Anda di halaman 1dari 1

Sebagai seorang graduan yang telah melalui fasa-fasa persekolahan dari tadika hingga ke sekolah menengah, cuba ingati

pengalaman anda belajar sains di sekolah dahulu. Ceritakan pengalaman anda belajar sains dan apakah harapan anda sekarang terhadap pengajaran sains di sekolah rendah? Sains merupakan suatu bidang keilmuan, hasil daripada usaha menusia untuk mencari penerangan yang rasional tentang fenomena alam semulajadi. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Dari bangku sekolah, kita mempelajari sains demi mengetahui dan mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman seharian dan juga penyiasatan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai