Anda di halaman 1dari 7

Sumber ilham

Ciri-ciri kesenian Jepun


Seni jepun telah bermula pada zaman 10 milenium sebelum masihi lagi.
Menurut sejarah, Jepun telah mengalami pencerobohan idea baru dan asing seperti
China dan dalam tempoh yang lama, mereka kurang berhubungan dengan dunia
luar. Tidak lama kemudian, orang Jepun berkemampuan maju dalam menyerap,
meniru dan berasimilasi kesemua elemen budaya asing yang membentuk budaya
mereka. Dengan meningkatnya budaya popular dalam zaman edo, gaya cetakan
blok kayu yang dipanggil ukiyo-e menjadi bentuk utama dan tekniknya halus untuk
menghasilkan semua cetakan warna-warni daripada berita harian kepada buku
sekolah.

Seni Tembikar
Seni tembikar adalah proses membentuk bekas tembikar atau porselin
dengan membakar tanah liat pada suhu yang tinggi. Setiap kawasan pengeluaran
mempunyai ciri-ciri tembikar yang tertentu. Pembuatan tembikar di Jepun adalah dari
pra-zaman.
Pembuatan tembikar yang disadur dikatakan telah bermula sejak dari
separuh kedua abad ketujuh dengan berpandukan kepada teknik membuat tembikar
seperti dari negara China. Tembikar dihasilkan dengan membakar dasar tanah liat
yang disadur dengan glis pada suhu yang tinggi. Glis adalah minyak yang
menghalang penembusan kelembapan dan pada masa yang sama permukaannya
dicat untuk memberi kilauan dan kilatan. Terdapat juga kaedah untuk menghalang
penembusan kelembapan tanpa menggunakan glis pada tembikar, iaitu dengan
membakarnya pada masa yang lama.
Porselin pertama yang dibuat di Jepun adalah pada awal abad ke-17. Pada
pertengahan abad ke-17, porselin yang dilukis dengan corak indah telah diekspot ke
Eropah. Kebanyakan nama jenis tembikar diambil daripada nama kawasan
pengeluar dan ditambah dengan perkataan "Yaki (bermaksud bakar dalam bahasa
Jepun". Porselin dihasilkan dengan proses pembakaran pada suhu yang tinggi dan
campuran tanah liat dengan serbuk batu yang dipanggil batu tembikar. Batu
tembikar mengandungi bahan yang sama dengan bahan-bahan mentah daripada
kaca, apabila dibakar ia menjadi keras berbanding tembikar. Ia menjadi salah satu
tarikan walaupun proses pembuatannya adalah sesuatu yang rumit dan halus. Corak
yang jelas yang dilukis di atas latar belakang putih yang licin juga kelihatan indah
Terdapat pelbagai corak dapat dilihat, dari corak yang ringkas sehingga ke corak
yang dibuat pada karya seni dan kraf dengan sentuhan halus dan kemas yang
sangat menakjubkan. Selain itu, barangan tembikar boleh dibeli di bahagian jualan
pinggan mangkuk sesebuah

kedai serbaneka dan pasar raya besar, kedai khusus yang menjual tembikar dan
sebagainya. Bandar Kasama di Ibaraki yang membuat "Kasama-yaki" serta bandar
Mashiko di Tochigi yang membuat "Mashiko-yaki" dan sebagainya juga dikenali
sebagai kawasan pengeluar tembikar yang terkenal di sekitar Tokyo.
Antara contoh barangan tembikar ialah

Bizen yaki ( Bercirikan corak yang dicipta dengan melaraskan api apabila membakar seperti
mana proses ketika membakar besi di dalam tembikar yang tidak meletakkan glis. )

Hagiyaki (Tembikar yang bercirikan warna oren)

Oribe yaki (tembikar yang terkenal dengan saduran glis yang berwarna hijau, kebanyakan
bercorak geometri.)

Shiga raki (Tembikar yang terkenal dengan patung anjing rakun. Mereka menghiasi bahagian
hadapan kedai sebagai sesuatu yang membawa tuah. )

Arita yaki (Imariyaki) ( Porselin yang mempunyai ciri-ciri yang nipis, tekstur yang halus dan
corak yang cantik.)

Proses lazim dalam pembuatan tembikar


1. Bahan-bahan tembikar dibentuk dengan menggunakan tangan atau roda

2. Bahan yang dibentuk dikeringkan

3. Bahan disusun sebelah menyebelah di dalam bekas memasak dan dibakar pada
suhu 800° - 900° (tanpa glis)

4. Corak dilukis (lakaran sebelum digliskan)

5. Glis disadur

6. Dibakar pada suhu 1200° -1300° dengan menggunakan bahan api seperti kayu
api dan gas (pembakaran sebenar)

7. Selepas pembakaran sebenar corak dilukis pada bahan asas dengan


menggunakan berus atau media cetak (lakaran yang telah digliskan)
8. Untuk memperbaiki lakaran yang telah digliskan ia dibakar pada suhu yang
rendah iaitu pada 800°

9. Siap

Seni Cetakan
Cetakan blok kayu di Negara Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya,
cetakan dibawa masuk seiring dengan kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya
cetakan blok kayu Jepun yang unik telah berkembang maju pada pertengahan abad
ke-17 sehingga ke pertengahan abad ke-19. Perkataan “Ukiyo” berasal dari
perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih manakala “ e” pula bermaksud
gambar atau lukisan. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e adalah tentang dunia
terapung yang merujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak
kekal. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah
pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar. Kegiatan dilakukan berkisar
tentang persembahan teater, restoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran
kelas atasan. Secara amnya, mereka membuat poskad dengan menggambarkan
kehidupan seharian. Pada awal abad ke-18, cetakan telah menambah kualiti dari
segi kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah dan pelbagai.
Kini, teknik cetakan telah bertambah moden. Pada awalnya, cetakan yang
berwarna akan dilakukan dengan tangan. Pada pertengahan abad ke-18, Okumara
Masanobu ( penerbit & pelukis ) telah membuat eksperimen dengan menggunakan
lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e’ atau gambar merah.
Seniman iaitu Suzuki Harunobu juga merupakan tokoh cetakan yang cemerlang dan
beliau terkenal di Edo.

Seni Arca
Arca Jepun termasuk patung tanah liat iaitu Dogu (patung tanah liat yang
bersaiz kecil) dan Haniwa (patung tanah liat yang bersaiz besar). Seni arca Jepun
menerima pengaruh yang kuat daripada arca Cina. Teknik-teknik untuk
menghasilkan arca merupakan dihalusi kerana telah memaksimumkan sifat-sifat
istimewa.
Patung haniwa ditempatkan dengan teratur di sekeliling tumuli. Bentuk
haniwa itu bermacam-macam. Biasanya berupa orang, binatang piaraan, perabot
rumah dan perkakas dan dapat memberikan gambaran tentang kehidupan pada
masa itu. Dari patung orang, kita dapat membuat kesimpulan bahawa lelaki memakai
hakama, semacam celana longgar dan perempuan memakai mo, semacam blus dan
pada umumnya orang memakai baju yang berlengan sempit. Pakaian-pakaian itu
lebih mirip kepada pakaian barat modern.

Agama Shinto berkembang. Kuil-kuil semakin banyak didirikan. Dalam


bentuknya yang asli, peribadatan agama itu sangat sederhana. Agama itu terdiri dari
pemujaan tenaga-tenaga alam, tidak mempunyai suatu sistem etika atau kesusilaan
dan theologi atau ilmu ketuhanan serta tidak menyebut tentang surga atau neraka.
Dewa-dewa yang baik disebut kami dan jin atau setan disebut oni. Orang-orang yang
berjasa dan pahlawan-pahlawan, setelah meninggal mencapai tingkatan kami dan
dianggap sebagai demikian. Di dalam kuil tidak terdapat arca-arca dewa. Bentuk kuil
juga sederhana. Di pemukaannya terdapat pintu gerbang yang disebut torii. Torii
terdiri atas dua tiang yang ujungnya agak berdekatan satu sama lain, di atasnya
dipasang dua buah balok melintang. Orang yang mahu melakukan pemujaan dengan
maksud meminta pertolongan dewa sebelum masuk ke dalam kuil perlu mencuci
muka dan tangannya dengan air suci. Sebuah lonceng dibunyikan untuk meminta
perhatian dewa dan ia membungkukkan diri untuk memberi hormat. Setelah
mempersembahkan sajian, diucapkanlah maksud kedatangannya.
Kebanyakan arca Jepun berasal dari patung digunakan dalam agama
Buddha atau upacara animistik dewa Shinto. Khususnya, ukiran di kalangan semua
seni datang yang paling kukuh berpusat di sekitar agama Buddha. Bahan yang
digunakkan secara tradisional logam terutama gangsa dan biasanya kayu yang
sering lacquered yang tersepuh atau terang di cat. Akhir zaman Tokugawa, ukiran
tradisional itu- kecuali untuk kerja-kerja yang bersaiz kecil – telah sebahagian
besarnya hilang kerana kehilangan naungan oleh kuil-kuil Buddha dan golongan
bangsawan.

Dogu adalah arca manusia dan hewan yang dibuat pada akhir Zaman Jomon
di Jepun. Bentuknya tidak pernah realistis and bentuknya yang tidak biasa itu
diangggap mirip dengan baju ruang angkasa. Hal ini telah menambah misterinya.
Kebanyakan arca manusia yang memiliki payudara, pinggang kecil, dan pinggul
lebar dianggap mewakili dewi. Arca yang memiliki perut yang besar digambarkan
sebagai kehamilan. Dogu juga memiliki wajah yang besar dan lengan yang kecil.
Alasan pembuatan Dogu masih belum jelas, namun diduga Dogu menjadi efigi yang
mengandung sihir. Contohnya, dipercaya bahawa penyakit dapat dipindah kedalam
Dogu, lalu setelah Dogu hancur, penyakit akan hilang. Selain penyakit
ketidakberuntungan juga dapat dipindahkan.

Seni Bina

Prinsip seni bina Jepun adalah lebih kurang sama dengan seni bina China.
Contohnya, seni bina Kofukuji Temple (kuil tertua di Jepun) lebih kurang sama
dengan senni bina temple di China. Ia menjadi mercu tanda Nara. Ia mempunyai nilai
kecantikan dan tahap kesenian yang amat tinggi. Seni bina Jepun sebenarnya
dipengaruhi oleh seni bina purba China. Penggunaan warna merah banyak
digunakan dalam seni bina Jepun. Seni bina Jepun berkonsepkan keunikan yang
tersendiri iaitu, struktur atap yang menaik ke atas, berbatu dan mempunyai dua atap
yang di bina untuk memudahkan urusan membaiki sekiranya berlaku. Ia juga
menggunakan bahan-bahan yang terbaik secara keseluruhan seperti penggunaan
kayu untuk dijadikan bangunan. Seterusnya, seni bina Jepun adalah seni bina Pra-
kemodenan. Kebanyakkan arkitek Jepun mengikut lakaran kuil mengikut unsur-unsur
kesenian yang asli. Mereka menggunakan lantai seramik dan kayu.

Bangunan Jepun adalah seni yang terbaik dalam teknologi dan konsep yang
formal. Dalam seni bina moden, besi baru dan binaan konkrit dibina dengan kuat
berbanding seni tradisional Jepun. Bangunan seni bina Jepun moden juga adalah
bangunan pencakar langit.

Seni Catan

Di Jepun, lukisan lebih kepada seni dalam melahirkan rasa dan perasaan
(ekpresi). Ia diamalkan oleh para profesional dan para amatur yang seakan-akan
serupa. Sehingga zaman moden, orang Jepun lebih menulis dengan menggunakan
berus daripada pen. Teknik menulis dengan berus telah membuatkan mereka lebih
sensitif kepada nilai estetika dalam lukisan.
Katsuhila Hokusai (1760-1849) dan Ando Hiroshige (1779-1858) menjadi
pelapor utama pengaruh barat dalam Ukiyo-e karya Hokusai yang terkenal pada
1832, karyanya menekankan pemandangan Gunung Fuji, Hiroshige. Terdapat
pengaruh Belanda melahirkan aliran realism dan naturalism dalam seni catan Jepun
seperti Maruyama Okiyo (1733-95) ada juga yang kekal dengan aliran tradisional
seperti Tawaiyo Samatsu Ogata Konin (1658-1716) yang terkenal dengan skrin
irisnya.

Seni Tekstil
Membuat kain yang menggunakan fiber, proses merendam lakaran dan
proses pencelupan di Jepun telah dicipta dengan caranya yang tersendiri. Bukan
sahaja "dicelup", "ditenun", malah "mengait", "sulaman" dan sebagainya adalah seni
tekstil, terdapat banyak hasil seni kraf tekstil yang bermutu yang boleh dikatakan
seperti karya seni di Jepun. Sekitar abad ke-8, teknologi seni tekstil dan tenunan
telah masuk ke Jepun dari Tanah Besar China, India serta Eropah.
Pada era Edo, teknologi pencelupan berkembang serta-merta dan kimono
wanita terutamanya telah menjadi semakin menawan. Disebabkan pembangunan
industri telah meningkat di setiap kawasan, hasil seni kraf tekstil yang unik pada
setiap kawasan menjadi semakin banyak, dan ia berkembang dengan caranya yang
tersendiri. Apabila memasuki zaman moden, pewarna kimia, fiber kimia dan
sebagainya turut digunakan, produk seni tekstil berharga murah yang dicelup cara
Jepun ini boleh didapati dengan mudah. Kraf tradisional Jepun telah menggunakan
banyak pewarna semulajadi yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan. "Warna
merah gelap" diambil daripada akar pokok anggur jenis Rubiaciae, "warna ungu"
diambil daripada akar pokok Murasaki (Lithospermum erythrorhizon) jenis
Boraginaceae, "kunyit" yang diambil dari kunyit yang merupakan sejenis halia dan
sebagainya.
Selain itu, ia kaya dengan jenis-jenis warna, kelompok warna merah sahaja
terdapat lebih dari 10 jenis warna seperti warna merah jambu sakura, warna merah
jambu, warna merah serta warna merah jambu yang terang. "Kimono" merupakan
pakaian tradisional yang melambangkan Jepun yang mendapat pengiktirafan di
peringkat antarabangsa. "Kosode" yang telah dipakai oleh orang kelas atasan juga
popular di kalangan rakyat biasa, ia mempunyai seni tekstil dan corak yang cantik,
dan telah berkembang sebagai kimono. Kini, dalam pada jualan kimono fiber sintetik
menjadi banyak, teknologi seni tekstil tradisional dan seni tekstil dari bahan semula
jadi yang diteruskan dari zaman dahulu masih dijaga, diwarisi dan dicatat sebagai
warisan kebudayaan tidak ketara di peringkat kawasan tempatan serta negara. Di
Jepun, kimono dipakai mengikut majlis, dan harganya berbeza-beza.
Di Imabari, Ehime serta Senshu, Osaka dan sebagainya dikenali sebagai
"pengeluar tuala", di mana ia menetapkan suatu piawai asas, dan tidak akan
keluarkan sesuatu produk ke pasaran jika ia tidak memenuhi piawai asas itu. Bukan
sahaja produk seni kraf tekstil tradisional, malah produk seni tekstil yang berkualiti
tinggi yang menggunakan teknologi canggih terkini juga dijual.

Anda mungkin juga menyukai