Anda di halaman 1dari 3

SJK (T) LADANG HOLYROOD,

34100 SELAMA, PERAK DARUL RIDZUAN.


_____________________________________________________________________
KERTAS KERJA PAMERAN (DIORAMA) HIDUPAN LIAR & HIDUPAN
TERNAKAN 2015
Pengenalan
Diorama Hidupan Liar dan Hidupan Ternakan diwujudkan sebagai salah satu sudut
pameran tambahan di dalam Pusat Sumber untuk memberi maklumat kepada pelajar
pelajar tentang jenis-jenis haiwan.

Rasional
Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberikan informasi dan gambaran kepada
murid-murid tentang pelbagai jenis haiwan yang terdapat dalam negara ini.

Matlamat
Wujudnya Pameran Hidupan Liar dan Hidupan Ternakan ini diharap murid dapat
mengenali dan mengetahui tentang pelbagai jenis haiwan.

Objektif
1. Menyemai sikap suka terhadap haiwan.
2. Mengenali semua jenis hidupan liar dan hidupam ternakan.
3. Menambah pengetahuan tentang pelbagai jenis haiwan.

4. Menerapkan sikap atau perasaan menyayangi, memelihara dan memulihara


semua jenis haiwan.

Sasaran
Semua murid SJK (T) Ladang Holyrood.

Disediakan oleh,
..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU)
Guru GPM

Disahkan oleh,
.
(PN.A.KALAI ARASI)
Guru Besar
SJK (T) Ladang Holyrood

LAPORAN PAMERAN (DIORAMA) HIDUPAN LIAR &


HIDUPAN TERNAKAN 2015
Melalui pameran Hidupan Liar dan Hidupan Ternakan yang diadakan,
ianya dapat memberi manfaat kepada murid-murid dalam mengenali tentang
jenis haiwan-haiwan yang terdapat dalam negara ini.
Maklumat yang dipaparkan adalah tentang patung pelbagai jenis
haiwan ternakan dan juga haiwan liar serta nama bagi setiap haiwan-haiwan
tersebut. Maklumat ini dikemaskini dari masa ke semasa untuk menambah
bahan maklumat kepada murid-murid.
Sudut ini juga berjaya menarik minat pelajar untuk mengetahui dan
mempelajari nama-nama semua haiwan melalui patung-patung haiwan dan
maklumat yang dipamerkan. Sudut ini juga diharap dapat menjadi sumber
kepada para pelajar menyedari akan kepentingan menyayangi dan menjaga
semua jenis haiwan daripada terpupus.

Laporan disediakan oleh,


..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU)
Guru Perpustakaan dan Media
SJK (T) Ladang Holyrood

Anda mungkin juga menyukai