Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PEMBINAAN TAPAK PERTANIAN DAN PENTERNAKAN KERTAS KERJA CADANGAN TAPAK PEMBINAAN PENTERNAKAN SEKOLAH AGAMA

MENENGAH BAGAN TERAP PERTANIAN DAN

1.0 PENDAHULUAN. Tapak pertanian dan penternakan merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Agama Menengah Bagan Terap bercadang ingin mewujudkan tapak pertanian dan penternakan tersebut. Tapak pertanian dan penternakan SAM Bagan Terap adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada Bidang Teknik dan Vokasional. Cadangan ini disuarakan setelah melihat kepentingannya dari pelbagai sudut terutamanya dari aspek kemahiran pelajar dalam menguasai pratikal ilmu yang dipelajari. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti kemahiran pelajar serta mengekalkan kecemerlangan dalam akademik. Kertas kerja ini dibentang untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam mewujudkan Tapak Pertanian dan Penternakan SAM Bagan Terap baru. 2.0 MISI. Penubuhan Tapak Pertanian dan Penternakan Sekolah adalah untuk memelihara sumber faura dan fauna yang berasaskan hasil semula jadi. Kewujudan tapak ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman dan ternakan serta kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. 3.0 VISI. Menjadikan Tapak Pertanian dan Penternakan Sekolah ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SAM Bagan Terap. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi tanaman dan ternakan yang mempunyai nilai pada warga sekolah. 4.0 OBJEKTIF. Objektif Kertas Kerja ini ialah : 1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan mewujudkan Tapak Pertanian dan Penternakan sekolah. 2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses mewujudkan Tapak Pertanian dan Penternakan tersebut. 3. Mewujudkan sebuah Tapak Pertanian dan Penternakan yang kemas, cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur. 4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Tapak. 5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0

AHLI JAWATANKUASA TAPAK PERTANIAN DAN TERNAKAN SAM BAGAN TERAP Penasihat : En. Mohamad Noor Bin Ismail Pengetua En. Abdul Zaman Bin Samuri Pk. Pentadbiran Pn. Faridah Binti Baharuddin Gkmp Teknik Dan Vokasional En. Azrul Bin Abdullah Kp Kemahiran Hidup Bersepadu 1. En. Hamam Bin Khalid 2. En. Mohamad Razman Bin Maswan 3. Pn. Norlila Binti Mispah 4. Pn. Afzan Binti Dzolkarnaini 5. Pn. Siti Aishah Binti Mohd Wazir 6. Pn. Siti Khainorliza Binti Mohd Nordin 7. En. Mispan Bin Kasni

Pengerusi

Penyelaras

Setiausaha

Ajk Guru Dan Kakitangan

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Penubuhan Tapak Pertanian dan Ternakan SAM Bagan Terap, beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan dan garis panduan supaya apa yang dirancang berjalan dengan baik . Kekuatan : Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan mengikut kesesuaian topik pelajaran yang diajar. Supaya simulasi itu mudah dikuasai oleh pelajar. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik berjadual. Mempunyai jaringan Tanaman atau Ternakan antara kelas-kelas lain seperti Tanaman 3 Hikmah dan Tanaman 3 Rahmah. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada program Tanaman dan Ternakan Sekolah. Kelemahan : Masih tidak mempunyai tapak pertanian dan ternakan yang sedia ada. Sistem pengairan menggunakan cara tradisional. Landskap Tanaman dan Ternakan Sekolah kurang menarik dan ceria. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman dan ternakan yang masih belum lengkap dan sempurna. 7.0 CADANGAN PENUBUHAN.

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti, pihak jawatankuasa telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan segera, antaranya ialah: Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman tersebut. Membina landskap yang menarik dengan menambah kawasan Tanaman dan Ternakan dengan pagar, batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati . Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang. 8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN Bil Perkara Jumlah Kos 1 Pagar keliling kawasan tapak SEKOLAH Menambak Kawasan Tanaman / 1 lori tanah 2 SEKOLAH hitam Membina sangkar Pelbagai ( Kayu-kayan, 3 SEKOLAH zink, paku dan jarring) Memasang Papan Tanda dan Label Tanaman 4 SEKOLAH serta Ternakan 5 Membeli anak pokok dan benih ternakan KOSAMBT BHD Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian, racun 6 rumpai, kawalan serangga dan penyakit KOSAMBT BHD tanaman, baja, makan minum, peralatan ) JUMLAH

Sumber(RM) 1000.00 350.00 350.00 300.00 200.00 300.00 2500.00

9.0 PENUTUP: Projek Tanaman dan Ternakan Sekolah SAM Bagan Terap merupakan projek serampang dua mata, yang salah satu matlamatnya ialah mewujudkan sistem pelajaran yang lebih kondusif dalam mata pelajaran KHB kepada pelajar serta guru, dan juga menjadi salah satu projek Keusahawan Bidang Teknik dan Vokasional yang berasaskan tanaman dan ternakan. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Tapak Pertanian dan Penternakan SAM Bagan Terap 2013. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Tapak Pertanian dan Penternakan SAM Bagan Terap akan mendapat mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih. PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................ (AZRUL BIN ABDULLAH) Setiausaha Tapak Pertanian dan Penternakan SAM Bagan Terap.

A. PENGENALAN

Projek Taman Herba Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar merupakan projek usaha sama di antara Koperasi Sekolah SMK Sungai Besar Berhad (KOSMEK) dan Panitia Kemahiran Hidup untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup. Projek ini hasil usaha sama pihak KOSMEK dan Panitia Kemahiran Hidup. Projek ini dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah SMK Sungai Besar. B. MATLAMAT Taman Herba ini diwujudkan adalah untuk menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai