Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM IM A SUPER WRITER 2017


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) LADANG
HOLYROOD, 34100 SELAMA, PERAK
NAMA PROGRAM
Program I Am Super Writer 2017, SJK (T) Ladang Holyrood.

ANJURAN
Panitia Bahasa Inggeris, SJK (T) Ladang Holyrood.

PENGENALAN
Di sekolah, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi mereka dengan
menggunakan ayat yang gramatis, ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan
kemas. Kini, kemahiran menulis memainkan peranan yang amat penting dalam
pencapaian akademik murid. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Holyrood
juga ingin menyemai budaya menulis Bahasa Inggeris ini dalam kalangan murid-
murid sekolah ini. Tujuan utama Program I Am Super Writer ini dijalankan adalah
bagi meningkatkan kemahiran menulis dan penguasaan murid dalam Bahasa
Inggeris. Program I Am Super Writer ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2017.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid SJKTLH.
2. Membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi murid-murid
untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa ketiga dalam kehidupan harian mereka.
4. Memperkukuh Bahasa Inggeris ke peringkat yang lebih tinggi.
SUMBER
1. Tenaga - Semua guru SJKTLH
2. Kewangan - Sekolah

SASARAN
Murid Tahun 4
Kartikeyan A/L Ragawan
Tharshini A/P Vijiyan

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Josepine A/P Raipen


Setiausaha : Moganavalli A/P Tan Keng Yu
Ahli Jawatankuasa : 1. Yuvaneswary A/P Thambiraja
2.Semua guru matapelajaran

TARIKH PELAKSANAAN
Sepanjang Tahun 2017
- Februari 2017 hingga November 2017

WAKTU PERLAKSANAAN
5 minit sewaktu matapelajaran Bahasa Inggeris

TEMPAT PELAKSANAAN
Bilik Darjah

KAEDAH PELAKSANANAN
Program I Am Super Writer ini akan berlangsung sewaktu matapelajaran
Bahasa Inggeris selama 5 minit. Murid akan membina dan menulis satu ayat dalam
modul I Am Super Writer sewaktu matapelajaran Bahasa Inggeris.

Sebelum
1. Menyediakan modul menulis I Am Super Writer untuk setiap murid.
2. Menerangkan cara membuat modul tersebut kepada semua murid.
Semasa
1. Memberi modul menulis I Am Super Writer kepada murid.
2. Membimbing murid membina ayat.
3. Memerhati kemahiran membina dan menulis ayat murid dalam Bahasa
Inggeris.

Selepas
1. Murid membaca ayat yang telah dibina.
2. Guru membetulkan ayat murid sekiranya salah atau terdapat kesalahan
tatabahasa mahupun kesalahan ejaan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1 Fail 2 X RM 1.20 RM 2.40
2 Fotostat modul 2 X RM 10.00 RM 20.00
Jumlah Besar RM 22.40

PENUTUP
Adalah diharapkan semoga Program I Am Super Writer ini dapat berjalan dengan
lancar dan membantu murid-murid untuk lebih berkeyakinan untuk menulis dalam
Bahasa Inggeris dengan betul.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (JOSEPINE A/P RAIPEN)
Setiausaha Program I Am Super Writer Guru Besar
SJK (T) Ladang Holyrood. SJK (T) Ladang Holyrood.

Anda mungkin juga menyukai