Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI

ABDULLAH,
81000 KULAI, JOHOR

KERTAS CADANGAN
MENAIK TARAF DEWAN TERTUTUP MUNSHI ABDULLAH
__________________________________

Kertas cadangan ini adalah untuk menaik taraf menaik taraf dewan tertutup SMK

Munshi Abdullah, Kulai sebagai usaha memperkasakan aktiviti berorientasikan murid

dan seluruh warga sekolah agar impak besarnya nanti memberi makna kepada segenap

lapisan komuniti SMK Munshi Abdullah. Kita optimis terhadap perkembangan potensi,

kemajuan jasmani dan keluhuran rohani di kalangan murid sekolah ini. Justeru itu,

penarafan dewan ini digunakan sebagai mekanisma yang kondusif bagi membentuk

wadah generasi pelajar yang kukuh jati diri serta nilai kemanusiaannya. Segala aktiviti

yang cenderung mengkordinasi bakat-psikomotor, minat-afektif dan kritis-analisis akan

digilap sedaya mungkin demi membina masa depan unggul di kalangan murid sekolah

ini.
Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar dewan

tertutup SMK Munshi Abdullah ini dinaik tarafkan lagi bagi memenuhi aspirasi

pembangunan modal insan di peringkat sekolah, fasiliti komuniti bestari yang boleh

digunakan bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-budaya negara bertaraf

dunia. Dewan ini juga akan menjadi venue untuk aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di

peringkat sekolah.

Rasional

Alasan untuk menaik taraf dewan ini ialah institusi sekolah harus bertindak balas

terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai sebuah

organisasi dalam komuniti, SMK Munshi Abdullah perlu berkembang, matang dan

menyesuaikan keadaannya pada perubahan dalaman dan juga luaran. Seterusnya,

pembinaan dewan ini perlu dilakukan kerana :

1. Dewan ini menjadi tapak perhimpunan bagi pelajar sesi pagi dan petang selain

aktiviti lain seperti aktiviti kokurikulum dan kokorikulum dijalankan.

2. Keselamatan, keselesaan dan persekitaran dewan yang menarik akan

meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum serta sukan di sekolah /

daerah ini.

3. Kursus dan seminar yang biasanya dijalankan di dewan sedia ada memberikan

suasana pembelajaran yang kurang kondusif serta menjejaskan minat dan

2
tumpuan murid/peserta. Masalah tersebut boleh diselesaikan dengan adanya

sebuah dewan yang lebih selesa lagi menyenangkan.

Cadangan Penarafan Dewan Tertutup SMK Munshi Abdullah

1. Membaiki atap bumbung yang bocor.


2. Membaiki salur paip hujan yang bocor di tepi dewan.

Keadaan salur paip air hujan yang bocor menyebabkan air hujan melimpah

masuk ke dalam dewan menyebabkan dewan basah dan membahayakan murid.


3. Memasang alat penyedut angin di dalam dewan supaya

dapat mengurangkan kepanasan di dalam dewan.

Kesimpulan

Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh pentadbiran sekolah, kerja
menaiktaraf dewan ini diharap dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Dengan
terlaksananya kerja penarafan ini, memberi keceriaan baru kepada seluruh warga
sekolah. Kertas cadangan yang dikemukakan ini diharap akan mendapat perhatian dan
pertimbangan sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

3
LAMPIRAN

Keadaan salur paip air hujan yang bocor menyebabkan air hujan melimpah masuk ke
dalam dewan menyebabkan dewan basah.

4
5
Disediakan Oleh, Disemak Oleh.

…………………………… ……………………………
(En Mohamad Faizal bin Daulat Gun) (Pn. Hajah Noraini Bt Mohamad )
Pegawai Aset SMK Munshi Abdullah Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Munshi Abdullah

Anda mungkin juga menyukai