Anda di halaman 1dari 1

Cara bermain dan peraturan permainan konda kondi Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek

melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Pasukan lawan harus berada di belakang garisan iaitu sepuluh langkah dari lubang. Setelah memukul, kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dipukul oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Anda mungkin juga menyukai