Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KARNIVAL HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

SEKOLAH KEBANGSAAN (F) SUNGAI PANCHING UTARA, KUANTAN

1.0 RASIONAL

Program ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu dalam peningkatan
penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid di sekolah melalui
permainan bahasa dan tidak secara formal. Adalah diharapkan pelaksanaan program
ini mampu menyediakan dan memberi ruang (exposure) yang menggalakkan dan
kondusif kepada semua murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kegiatan
harian mereka. Program ini juga diharap mampu melatih murid untuk menjadi lebih
berani dan tidak malu untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Adalah diharapkan
agar program ini akan dapat membantu murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dan
seterusnya dapat melahirkan murid yang berkebolehan. Justeru itu, pemilihan
program ini sebagai salah satu daripada program di dalam program-program
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) yang dicetuskan oleh Kementerian
Pendidikan adalah bertepatan dalam memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama yang
sepenuhnya daripada semua warga sekolah bag imemastikan program ini dapat
berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

2.0 MATLAMAT

Memupuk minat pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa


antarabangsa dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar
sekolah rendah.
.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Aktiviti ini bertujuan mendedahkan dan memberi peluang kepada pelajar
kepada aktiviti Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan Bahasa
Inggeris di kalangan pelajar.
3.2 Untuk menggalakkan pelajar sekolah menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pertuturan seharian.
3.3 Untuk melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah
diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
3.4 Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan pelajar dalam
subjek Bahasa Inggeris di sekolah.
3.5 Untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan untuk
menguasai Bahasa Inggeris demi masa depan mereka.

1
4.0 SASARAN
Semua guru dan murid

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Minggu Bahasa Inggeris - 16 August – 20 August 2021 (Isnin-Jumaat)

6.0 TEMPAT
Lokasi kediaman masing-masing semasa PKP

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Prizes for English Carnival

Reading Competition

1. Pre-school - 6
2. Level 1 - 13
3. Level 2 - 15

Spelling Competition
1. Level 1 - 14
2. Level 2 - 15

Singing Competition
1. Level 1 - 2
2. Level 2 - 1

JUMLAH RM 410.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


Panitia Bahasa Inggeris – RM 410.00

8.1 AJK PELAKSANA


Rujuk Lampiran A(i)

2
9.0 Tentatif Program

BIL. Tarikh / Perkara


16 August – 17 August 2021
1.
Inter-class Reading Competition

2. 18 August 2021
Inter-class Spelling Competition
19 August – 20 August 2021
3. Inter-class Singing Competition

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar Karnival HIP ini dapat membantu pelajar berinteraksi dalam
Bahasa Inggeris, membuka minda, lebih berkeyakinan dan membentuk sahsiah positif, dengan
matlamat melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan, serba boleh dan berketrampilan. Justeru
peluang yang diberikan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pelajar bagi
membentuk jati diri dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Kerjasama daripada
semua pihak di sekolah sama ada dari peringkat pengurusan mahupun para guru
dalam membantu memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga segala
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan semaksimum yang mungkin dalam
mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan Oleh :

Puan Durgaa Devi a/p Saralan


Setiausaha Karnival HIP,
SK (F) Sungai Panching Utara

Disemak Oleh :

Puan Hafizah Azilah Binti Majid


Ketua Panitia Bahasa Inggeris,
SK (F) Sungai Panching Utara

Diluluskan Oleh :

Encik Shamsudin Bin Isa


Guru Besar,
SK (F) Sungai Panching Utara

3
LAMPIRAN A (i)

HIP CARNIVAL WORKING COMMITTEE


SK (F) SUNGAI PANCHING UTARA
2021

Advisor : En. Shamsudin Bin Isa


Assist Advisors : En. Ahmad Nizam Bin Che Mod
En. Azharul Hisyam Bin Mohamad
En. Ahmad Sofian Bin Ismail
Secretary : Pn. Durgaa Devi a/p Saralan
Coordinator : Pn. Hafizah Azilah Binti Majid
Assist Coordinator : Pn. Rosmaiza Binti Roslan
Treasurer : Pn. Maisyari Zatul’ Akhma Binti Ismail

Prizes : Pn. Siti Maisarah Binti Jaafar


Pn. Nur Syuhada Binti Rodzali
Cik Rohaiza Binti Che Mat
Pn. Nur Asiah Binti Abdul Manap

Report & Documentation : Pn. Durgaa Devi a/p Saralan

Anda mungkin juga menyukai