Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LABUAN HAJI,

WDT 146, 91309, SEMPORNA, SABAH

KERTAS KERJA MESYUARAT


PENTADBIRAN BIL 2/2017
1.0 PENDAHULUAN

Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu


pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau
menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat juga merupakan satu
cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan banyak tugas dan masalah
yang berkaitan dengan organisasi atau persatuan. Sekolah Kebangsaan Labuan
Haji juga menitikberatkan pengurusan mesyuarat ini selaras dengan visi dan misi
sekolah. Diharapkan dengan adanya mesyuarat pentadbiran ini, pengurusan
organisasi SKLH dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF
1. Untuk mewujudkan perhubungan dan perbincangan dalam kumpulan untuk
mendapat kata sepakat bagi mendapat kerjasama dan melicinkan aktiviti
yang dirancangkan bagi tahun 2018
2. Dapat menilai dan mengawal aktiviti dan kewangan organisasi atau
persatuan sepanjang tahun 2018
3. Menyeleraskan dan membincangkan bidang tugas jawatankuasa setiap unit
bagi tahun 2018
4. Merancang sesuatu strategi dan program atau untuk mendapatkan idea idea
baru bagi melaksanakan aktiviti organisasi atau persatuan.

3.0 SASARAN
1. 4 orang pentadbir
2. 12 orang guru
3. 2 orang AKP

4.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 11 November 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , Hotel Heritage , Tawau.
5.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.45 a.m – 8.00 a.m Ketibaan Pentadbir , Guru dan AKS

8.00 a.m – 10.30 a.m Mesyuarat pengurusan Kurikulum

10.30 a.m – 10.45 a.m Rehat

10.45 a.m – 1.00 p.m Mesyuarat pengurusam Kokurikulum

1.00 p.m – 2 p.m Rehat (makan tengahari & solat zohor)

2.00 p.m – 4.30 p.m Mesyuarat pengurusan HEM

4.30 p.m – 5.00 p.m Penggulungan mesyuarat

5.00 p.m Bersurai

6.0 PERBELANJAAN
Sewa Dewan Mesyuarat RM 530.00
Makan pagi RM 108.00
Makan tengah hari RM 351.00

Jumlah RM989.00

7.0 PENUTUP
Besar harapan semoga cadangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
bersama-sama dan mencapai objektif yang digariskan sejajar dengan misi dan
visi sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua
sudut. Semoga perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.
Disediakan oleh,

…………………………….
( )
Setiausaha,
SK Labuan Haji, Semporna.

Disemak Oleh,

………………………….
( )
PK Pentadbiran,
SK Labuan Haji, Semporna

Diluluskan / Tidak diluluskan,

………………………...
( )
GURU BESAR,
SK Labuan Haji, Semporna.

Catatan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai