Origami
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun
kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula
semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D.
oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari
hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih
mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah
tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya
dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh
seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu
Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak
turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.
Origami dipercaya telah wujud sejak Zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum
sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) saat upacara penyembahan,
wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata,
orisui atau punorimono.Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau
diperbolehkan. Bentuk yang dikenal pada zaman Kamakura (1185-1333) adalah
noshi. Noshi adalah singkatan dari noshi-awabi, iaitu daging tiram nipis yang dijemur
dan dianggap sebagai hidangan istimewa orang-orang Jepun. Noshi dianggap sebagai
pembawa keberuntungan pada siapa saja yang menerimanya.Senjak Zaman
Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong kertas telah dihentikan.
Origami kemudian berkembang menjadi suatu cara memisahkan masyarakat golongan
kelas atas dan kelas bawah. Samurai mengikuti ajaran Ise sementara masyarakat biasa
mengikutajaranOgasawara.
Dalam perkembangannya origami telah menjadi begitu identik dengan budaya Jepun,
yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke masa. Origami terutama
berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi. Saat ini
origami telah menjadi sesuatu yang tidak terpisah dari budaya orang Jepun. Terutama
1
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat
lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 suatu
naskah tulisan lain berjudul Kayaragusa diterbitkan. Naskah ini berisi 2 bahagian
origami , iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakannya merupakan model origami
yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku “Sekejap mata
menghasilkan burung kertas” memperlihatkan bagaimana burung dihasilkan dari
kertas. Kemudian pada tahun 1845 kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepang
ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku itu berisi lebih kurang 150
contohorigami,termasukmodelkatak. Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu mulai
orang dengan Origami. Kata itu berasal dari bahasa Jepun oru (melipat) dan kami
(kertas). Kata origami kemudian mulai menggantikan istilah orikata, orisui ataupun
orimono. Pada zaman Showa (1926-1989) origami kurang diminati dan hanya noshi
yang masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu
kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram, atau
ikan.
Pada zaman Edo (1600-1868) produksi kertas yang berlimpah menjadikan kertas
mudah diperoleh. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada akhir zaman
Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung jenjang (Orizuru), katak, kapal dan
2
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
balon yang masih tetap dikenal hingga sekarang. Pada era Genroku (1688-1704),
corak kain origami burung jenjang (Orizuru), dan corak pelbagai bot menjadi popular
dan sering dibuat dalam corak kain Ukiyoe. Ini membuka ruang origami untuk
berkembang lebih luas pada masa sekarang. Pada zaman Meiji (1868-1912), origami
digunakan sebagai alat mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar. Itu semua
berkat pengaruh dari ahli pendidikan Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782-1852).
Beliau adalah seorang pendidik Jerman pada abad ke-19. Beliau menggunakan
origami tradisional Eropah untuk menghasilkan bentuk geometrik. Konsep ini
kemudian dipakai secara meluas di Taman Kanak-kanak di Jepun.
Origami Di barat
Pada tahun 1920 banyak buku-buku mengenai keajaiban kertas untuk dibuat menjadi
pelbagai perkara termasuk bentuk dilipat telah dikeluarkan. Ia termasuk Kertas Ajaib
(Paper Magic) oleh Will Blythe 1920 dan Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Harry
Houdini pada 1922. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti
“Beria dengan Melipat” oleh W.D.Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika
Syarikat pada 1928. Ia masih dicetak dengan tajuk “Mula Melipat Kertas”. Seorang
rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan
Kertas” di Landon pada 1937. Kedua buku ini menjadikan buku panduan asas origami
semenjak itu. Pada 1930 ramai ahli silap mula menonjolkan penggunaan wang kertas
untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain dalam pertunjukan mereka.
Ismael Adolfo Cerceda pula merupakan pelontar pisau Argentina yang menggunakan
Origami untuk menenangkan fikiran. Kebolehannya menggalakkan pengasas
3
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
papiroflexia yang lain. Daripada kedua pengasas di atas, origami berkembang dalam
masyarakat barat secara perlahan-lahan terutamanya sebagai permainan kanak-kanak.
Selain itu, pada tahun 1700 origami digunakan secara meluas oleh ramai silap mata
sebagai salah satu aksi silapmata untuk menghasilkan burung daripada kertas
(Orizuru) ataupun kipas ajaib (kertas berlipat yang digunakan untuk membuat
pelbagai bentuk.)
Origami Moden
Origami moden yang memperkenalkan bentuk lipatan corak baru yang berlainan
dengan corak klasik mulai diperkenalkan oleh Akira Yoshizawa di Jepun apabila hasil
kerja beliau mengenai bentuk ramalan bintang diterbitkan dalam majalah “Asahi
Graf” untuk keluaran January 1952. Ini di ikuti dengan pameran hasil kerjanya di
Museum Stadtlich di Amsterdam pada November 1955. Beliaulah orang yang
mempopularkan bentuk-bentuk origami baru yang berlainan daripada bentuk origami
traditional. Dia turut memperkenalkan bentuk awal haiwan berkaki empat dengan
menggabungkan 2 keping kertas yang berlipat. Semenjak itu pelipat kertas yang lain
telah berjaya memajukan asas “Blintzed” untuk membolehkan lipatan haiwan berkaki
empat di buat daripada sekeping kertas tanpa dipotong.
Pada masa sekarang terdapat ramai pakar origami di seluruh dunia yang menghasilkan
model yang mengkagumkan. Sekiranya dahulu, bentuk badan dan kaki hanya
dibayangkan, sekarang bentuk anatomi yang tepat telah berjaya dihasilkan. Cabaran
pada masa sekarang adalah untuk menghasilkan serangga dari spesies yang khusus
dan boleh dikenali dengan tepat. Selain daripada pencapaian teknikal, kesenian
origami juga berkembang pesat.
4
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Topeng.
Negara China yang mempunyai tamadun tertua di dunia, dikesan memulakan budaya
topeng yang tertua. Penggunaan topeng digunakan dalam opera China sejak 3000
tahun yang lalu. Pada mulanya, topeng yang dipakai dalam bentuk lukisan muka
untuk mengerunkan lawan dalam medan perang seperti yang dipakai oleh Maharaja
Lan Lin dari negeri Paichi. Kemudian, topeng telah digunakan di pentas-pentas untuk
melakonkan watak-watak terkenal dalam peperangan di seluruh Negara China. Dalam
teater China, topeng bukan sekadar untuk kecantikan muka, malah ia membawa
perwatakan serta symbol tertentu. Warna dikaitakan dengan watak tertentu
umpamanya merah menunjukkan kejujuran, putih kejahatan, pengarapan warna
merah,kuning dan hijau menunjukkan kegagahan. Negara Jepun juga tudak kurang
hebatnya dalam membudayakan topeng. Teater rakyat serta drama tradisional Jepun
seperti Noh, Bunraku dan Kabuki menggunakan topeng yang pelbagai saiz dan jenis.
Topeng ini diperbuat daripada kayu ringan dan kertas serta dihias dengan rambut
manusia untuk mengwujudkan satu persona mistik. Seni topeng dipakai untuk
memberi lambang serta identiti sesuatu masyarakat.
Topeng Bali yang terkenal dapat dilihat melalui ragam hiasnya yang unik. Misalnya
topeng yang dinaggap suci selalunya diukir dengan teliti dan halus. Pembuat topeng
terdiri daripada keluarga Brahim yang tinggi mertabanya. Mereka mewarisi kesenian
tersebut melalui keturunan mereka yang arif dalam pengukiran topeng Mereka harus
mengetahui adat serta ritual tertentu yang dipanggil ‘Dharmaning Sangging’ sebelum
boleh memulakan kerja membaut topeng tersebut. Topeng yang dianggap tinggi
mutunya adalah yang mempunyai gaya naturalistic serta berbentuk bundar. Setiap
topeng berkualiti mendapat sapuan gelatine berlapis-lapis sebelum dihiasi warna
putih, merah dan hijau.ia mempunyai bahagian mulut yang sederhana dengan bibir
5
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
yang agak tebal, gigi diukir atau dipadankan dengan gigi khinzir dan rambut yang
sebenar ataupun daripada bulu kuda. Terdapat juga kulit kambing digunakan bagi
menghiasi topeng tersebut. Kayu pulai ditanam khas digunakan untuk mengukir
patung tersebut. Kadang kala pokok yang ditanam telah dibentuk sedemikian rupa
secara semulajadi supaya sesuai dibuat topeng.
Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan
supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh
digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
6
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas
siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak ,
berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika
bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi
untuk membolehkannya bebas bergerak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan mobail adalah seperti dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan
ringan yang sesuai digantung.
Pengarca seterusnya dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau
dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk
beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang
kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang
kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum
menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan
karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika
Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “Horizontal Spines ” Imej
7
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Origami.
Langkah-langkah pengajaran :
1 . Sediakan sekeping kertas segi empat tepat yang berukuran 3cm x 7 cm.
2. Lipat 2 kertas tadi secara melintang. Lipatan dengan lipatan sama panjang.
8
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
9
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
10
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
8. Kemudian tekan ke dalam seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. Buat
pada kedua-dua bucu.
10. Setelah dibentuk kertas akan jadi seperti berikut. Kemudian lipat bahagian
kecil pada kesemua sisi di atas dan di bawah kertas tersebut.
11
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
12. Buka bahagian atas kertas dan membentuk kotak. Sisipkan bahagian bawah untuk
menjadi gelung. Maka jadilah origami berbentuk cincin.
12
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Topeng
Langkah-langkah pengajaran membuat topeng.
1. Tiup belon dengan saiz yang sederhana. Sapukan air pada permukaan belon
tersebut.
2. Tampalkan carikan kertas surat khabar lama pada permukaan belon. Tampal
sebahagian atau separuh sahaja permukaan belon.Tampalan mesti menutupi
permukaan belon.
13
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
3. Langkah seterusnya, sapu gam pada kertas tisu dan tampal atau lekat diatas
permukaan kertas surat khabar yang menutupi permukaan belon. Ulang tampalan ini
sehingga agak tebal. Biarkan kering.
14
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
4. Setelah kering, tanggalkan kertas yang ditampal dari permukaan belon. Kemudian
lakar bentuk mata, hidung dan mulut pada permukaan kertas tadi. Tebuk bahagian
yang dilakarkan.
5. Akhirnya, tebuk dua lubang untuk mengikat topeng. Warnakan muka topeng
dengan warna yang ceria.
15
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Diorama.
1.Lukis bentuk ikan pada kertas lukisan. Lukiskan beberapa ekor ikan yang pelbagai
saiz.
2.Tampalkan bentuk ikan pada kertas tebal seperti kertas kotak. Setelah kering potong
kembali mengikut bentuk ikan tersebut. Sekarang bentuk ikan sudah menjadi tebal.
Gunting kembali mengikut bentuk ikan tersebut.
16
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
17
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
5.Kemudian buat rumput. Cara membuatnya sama seperti membuat bentuk ikan iaitu
lukis rumput pada kertas lukisan dan tampal pada kertas tebal atau manila kad. Potong
kembali bentuk rumput tersebut. Warnakan rumput dan cucuk dengan lidi penyucuk
sate.
6. Seterusnya sediakan sebuah kotak kasut. Balutkan kotak dengan kertas warna atau
warnakan kotak tersebut dengan warna yang harmoni.
7. Pada kotak tersebut lekatkan plastesin untuk dijadikan dasar pada sebuah
akuarium. Kemudian bentukkan plastesin sebagai tanah dasar akuarium. Cucuk ikan
dan rumput dalam kotak seperti yang ditunjukkan. Siaplah diorama sebuah akuarium.
18
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Mobail
1.Sediakan kulit kerang, siput atau apa yang bersesuaian. Tapi kali ini menggunakan
kulit kerang.
2. Kemudian tebuk kulit kerang tersebut seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah di
bawah.
19
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
3. Ikat kulit kerang dengan benang yang agak kasar. Saiz panjang tali benang perlu
dipelbagaikan.
4. Buat satu bentuk gelung dari dawai yang agak besar saiznya.
20
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
21
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
22
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
6. Buatkan ikatan dawai pada gelung dawai tadi untuk mengantung mobail yang
sudah siap.
23
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
ii. Masukkan juga satu elemen ‘wajib’ iaitu sembang-sembang yang membawa
maksud bentuk-bentuk perbualan yang boleh mencetuskan idea bernas atau kreatif
semasa proses membina bahan bersama murid bagi mengilham dan mencetuskan idea
kreativiti murid bagi melahirkan penduduk Malaysia yang punyai wawasan
Origami.
Bahan-bahan :
Langkah-langkah sembang-sembang.
1. Guru menunjukkan satu origami yang telah siap kepada murid sebagai langkah
set induksi. Guru bertanya kepada murid samaada pernah atau tidak melihat
objek yang ditunjukkan. Murid menyatakan biasa melihat benda yang
ditunjukkan.
2. Melalui penayangan video, murid menghayati projek origami yang akan
dibuat. Murid bercerita tentang jenis hasilan yang ditonton. Mereka
menyatakan kecantikan bentuk tesebut.
3. Apakah bentuk origami yang telah terhasil. Jadi sebelum membentuk sesuatu
origami, murid perlu belajar jenis teknik lipatan dalam seni origami.
24
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Topeng.
Bahan-bahan :
Langkah-langkah sembang-sembang.
25
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Diorama.
Bahan-bahan :
Kertas lukisan, kertas tebal (kertas kotak),gunting, lidi sate, gam, warna
Langkah-langkah sembang-sembang.
1. Guru mengajukan soalan tentang siapa yang ada memelihara ikan di rumah.
Murid menyatakan mereka ada memelihara ikan di rumah. Mereka juga
menyatakan dimana dapat kita membeli peralatan akuarium..
2. Guru bertanyakan kepada murid di mana ikan dipelihara. Murid memberikan
respon dengan menyatakan ikan dipelihara di dalam akuarium.
26
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Mobail.
Bahan-bahan :
Langkah-langkah sembang-sembang.
27
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
3. Guru menunjukkan video melalui LCD tentang mobail yang telah siap kepada
murid. Guru juga mencungkil pendapat murid dengan mengajukan soalan
samaada mereka pernah melihat benda yang ditayangkan. Murid memberikan
respon bahawa mereka biasa melihat benda ini dijual dan setengahnya
menyatakan bahawa dirumah mereka juga terdapat benda tersebut..
4. Jadi secara tidak langsung murid memahami konsep yang dinamakan mobail.
Guru mula memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
Murid mengeluarkan bahan-bahan yang telah dibawa seperti kulit kerang,
benang, dan dawai kasar.
Rujukan
http://notaiznie.blogspot.com/2009/08/sejarah-arca.html
http://www.tvone.co.id/berita/view/10299/2009/03/25/arca_peninggalan_sejarah_dite
mukan_di_tulungagung
http://news.okezone.com/index.php/ReadStory/2008/09/10/1/144745/penemuan-arca-
kediri-membawa-petunjuk-sejarah
http://apaituarca.blogspot.com/
http://www.scribd.com/doc/13068300/Pengenalan-Arca
28
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
http://www.scribd.com/doc/19491107/Arca
http://www.scribd.com/doc/20346594/MENIKMATI-DAN-MENGHAYATI-SENI-
ARCA
http://www.scribd.com/doc/13068327/Arca-2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Origami
http://jalalmpc.tripod.com/hobby.htm
http://valensikautsar.blogspot.com/2008/12/sejarah-panjang-origami.html
http://infopentingnih.wordpress.com/2009/05/29/origami-terumit-dari-sang-master-
origamist/
http://stephanie95.wordpress.com/2008/02/08/origami-seni-melipat-khas-jepang/
http://www.sanggar-origami.com/DATA/KELAS/KULIAH/tip-dan-trik.htm
29