sentamil Selvi


Guru Perpustakaan & Media PK Kurikulum Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai