Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM

AKTIVITI MENONTON WAYANG


SJK (T) PORT DICKSON

Program terapi wayang yang pertama pada tahun ini telah diadakana pada 6 Ogos. Program
ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan juga meningkatkan kemahiran sosial murid
pendidikan khas. Program ini telah dijalankan di panggung wayang TGV Aeon Seremban 2.
Wayang gambar yang ditonton ialah cerita “The Lion King”.
Seramai 9 orang murid, 6 guru dan 1 ppm terlibat dalam aktiviti ini. Selepas
perhimpunan, murid-murid bergerak ke kantin untuk sarapan pagi terlebih dahulu. Sarapan
murid sepenuhnya dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sekolah. Selepas sarapan,
murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan dan mengikut cikgu-cikgu yang telah ditetapkan.
Pada pukul 9.30 pagi, kami mula bertolak ke Aeon Seremban 2 menggunakan 2 buah
kereta guru dan sampai pada pukul 10.30 pagi. Setibanya di Aeon Seremban 2, murid-murid
bergerak ke TGV dan guru membeli tiket menonton wayang. Wayang bermula pada jam 11.00
pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Setelah tamat, semua guru dan murid bergerak
pulang ke sekolah dan tiba di sekolah pada jam 2.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai