Anda di halaman 1dari 7

SEK. MEN.

AGAMA AL-KHAIRIAH SEGAMAT

KERTAS KERJA
CADANGAN
BENGKEL TEKNIK
MENJAWAB SAINS
SPM 2019

24 SEPTEMBER 2019

Disediakan oleh :

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019


MOHAMMAD FAISAL BIN ZULKIFLI
KETUA PANITIA SAINS

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019


KERTAS KERJA MAJLIS PENETAPAN SASARAN
SPM 2019

1. PENGENALAN

Dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan Modal


Insan yang cemerlang, pihak sekolah memainkan peranan dalam memberi semangat dan
rangsangan minda melalui seminar, program dan ceramah yang memberi manfaat kepada
murid. Program motivasi merupakan satu daripada cara untuk memotivasikan murid.
Program ini diadakan khas untuk murid-murid Tingkatan 5 yang berpotensi mendapat A di
dalam peperiksaan Sains SPM. Program ini memberikan pendedahan tentang pendekatan
pembelajaran yang berkesan dan panduan berguna kepada calon menghadapi peperiksaan.
Ini merupakan persediaan awal murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM pada bulan
November akan datang.

2. RASIONAL

Program ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan mutu pembelajaran dari
semasa ke semasa agar kemahiran belajar yang digunakan lebih efektif dan berkesan.
Panduan menghadapi peperiksaan pula sangat penting untuk mereka lebih bersedia dari segi
fizikal,mental dan rohani menjelang peperiksaan.

3. OBJEKTIF

I. Memberi pendedahan tentang teknik belajar Sains kepada murid Tingkatan 5 yang
bakal menduduki SPM pada tahun ini.
II. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
III. Menanam sikap dan mengamalkan serta mempraktikan kaedah pembelajaran yang
berkesan dan efektif.
IV. Memberikan semangat, panduan dan bimbingan serta meningkatkan motivasi kepada
para peserta untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.

4. PENGENDALIAN PROGRAM

Program ini akan dikendalikan oleh Panitia Sains dan dibantu oleh Unit Kurikulum
SEMARAK.

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019


5. KUMPULAN SASARAN

61 orang calon SPM 2019

6. MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 24 September 2019 (Selasa)


Tempoh : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat : Dewan Lukman al-Hakim

7. KANDUNGAN PROGRAM

Antara program-program yang telah dirancang antaranya adalah


i. Teknik pembelajaran berkesan
ii. Teknik menjawab soalan yang betul

8. PENGUKURAN

Daripada program ini, pelajar-pelajar diharap dapat mengenal pasti potensi diri dan dapat
mengatasi kelemahan dalam mana-mana topik.

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019


9. ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN
PCG Panitia RM 500 Bayaran penceramah RM 500

Jumlah RM 500 RM 500

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Sumbangan PIBG RM 150.00 Jamuan RM 28.00
RM 14 x 2 orang
Fotostat modul RM 122.00
RM 2 x 61
Jumlah RM150.00 RM 150.00

10. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 – 8.00 Pelajar berkumpul di dewan untuk persiapan dewan

8.20 Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

8.25 Bacaan doa

8.30 – 10.30 SLOT I : TEKNIK MENJAWAB SAINS

10.30 – 11.00 REHAT

11.00 – 2.30 SLOT II : TEKNIK MENJAWAB SAINS

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019


11. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Ust Mohd Faizal bin Ab Rahaman
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Ust Huslizan bin Jaamat
(Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Ustzh Nurilfitri binti Idris
(Pen. Kanan HEM)
Naib Pengerusi II : Ust Wan Syarifuddin bin Wan Hassan
(Pen. Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : Ust Mazlan bin Ismail
(Pen. Kanan Azhari)
Penyelaras Program : Ust Mohammad Faisal bin Zulkifli

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019


12. PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid-murid
Tingkatan 5 dan memastikan mereka mampu mencapai kejayan yang cemerlang di dalam subjek
Sains seterusnya dapat menyumbang tenaga ke arah pembangunan insan modal yang mampan.
Kami berharap agar program ini dijadikan aktiviti tahunan sekolah kerana ianya mampu
memberikan impak yang positif terhadap perkembangan intelektual, fizikal, rohani dan emosi para
pelajar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………. …………..…………………
(MOHAMMAD FAISAL BIN ZULKIFLI) (HUSLIZAN BIN JAAMAT)
Penyelaras Program PK Kurikulum
Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019 SMA Al-Khairiah Segamat
SMA Al-Khairiah Segamat

Ulasan Pengetua :

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________

Diluluskan / Tidak diluluskan

……………………………………….
(MOHD FAIZAL BIN AB RAHAMAN)
Pengetua
SMA Al-Khairiah Segamat

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2019

Anda mungkin juga menyukai