Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI KESELURUHAN Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi saya tujukan kepada pihak yang terlibat terutamanya

kepada Pensyarah kursus Pegagogi (Encik Zakaria Bin Mohamed Nor) yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan projek ini. Segala bantuan daripada Encik Zakaria Bin Mohamed Nor amatlah berharga dan tidak ternilai. Tugasan ini merupakan tugasan individu. Saya dikehendaki

menghuraikan konsep dan jenis-jenis model pengajaran, jenis-jenis pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran berserta contohcontoh yang sesuai. Kemudian, saya diminta membina satu Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan satu model pengajaran beserta dengan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, saya dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan pemilihan model, pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam RPH tersebut. Sebaik sahaja mendapat kerja kursus ini, perkara yang saya lakukan adalah dengan mencari bahan dan maklumat dari pelbagai sumber. Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan, saya meneruskan langkah pemilihan sumber yang sesuai untuk digunakan. Selepas itu, saya mula membuat kerja kursus ini berdasarkan maklumat yang bersesuaian. Kekangan yang saya hadapi dalam menghasilkan tugasan ini ialah kekurangan informasi. Saya merupakan seorang pelajar DPLI (KDC) yang menghadiri kursus dalam cuti sekolah. Oleh kerana kursus ini merupakan kursus separuh masa, maka jadual waktu kursus agak padat. Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencari maklumat di pusat sumber maktab sebelum balik kerumah. Namun, masalah itu dapat diatasi apabila saya mendapati rakan sekolah saya mempunyai buku-buku yang berkaitan dengan Pedagogi. Saya meminjam buku itu daripadanya menjadi sumber rujukan saya. Sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak input yang boleh digunakan. Ini adalah kerana hasil kerja

kursus ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan alam persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh saya aplikasikan dalam kelas yang akan datang. Secara keseluruhannya, saya berasa bersyukur kerana berpeluang menyentuh pelbagai model-model pengajaran serta jenis-jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam semester ini. Saya mendapat pandangan yang berlainan daripada pengalaman terdahulu. Bahagian yang paling saya minati dalam kerja kursus ini adalah bahagian penulisan RPH. Ini adalah kerana sebagai seorang guru yang mendidik anak bangsa, saya haruslah menguasai kemahiran mengajar dan merancang pengajaran harian supaya dapat

melahirkan generasi baru yang bijak pandai pada masa akan datang. Dalam kerja kursus ini, saya telah menggunakan Model Pemprosesan Maklumat sebagai model pengajaran saya dalam sesi pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Model ini diperkenalkan oleh Robert M. Gagne mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Untuk menjayakan model ini, guru seharuslah merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Saya telah menggunakan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar saya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pandangan saya, bahan maujud digunakan untuk mengajar bahasa membolehkan murid lebih memahami pengajaran bahasa kerana murid memerlukan benda maujud untuk mengaitkan dengan pemahaman mereka. Hal ini juga dapat menyumbang ke arah penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dan melalui pelaksanaan pengajaran sebenar. Dari aspek persembahan pengajaran, saya menggunakan ayat yang mudah dan arahan yang jelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dari segi kaedah didik hibur iaitu teknik nyanyian yang menarik dibukti dapat menarik minat dan bersesuaian dengan murid. Dalam pengaplikasi model pengajaran pemprosesan maklumat, saya dapati langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran

amat penting dan perlu mengikut urutan yang terancang supaya memudahkan murid untuk menguasai kemahiran tersebut dan mencapai penglibatan murid yang tinggi. Pada pandangan saya, apa yang saya alami dalam proses menyiapkan tugasan merupakan suatu pengalaman yang berharga buat saya. Dengan menyediakan kerja kursus ini, saya telah banyak memperbetulkan diri saya dari segi konsep mengajar kepada murid selain mempelajari pengurusan sebuah bilik darjah yang lebih realistik, sistematik dan terkawal. Secara kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi ilmu baru kepada saya. Segala ilmu ini sangatlah berguna untuk saya dan rakan-rakan untuk keperluan menjadi seorang guru yang cemerlang untuk mendidik anak bangsa.

RUJUKAN Buku Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Choong Lean Keow PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan, 2002. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Shok Mee, (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2012). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Edisi kedua. Kuala Lumpur. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Rohizani Yaakub & Hazri Jamil. (2008). Panduan Bercerita untuk Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Jurnal Mohamad Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Prasekolah Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar: Seminar Penyelidikan Pendidikan Institusi Perguruan Batu Lintang.

John Brodi (2009). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,IPTAR : Jabatan Ilmu Pendidikan, IPTAR

Laman Web Akram Kamarudin. (2010). Kaedah Permainan dalam Pengajaran Subjek Perdagangan dan Sains. http:/akramamarudin.blogspot.com/. Accessed on 26 Jun 2013. Muhaini Aini. (2013). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.

http://muhainiaini84.blogspot.com/. Accessed on 21 Jun 2013. Sity Nurul Ezzma. et al. (2010). Model Pengajaran Personal.

http://modelpersonal2c.blogspot.com/2010/09/model-pengajaranpersonal.html. Accessed on 19 Jun 2013. Wizurai. (2010). Konsep Model Pengajaran Personal. http://wizurai-modelpersonal.blogspot.com/2010/08/konsep-modelpengajaran -personal.html. Accessed on 19 Jun 2013.

Sumber-sumber lain Joyce, B. and Weill, (1986), Model of Teaching, and-ed, Preantice-Hall, Englewood Cliffs, New Jersey.

Anda mungkin juga menyukai