Anda di halaman 1dari 10

PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau
keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-Prinsip Pertolongan Cemas:


i. Menyelamatakan nyawa
ii. Mengurangkan kesakitan
iii. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
iv. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:


i. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
ii. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
iii. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa
dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
iv. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan Serta Merta Pertolongan Cemas:


i. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
ii. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
iii. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
iv. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan Am Untuk Memberi Rawatan Bantu Mula:


i. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
ii. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation]
iaitu:
iii. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
iv. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya
dengannya jika mangsa sedar. [R]
v. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada
keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
vi. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation [B]
vii. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika
tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas


Luka/Pendarahan
1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan
berhenti [darah membeku]
2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan
ke atas kawasan yang luka
3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
4. Tenangkan mangsa.
5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan
Tanda-tanda:
i. Maklumat dari mangsa
ii. Mangsa sakit dengan tiba-tiba
iii. Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
iv. Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:
1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada
tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
3. Segera hubungi hospital
4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut
Tanda-tanda:
i. Badan berpeluh
ii. Pucat
iii. Rasa nak pengsan
iv. Resah
v. Nafas kerap tapi tipis
vi. Kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan
1. Baringkan mangsa
2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
ditinggikan
5. Selimutkan jika suhu badan menurun
6. Segera hantar ke hospital

Terbakar
Klasifikasi terbakar

1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja


a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. Bengkak sedikit dan rasa sakit
c. Cepat sembuh

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf


a. Merah
b. Ada tanda-tanda gelembung [blisters]
c. Bengkak yang nyata [beberapa hari]
d. Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3. Third Degree
a. Kerosakan tisu lebih dalam
b. Kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. Tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan
terbakar perlu dimasukkan ke hospital.
Rawatan
1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
3. Baringkan mangsa
4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar
5. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
6. Hantar segera ke hospital

Melecur
Rawatan
i. Sejukkan dengan air sejuk
ii. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
iii. Rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik
i. Putuskan hubungan elektrik
ii. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika pernafasan mangsa
terhenti
iii. Rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta
lutut.

Rawatan: RICE
i. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
ii. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
iii. Balut tempat yang cedera [Compression]
iv. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
v. Hantar ke hospital
Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau
mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera
dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.
Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.
Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk
anggota tersebut.

Rawatan:
i. Berikan rawatan renjatan.
ii. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
iii. Jangan lakukan banyak pergerakan.
iv. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
v. Hantar segera ke hospital.

MEMBUAT ANDUH
Jenis Balutan Anduh

Pembalut cincin
i. Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
ii. Diperbuat daripada pembalut tirus.
iii. Digunakan untuk menutup luka.
Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
i. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik
dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.
ii. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
iii. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Anduh besar/ Anduh lengan


i. Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
ii. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
iii. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:
i. Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
ii. Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
ASAS KEBOMBAAN
Kebakaran ialah satu tindak balas kimia yang bila bahan boleh terbakar dan oksigen
menyentuh punca haba atau mencucuh.
Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta
benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah
punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran
yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:
i. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.
ii. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
iii. Kebocoran atau mampatan gas.
iv. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:
i. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
ii. Lebihan beban aliran kuasa
iii. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
iv. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
v. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran


Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut;
a)Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau,letupan gunung berapi.

b)Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.

c)Faktor Sengaja Dibakar


Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau
perbuatan khianat.
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil
bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi
mengelakkan kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada
peringkat yang boleh dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat
kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti
berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya
kebakaran :
i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri
(mean of escape).
ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara
berkala.

Peralatan Pencegahan Kebakaran


Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran
kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-
bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan
sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang
dikategorikan kepada 2 jenis:

a. Perlindungan aktif.
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah,
mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.
b. Perlindungan pasif.
Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan
yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat
berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat
menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran

Pelan tindakan keselamatan


Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan. Salah
satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi
terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.

Objektif PTK:-

i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya


kecemasan.
ii.Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan
tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.
iv.Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila
berlaku kecemasan.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan


diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid,
bangunan runtuh dan lain-lain.
Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan
dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

1.Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan
berbahaya serta peralatan yang digunakan.

2. Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak
apabila berlaku kecemasan.

3.Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan
efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.

4.Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada
keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang
rosak.

Anda mungkin juga menyukai