Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Dengan berasa bersyukurnya, saya mendapat tugasan kerja kursus subjek


PSVK 3013 (Pengenalan Pendidikan Seni Visual). Tugasannya ialah menghasilkan
satu Artist book. Tugasan yang diberikan ini banyak memberi makna dan ilmu yang
berharga kepada diri saya untuk menjadi seorang guru seni visual yang cemerlang
pada masa hadapan. Hal ini kerana di awal tugasan lagi saya telah mengalami
pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai
ciri-ciri kesenian Jepun dan buku seni seperti buku cara-cara untuk membuat tembikar
dan sebagainya. Namun dengan usaha yang dilakukan, saya berjaya menemui nota
dan buku yang saya ingini.

Selain itu, saya amat bersyukur pada diri saya kerana saya dapat menyiapkan
kerja kursus subjek PSVK 3013 (Pengenalan Pendidikan Seni Visual) dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Namun begitu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya
telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan. Namun dengan berkat ketekunan
dan kesabaran, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan
mendapat tunjuk ajar, komen dan kritikan daripada kawan-kawan saya iaitu Ng Kwan
Fu, Si Hong Ying dan Lee Shi Min ketika saya melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa
juga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Zahidi Bin Khamis dengan tunjuk
ajar dan bimbingan yang telah beliau beri sepanjang proses melaksanakan tugasan
kerja kursus ini.

Masalah dan cabaran pertama adalah dari segi pengurusan masa pula saya
telah mengalami kebuntuan di mana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan
empat tugasan yang lain. Namun dengan jadual yang telah dibuat oleh saya akhirnya
saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi
masa dan kewangan. Namun tanggungjawab sebagi seorang pelajar telah dipikul oleh
saya dengan menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal
ini kerana selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat lari daripada tugasan.
Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya, berakit-rakit
kehulu,berenang-renang ke muara, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah semasa mencari maklumat


berkenaan Tunnel book. Kebanyakkan maklumat Tunnel book yang saya kesan
adalah dalam bahasa Inggeris. Saya terpaksa meluangkan sebahagian masa lagi
untuk menterjemahkan maklumat-maklumat kepada Bahasa Melayu. Di samping itu,
apabila saya mencari maklumat tentang ciri-ciri kesenian Jepun dari internet, saya
mendapati maklumat-maklumat kurang lengkap dan kelirukan. Oleh itu, saya merujuk
kepada buku rujukan yang bertajuk Pengenalan Pendidikan Seni Visual yang diberi
oleh pensyarah saya. Saya amat bersyukur kerana mempunyai buku ini. Ia amat
berguna dan banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Masalah seterusnya yang saya hadapi ialah saya mendapati saya amat keliru
tentang penzahiran idea dan olahan idea. Nasib baik saya mendapat tunjuk ajar
daripada pensyarah bimbingan saya Encik Zahidi Bin Khamis dan kawan saya, Lee
Shi Min dan Si Hong Ying. Selepas penjelasan pensyarah dan kawan saya, saya telah
mengetahui perbezaan antara penzahiran idea dan olahan idea. Penzahiran idea
adalah idea-idea yang direka manakala olahan idea adalah idea rekaan yang paling
sesuai untuk menghasilkan projek dan perlu telitikan rekaan dalam penzahiran idea
yang telah dipilih.

Selepas saya mengatasi masalah di atas, saya telah menghadapi satu


masalah yang baru, iaitu merancang cerita saya dalam Tunnel book. Saya telah
megambil masa yang panjang untuk memilih maklumat dan gambar-gambar yang
akan diceritakan dalam tunnel book saya. Kawan saya, Ng Kwan Fu mendapati saya
menghadapi masalah dan sanggup mengorbankan masanya untuk memberi nasihat
dan cadangan kepada saya untuk memilih gambar cerita saya dalam Tunnel book.
Oleh sebab itu, saya amat berterima kasih kepada kawan saya kerana dengan adanya
dia saya dapat menghasilkan projek ini dengan lebih bersemangat.

Walaubagaimanapun dalam proses menghasilkan kerja kursus ini, saya telah


memperolehi pengalaman dan pengetahuan untuk menghasilkan sebuah artist book.
Selepas menghasilkan kerja kursus ini, saya telah mengenali sembilan jenis artist
book. Saya telah mengetahui cara-cara untuk menghasilkan sebuah tunnel book.
Selain itu, dalam proses menghasilkan kerja kursus ini, saya telah mendapati saya
kurang mahir dalam mencari maklumat-maklumat yang saya dapati. Oleh itu, saya
mendapat bantuan daripada kawan saya yang mahir dalam mencari maklumat iaitu
Lee Shi Min. Saya juga telah mempelajari cara mencari maklumat daripada kawan
saya. Justeru, saya juga mendapati saya lebih mahir menggunakan warna poster
berbanding dengan menggunakan pensel warna. Oleh itu, saya banyak menggunakan
warna poster untuk menghasilkan reka bentuk Artist book saya.

Selepas saya menghasilkan Artist book saya, saya mendapati ada beberapa
kelemahan pada Artist book saya. Saya mendapati kertas yang saya gunakan untuk
menghasilkan setiap muka surat Artist book saya itu terlalu lembut. Jika ada peluang
untuk membuat Tunnel book lagi, saya akan memilih kertas yang lebih keras. Selain
itu, saya juga mendapati bahawa penggunaan teknik zig-zag untuk mengikat tepi buku
saya memerlukan satu kertas yang sambung dengan muka depan dan muka belakang
supaya kelihatan lebih kemas dan cantik.

Sebelum ini saya mempersoalkan kepada diri saya adakah saya dapat
menghasilkan satu artist book dengan berjaya dalam tempoh masa enam minggu. Hal
ini berlaku demikian kerana saya tidak pernah menghasilkan sebuah artist book.
Sebelum ini, saya hanya pernah dengar dan lihat Pop-up book di kedai buku sahaja.
Saya amat terperanjat kerana saya dapat menghasilkan sebuah artist book dengan
berjaya dalam tempoh enam minggu selepas saya berdaya upaya untuk mencari
maklumat dari pelbagai sumber. Saya telah menonton banyak video tentang cara-cara
dan langkah-langkah untuk menghasilkan sebuah tunnel book. Selepas menganalisis,
saya telah mendapati beberapa teknik untuk dan perkara penting untuk menghasilkan
sebuah tunnel book dengan berjaya. Yang pertama ialah lubang yang ada pada setiap
muka surat mestilah berlainan saiz dan perlu disusun mengikut urutan, iaitu dari
lubang besar ke lubang kecil.

Anda mungkin juga menyukai