Anda di halaman 1dari 10

BATU8

Sekolah Kebangsaan Batu 8, Changlun, Kedah

KERTAS KONSEP PROGRAM


1 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
KERTAS KERJA
PROJEK SUMBANGAN SMART TV
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8, CHANGLUN
06010, CHANGLUN KEDAH DARULAMAN

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Tuan Guru Besar dan memanjangkan permohonan untuk
mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan daripada Persatuan Ibubapa dan
Guru, SK Batu 8, untuk menjalankan Projek Sumbangan Smart TV di SK Batu 8,
Changlun

2.0 PENGENALAN

Projek Sumbangan TV SK Batu 8 adalah satu projek khas sekolah bagi


menyokong PdPc Abad ke-21 berasaskan ICT yang mampu mendepani cabaran
perkembangan digital dunia tanpa sempadan.
Penggunaan toolkit Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital
bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting pada masa kini.
Penyediaan bahan bantu mengajar bagi kelas abad ke-21 perlu mempunyai
beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan murid terlibat secara aktif dengan
PdPc yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan
menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.
Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan
keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan
dalam bidang pendidikan.
Oleh yang demikian, pihak sekolah SK Batu 8, Changlun berhasrat untuk
menambah keperluan sedia ada dan mengangkat projek ini sebagai salah satu
program pembelajaran berterusan sebagai satu strategi penting bagi menyokong
peningkatan kemahiran yang lebih kompleks bagi menyediakan pelajar yang
berdaya saing di abad ke-21.

3.0 VISI

Sekolah berinformasi, penggerak Transformasi, Murid Bermotivasi.

4.0 MISI

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mampu membudayakan


sepenuhnya bilik darjah abad ke-21

KERTAS KONSEP PROGRAM


2 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
5.0 JUSTIFIKASI PROJEK

Projek Sumbangan Smart TV dipilih sebagai suatu program kluster SK Batu


8 untuk menitikberatkan kepada pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 bagi
mewujudkan iklim perubahan untuk mengupayakan kemenjadian murid secara
berkesan.
Sehubungan itu, SK Batu 8 telah dan sedang berusaha untuk menambah
keperluan penggunaan Smart TV di semua kelas, perpustakaan dan bilik pemulihan
bagi tujuan meningkatkan kemenjadian murid dalam semua bidang terutama bidang
akademik.
Penggunaan Smart TV sedia ada di kelas tahap 1 telah memberikan impak
yang positif kepada pembelajaran yang menarik dan kondusif. Oleh yang demikian,
Program Pembelajaran PAK21 berbantukan penggunaan Smart TV di SK Batu 8,
perlu dilaksanakan secara menyeluruh seiring dengan keperluan semasa bagi
memacu penggunaan teknologi yang baharu dan inovatif dengan lebih strategik.

6.0 MATLAMAT

Projek Sumbangan Smart TV dirancang untuk menyediakan bahan/toolkit


mengajar bagi semua bilik darjah yang akan menyumbang kepada pendidikan
berkualiti yang mampu menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan mempunyai
kemahiran kritikal abad ke-21, termasuklah kemahiran insaniah (soft skills),
kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta pembangunan sahsiah yang holistik
dan seimbang.

7.0 HALA TUJU

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif serta mampu


mendepani cabaran perkembangan digital dunia tanpa sempadan seiring dengan
pembelajaran abad ke-21.

8.0 OBJEKTIF

Projek Sumbangan Smart TV di SK Batu 8, Changlun diadakan bertujuan untuk :

i. Responsif kepada kehendak semasa tentang keperluan PdPc berteraskan


digital dan multimedia untuk pemantapan PdPc berkesan bagi
menambahbaik proses perkhidmatan.
ii. Menyediakan kemudahan Smart TV untuk semua kelas bagi menyumbang
kepada PdPc yang berkualiti dan menggalakkan murid-murid berfikir
secara kreatif dan kritis ke arah PAK 21.

KERTAS KONSEP PROGRAM


3 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
iii. Penambahbaikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran dengan
memperkenalkan keupayaan pembelajaran Abad ke-21 yang didorong oleh
teknologi terkini.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid
melalui amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan melalui
penggunaan teknologi yang inovatif

9.0 SUMBER/IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Sumber kewangan bagi melaksanakan program ini adalah menggunakan


peruntukan/sumbangan PIBG/Agensi/individu

9.2 Keseluruhan kos pelaksanaan projek ini melibatkan implikasi kewangan


sebanyak RM 20240.00

HARGA JUMLAH
BIL ITEM KUANTITI
(RM) (RM)
1 Smart TV (40 inci) 8 RM 2000.00 RM 16000.00
2 Bracket 8 RM 100.00 RM 800.00
3 Pendawaian Elektrik 8 RM 300.00 RM 2400.00
4 HDMI Cable 8 RM 70.00 RM 560.00
5 Pen Drive 8 RM 50.00 RM 400.00
6 Bateri 8 RM 10.00 RM 80.00
JUMLAH RM 20240.00

KERTAS KONSEP PROGRAM


4 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT : Cikgu Mafezzul bin Mohamad


Guru Besar

TIMB PENGERUSI : Ustaz Hafizfuddin bin Saad


Penolong Kanan Kokurikulum

: Cikgu Mahazir bin Ramlee


Penolong Kanan Pentadbiran

: Cikgu Rosita binti Ahmad


Penolong Kanan HEM

PENYELARAS : Cikgu Nuruljannah Abu Seman


Penyelaras PSS

SETIAUSAHA : Cikgu Norimani binti Ahmad

BENDAHARI : Cikgu Naritashema bt. Samsuddin

AHLI JAWATANKUASA : Cikgu Masrol Nizam Mastafar


: Cikgu Mohd. Saputra b Ahmad
: Cikgu Ishak B. Ibrahim
: Cikgu Maizatul Azlina binti Hj Arshad
: Cikgu Mahadzir bin Abd Hamid

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN

STRATEGI TINDAKAN
Plan • Perbincangan dengan pengurusan sekolah
• Mesyuarat bersama pengurusan sekolah
• Lantikan AJK
Do • Draf kertas kerja
• Lantikan AJK
• Pembentangan Kertas Kerja
Check • Menyemak keperluan.
i. Kemahiran
ii. Tenaga kerja
iii. Tempat/bilik
iv. Sumber kewangan
• Kemaskini kertas kerja
Action • Pembelian dan pemasangan peralatan
• Mengoptimumkan penggunaan

KERTAS KONSEP PROGRAM


5 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
12.0 PELAN RISIKO

ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI RISIKO


Kewangan Peruntukan tidak Mengubahsuai aktiviti/program dengan
disediakan mengoptimumkan penggunaan
peruntukan sedia ada

Mengenalpasti dan melaksanakan


aktiviti/program mengikut keutamaan

13.0 PENUTUP

Projek Sumbangan Smart TV ini merupakan platform terbaik sebagai satu


strategi penting bagi menyokong peningkatan kemahiran pembelajaran digital
yang lebih kompleks bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing di abad ke-21.
Bagi merealisasi matlamat ini, kerjasama dan sokongan yang berterusan
dan berkesan dari semua pihak adalah amat diperlukan. Sehubungan dengan itu,
adalah diharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen
terbaik dalam menjayakan pelaksanaannya. Semoga program ini akan dapat
berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah
digariskan.

KERTAS KONSEP PROGRAM


6 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
14.0 PENGESAHAN, SEMAKAN, SOKONGAN DAN KELULUSAN

A. Disediakan oleh :
_____________________________
(HAFIZFUDDIN BIN SAAD)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Batu 8

B. Ulasan Ketua Unit Pentadbiran:

Tarikh :

Tandatangan:_______________________

C. Kelulusan oleh Guru Besar :


Kertas kerja/Program/Aktiviti ini diluluskan/tidak diluluskan.

Tarikh :

Tandatangan:_______________________

KERTAS KONSEP PROGRAM


7 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
LAMPIRAN BERGAMBAR

KERTAS KONSEP PROGRAM


8 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
LAMPIRAN BERGAMBAR

KERTAS KONSEP PROGRAM


9 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN
LAMPIRAN BERGAMBAR

KERTAS KONSEP PROGRAM


10 PROJEK SUMBANGAN TV SK BATU 8, CHANGLUN

Anda mungkin juga menyukai