Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

MENAIK TARAF DEWAN TERTUTUP


SMK MUNSHI ABDULLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI


ABDULLAH,
81000 KULAI, JOHOR

KERTAS CADANGAN
MENAIK TARAF DEWAN TERTUTUP SMK MUNSHI ABDULLAH
__________________________________

1.0 Pendahuluan
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Pejabar Pebdidikan
Daerah Kulai untuk menaik taraf Dewan tertutup Dewan Munshi Abdullah.

2.0 Latar Belakang


Pihak Pengurusan Sekolah mengambil inisiatif mengemukakan kertas cadangan
menaik taraf Dewan Tertutup SMK Munshi Abdullah sebagai usaha memperkasakan
aktiviti berorientasikan murid dan seluruh warga sekolah agar impak besarnya nanti
memberi makna kepada segenap lapisan komuniti SMK Munshi Abdullah. Dewan
tertutup ini digunakan oleh para pelajar bukan sahaja dalam aktiviti pengajran dan
pembelajaran, malah turut digunakan untuk perhimpunan rasmi sekolah, aktiviti
kokurikulum, latihan sukan permainandan dan juga peperiksaan percubaan SPM.
Keadaan dewan yang agak panas menyebabkan dewan ini tidak dapat digunakan untuk
peperiksaan awam seperti SPM kerana menimbulkan rasa tidak keselesaan kepada
pelajar. Justeru itu, menaik taraf dewan perlu di lakukan bagi memastikan
dewan ini lengkap dan selamat untuk digunakan oleh para pelajar.
Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan
agar Dewan Tertutup SMK Munshi Abdullah ini dinaik tarafkan lagi bagi
memenuhi aspirasi pembangunan modal insan di peringkat sekolah dan
dewan ini juga dugunakan untuk aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di
sekolah.
2

3.0 Objektif
3.1 Mengurangkan kepanasan di dalam dewan.
3.2 Memberikan keselesaan kepada para pelajar.
3.3 Mempelbagaikan penggunaan dewan tertutup ini.
3.4 Meningkatkan tahap keselamatan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


4.1 Menambahkan 2 unit alat penyedut udara di bumbung dewan. (lampiran 2)
4.2 Menambahkan 4 unit alat kipas penyedut udara di dinding dewan. (lampiran 2)
4.3 Membaiki dan menyelenggara bumbung yang bocor pada bahagian alat
penyedut udara yang sedia ada. (Lampiran 2)
4.4 Membaiki dan menyelenggara salur air yang bocor. (lampiran 2)
4.5 Menutup lubang angin bercermin di bahagian atas dalam dewan. (lampiran 3)
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh pentadbiran
sekolah, kerja menaiktaraf dewan ini diharap dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang. Dengan terlaksananya kerja penarafan ini dapat memberi
keceriaan baru kepada seluruh warga sekolah dan dapat mengurangkan
kepanasan di dalam dewan dan meningkatkan tahap keselesaan pelajar
apabila berada di dalam dewan. Kertas cadangan yang dikemukakan ini
diharap akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada
pihak yang berkenaan.

Lampiran 1
3

Pelan Lantai Dewan Tertutup SMK Munshi Abdullah Yang Sedia Ada
6m
BILIK PA
SYSTEM

PENTAS

30 m

Koridor
1.2 m

7.73 m
10.13 m

1.2 m

Lampiran 2
Cadangan Menaik taraf Dewan Tertutup SMK Munshi Abdullah
Koridor

Keadaan dalam dewan yang agak panas menimbulkan ketidakselesaan


kepada murid dan guru semasa mengendalikan perhimpunan dan aktivitiaktiviti berkaitan kokurikulum dan kurikulum.

Menambahkan lagi 2 unit alat penyedut udara di bumbung dewan untuk


menguruangkan kepanasan di dalam dewan.

Kipas penyedut udara yang sedia ada di dinding dewan yang agak kecil.
Penambahan 4 kipas penyedut udara bersaiz besar dapat mengurangkan
tahap kepanasan di dalam dewan.

Keadaan salur air di koridor dewan yang telah rosak menyebabkan air hujan
mengalir masuk ke dalam dewan dan menyebabkan dewan basah ketika
hujan.

Lampiran 3

Keadaan tingkap cermin yang uzur di sekeliling atas bahagian dewan perlu di tutup
kerana menghalang udara panas keluar dari dewan dan dikhuatiri membahayakan
murid sekiranya jatuh.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

__________________________
Mohamad Faizal Bin Daulat Gun
Setiausaha Pembangunan dan
Penyelenggaran
SMK Munshi Abdullah

___________________________
Hajah Noraini Binti Mohamad Nor
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Munshi Abdullah

Anda mungkin juga menyukai