Anda di halaman 1dari 1

PRAKATA Syukur kehadrat Sang Pencipta alam buana kerana dengan kudrat dan iradahNya akhirnya terlaksana jua

tugasan Kerja Kursus Pendek

Perkembangan Kanak-kanak (EDU 3102). KKP ini dilaksanakan bagi memenuhi spesifikasi syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan disamping mempersiapkan diri bakal-bakal guru dengan ilmu untuk masa mendatang. Bahagian pertama buku ini membincangkan tentang pengenalan teori ekologi Bronfenbrenner. Lima sistem teori ekologi Bronfenbrenner

diterangkan secara jelas dan dikaitkan dengan situasi sebenar yang berlaku semasa perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, teori ini dibandingkan dengn teori perkembangan Robert Havighurst. Di samping itu, turut dimuatkan di dalam tugasan ini ialah implikasi teori perkembangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Di akhir bab ini, terdapat beberapa cadangan bagi beberapa pihak untuk membantu perkembangan kanakkanak. Harapan saya agar KKP ini memenuhi spesifikasi yang diharapkan. Akhir kalam, jutaan terima kasih kepda semua pihak yang terlibat di dalam penghasilan KKP ini terutama kepada Pn Saham binti Ahmad kerana banyak mencurahkan idea sepanjang pengajaran beliau. Terima kasih juga kepada ibu bapa, yang banyak berjasa membesarkan saya sejak dari kecil hingga sekarang. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memberi idea sepanjang pelaksanaan KKP ini. Budi kalian tidak dilupakan. Wan Nur Afifah Wan Jusoh

ii

Anda mungkin juga menyukai