Anda di halaman 1dari 7

1

KERTAS KERJA
NAIK TARAF DEWAN TERBUKA

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU

1.0 PENDAHULUAN

Dewan terbuka SK Kuala Kurau terletak di ruang lantai, blok utama. Dewan
terbuka ini bukan sahaja menjadi kegunaan pihak sekolah sebagai tempat
pertemuan, medan mesyuarat atau kursus untuk murid-murid, bahkan ia juga
telah dimanfaatkan secara intensif oleh PIBG untuk mengadakan jaringan dan
jalinan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

Langkah menaik taraf dewan terbuka ini akan menyediakan lebih banyak
kemudahan serta keceriaan yang secara tidak langsung akan menjadikan
dewan ini lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar


dewan terbuka ini dinaik tarafkan lagi bagi memenuhi aspirasi pembangunan
modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti bestari yang boleh digunakan
bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-budaya negara bertaraf dunia.
Dewan ini juga akan menjadi venue untuk aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di
sekolah, daerah dan negeri ini.

2.0 RASIONAL

Walaupun dewan ini telah diselia dengan baik, namun beberapa


kemudahan yang disediakan telah uzur serta perlu ditambah bagi memberi
keselesaan dan kemudahan kepada warga sekolah dan komuniti.

Dewan terbuka ini sentiasa diselia dengan baik oleh pihak pengurusan,
namun akibat di makan usia serta atas keperluan semasa, dewan ini perlu dinaik
taraf lagi agar dapat digunakan secara optimum sebagai mekanisme yang lebih
kondusif serta memberi lebih impak dan keselesaan kepada warga sekolah. Ia
perlu dinaik taraf agar dapat memperkasakan semua aktiviti berorientasikan
murid dan seluruh warga sekolah. Segala aktiviti murid yang cenderung
mengkoordinasi bakat-psikomotor, minat-afektif dan kritis-analisis akan digilap
2
sedaya mungkin akan digilap melalui ruang dan peluang di dewan ini.

Sekiranya dewan ini dapat dinaik taraf agar dapat digunakan dalam
keadaan lebih kondusif, maka pelbagai aktiviti PdPc dapat diadakan.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan sebuah dewan terbuka yang lengkap dengan kemudahan


asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya di
samping suasana yang lebih kondusif dan selesa yang akan dapat
membantu meningkatkan kualiti PdPc.

3.2 Merealisasikan suasana mekanisma pembelajaran abad ke-21 selari


dengan dasar pendidikan yang menggalakkan elemen teknologi dalam
pembelajaran.

3.3 Melengkapkan dewan terbuka dengan mengintegrasikan teknologi yang


boleh diakses dengan mudah menggunakan pelbagai peranti dan
meningkatkan kualiti pengurusan dan PdPc yang lebih efektif dan
produktif di kalangan warga sekolah.

3.4 Memastikan dewan terbuka menepati piawaian, selamat dan dapat diurus
dengan cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum oleh
seluruh warga sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menaik taraf lantai dewan terbuka dengan mozek.

4.2 Mempunyai infrastruktur lengkap seperti kemudahan paparan skrin dan


pencahayaan yang mencukupi agar menyediakan suasana
pembelajaran yang selesa:
4.2.1 Sebuah skrin tv pintar besar untuk berfungsi sebagai peranti
komunikasi digital.

4.3 Mempunyai capaian internet agar mudah untuk mengakses sumber


maklumat dan komunikasi dalam PdPC abad ke-21 agar merangsang
pembelajaran murid-murid dalam menghasilkan idea-idea yang bernas

3
dan pragmatik.

4.4 Mewujudkan ruang pembelajaran yang pelbagai serta boleh


diubahsuai untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta
mengikut perubahan kurikulum dan teknologi seperti:

4
5.0 SASARAN

Semua guru, murid dan ibubapa SK Kuala Kurau.

6.0 TEMPAT

Dewan Terbuka

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

Oktober 2022 - Januari 2023

8.0 SUMBER KOLABORASI

Persatuan Ibu bapa dan Guru

Warga dan komuniti Sekolah

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan dan tajaan dari ahli politik, sektor-sektor awam dan korporat.

10.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran Jumlah (RM)


1. Pemasangan Mozek lantai RM60 000
2. Skrin tv RM10 000 x 1 unit RM10 000
3. Kerusi banquet RM70 x 50 buah RM3 500
4. Kerusi plastik RM25 x 300 buah RM7 500
5. Tirai Dewan RM500 x 1 keping RM 500

JUMLAH RM81 500

5
11.0 IMPAK

Semoga dengan terlaksananya program naik taraf dewan ini akan


menyediakan iklim
pembelajaran yang lebih kondusif kepada seluruh warga sekolah sesuai dengan
fungsinya sebagai tempat penjana pembentukan masyarakat yang berilmu,
berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Seterusnya, peralihan paradigma
pembelajaran alaf baharu di tempat baharu ini juga akan dapat memberikan
impak positif kepada kreativiti dan fleksibiliti dewan sekolah sekolah abad ke-21.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NORASIKIN BINTI HARON) (ZAINI BIN IDRIS)


Penyelaras Projek Guru Besar
SK Kuala Kurau SK Kuala Kurau

Disokong oleh:

(NORHAWIZAH BINTI AWANG)


YDP PIBG
SK Kuala Kurau

6
12.0 LAPORAN BERGAMBAR

Dewan Terbuka SK Kuala Kurau buat masa ini.

Anda mungkin juga menyukai