Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LADANG TEMERLOH
34800, TRONG

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘WELCOME ABC’


2019

DISEDIAKAN OLEH:
T.MOGANAVALLI
KERTAS KERJA
PROGRAM ‘WELCOME ABC’

1.0 PENDAHULUAN
Program ‘Welcome ABC’ merupakan salah satu aktiviti utama dibawah Program
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris di bawah agenda
Kementeri Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu murid
menguasai kemahiran asas membaca Bahasa Inggeris di samping, membina tabiat
membaca dalam kalangan murid sekolah.

2.0 RASIONAL
Program ini adalah satu usaha dalam membantu murid mengatasi kelemahan dalam asas
membaca Bahasa Inggeris. Program ini juga memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan potensi diri dan menguasai Bahasa Inggeris.

3.0 NAMA PROGRAM


‘Welcome ABC’

4.0 MATLAMAT PROGRAM


Program ‘Welcome ABC’ mendorong dan mempertingkatkan kemahiran asas
membaca murid dalam Bahasa Inggeris.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM


 Meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris.
 Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid SJK T Ladang Temerloh.
 Memupuk keyakinan diri ketika membaca dalam diri murid SJK T Ladang
Temerloh..
 Memperkukuh Bahasa Inggeris ke peringkat yang lebih tinggi.

6.0 CADANGAN TARIKH PROGRAM


April hingga Oktober 2019

7.0 TEMPAT
Bilik ICT atau Pusat Sumber Valluvar

8.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid yang tidak mencapai tahap minimum dalam Bahasa Inggeris.
Tahun 1 = 4 orang
Tahun 3 = 2 orang
9.0 PELAKSANAAN
Program ini akan dijalankan setiap hari selepas waktu persekolahan selama 30 minit.
Murid-murid akan membaca kad atau buku cerita Bahasa Inggeris dengan bimbingan
guru.

10.0 AJK PELAKSANA


Pengerusi : Pn.M.Rathai
Naib Pengerusi : En.M.Kathiresan
Setiausaha : Cik.T.Moganavalli
AJK : En.M.Elaiyaraja
Pn.V.Thilagawathi
Semua Ketua Panitia

 AJK guru akan memastikan persiapan dan perjalanan program berjalan seperti yang
dirancang.
 Setiausaha akan membuat laporan empat bulan sekali dan disimpan dalam fail yang
disediakan.

11.0 Penutup
Semoga warga SJK(T) Ladang Temerloh dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi
semasa aktiviti ini dan dapat melahirkan murid yang berdikari di samping
memperluaskan pengetahuan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………………………… …………………..…………………..
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (RATHAI A/P MARDZAM MUTHU)
Setiausaha Program Guru Besar
SJK (T) Ladang Temerloh SJK (T) Ladang Temerloh
SJKT LADANG TEMERLOH
PELAN OPERASI

Nama Program/ Projek ‘Welcome ABC’


Objektif  Meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris.
 Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid SJK
T Ladang Temerloh.
 Memupuk keyakinan diri ketika membaca dalam diri murid
SJK T Ladang Temerloh..
 Memperkukuh Bahasa Inggeris ke peringkat yang lebih
tinggi.
Tempoh April – Oktober
Kumpulan Sasaran Murid-murid yang tidak mencapai tahap minimum dalam Bahasa
Inggeris.
Tahun 1 = 4 orang
Tahun 3 = 2 orang
Tanggungjawab Guru penyelaras dan AJK pelaksana
Proses Kerja /  Perlantikan AJK pelaksana program ‘Welcome ABC’.
Pelaksanaan  Menyediakan kertas kerja
 AJK akan memastikan persiapan ‘Welcome ABC’.
 Tugas AJK ialah memastikan semua murid mengambil
bahagian dalam program ini.
 Setiausaha akan membuat laporan dan disimpan dalam
fail.

Kekangan Masa untuk membimbing murid adalah singkat.


Pemantauan Pemantauan akan dijalankan oleh Guru Besar pada bila-bila masa
Penilaian Murid dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa
Inggeris dengan lebih yakin.
Penambahbaikan Penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa sepanjang
program ini dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai