Anda di halaman 1dari 3

UNIT KOKURIKULUM PPKI

SK DATO KLANA PUTRA LENGGENG


LAPORAN PROGRAM DAN DOKUMENTASI

Nama program : Terapi Menonton wayang


Tarikh

: 3 Februari 2016

Hari

: Rabu

Masa

: 7.30 pagi 2.00 petang

Tempat

: TGV AEON Seremban 2

Laporan bertulis sepanjang program

Program Terapi Wayang ini merupakan inisiatif diambil bagi mengetengahkan


budaya dan seni perfileman dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP) dan bagi merealisasikan budaya ilmu dan seni
budaya supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang
demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai wadah dalam akitiviti pemupukan,
pengayaan dan pengembangan budaya seni dalam diri individu murid khas
berdasarkan penyertaan murid-murid dalam program terapi wayang ini. Secara tidak
langsung, program ini dapat meningkatkan aspek budaya seni dalam diri murid-murid.
Aktiviti ini juga merupakan sebahagian daripada komponen Sosial dan Alam Sekitar di
bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah.

Program terapi wayang yang pertama pada tahun ini telah diadakana pada 3
Februari 2016. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan juga
meningkatkan kemahiran sosial murid pendidikan khas. Program ini telah dijalankan di

panggung wayang TGV Aeon Seremban 2. Wayang gambar yang ditonton ialah cerita
Norm of the north.
Seramai 11 orang murid, 6 guru dan 3 ppm terlibat dalam aktiviti ini. Selepas
perhimpunan, murid-murid bergerak ke kantin untuk sarapan pagi terlebih dahulu.
Sarapan murid sepenuhnya dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sekolah.
Selepas sarapan, murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan dan mengikut cikgucikgu yang telah ditetapkan. Pada pukul 9.30 pagi, kami mula bertolak ke Aeon
Seremban 2 menggunakan 5 buah kereta guru dan sampai pada pukul 10.30 pagi.
Setibanya di Aeon Seremban 2, murid-murid bergerak ke TGV dan guru membeli tiket
menonton wayang. Murid-murid juga dibekalkan bertih jagung dan juga air bikarbonat
yang dibeli di kaunter jualan panggung wayang. Wayang bermula pada jam 11.00 pagi
dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Setelah tamat, semua guru dan murid bergerak
pulang ke sekolah dan tiba di sekolah pada jam 2.00 petang.
Kekuatan aktiviti :
1. Aktiviti dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
2. Kerjasama dari pihak guru dan ppm yang sentiasa mahukan yang terbaik
buat murid-murid pendidikan khas.
Filem yang dipilih ini sarat dengan mesej dan amat bersesuaian dengan muridmurid pendidikan khas. Program seperti ini perlu diteruskan dengan pemilihan filem
yang bersesuian dengan murid-murid Pendidikan Khas.

Sinopsis cerita yang ditonton :


Filem Animasi berjudul Norm Of The North ini merupakan filem yang bercerita
tentang seekor beruang kutub bernama Norm. Norm mendapatkan sebuah khabar
bahawa manusia akan membangun sebuah bangunan kondominium mewah di tempat
tinggal Norm. Demi menyelamatkan tempat tinggalnya, Norm bersama dengan temantemannya pergi ke kota New York dan memberikan hiburan kepada seluruh manusia
yang ada di sana agar mendapatkan menghentikan rencana pembangunan tersebut
agar manusia-manusia tidak pindah ke tempat tinggalnya.

Anda mungkin juga menyukai