Anda di halaman 1dari 12

ARCA

Definisi-Arca
Definisi:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga
dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca
berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik ,
mencungkil dan mengguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman
permainan, dan tempat tempat yang menjadi
tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu
Peringatan.

Jenis-jenis arca
Arca bersifat real atau abstrak. Arca real
menampilkan objek sebenar yang difahami
kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung
manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat
konseptual dan memerlukan daya pemikirkan
yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk
dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan
peranan pengarca itu sendiri dalam merakam
segala pengalaman dalam kehidupan melalui
peluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca
terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu
arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun
dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan
yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada
kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan
bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan
dalam bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle
Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan
terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini
dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di
rumah.

Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil
karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej
tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan
dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar
belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi
fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.
Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973)
adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran
dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931

Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai
bahan atau bahagian untuk membolehkannya
bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca.
Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca
Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk
membolehkannya bergerak , berputar atau
berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander
Calder dari Amerika bahan yang digantung
mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum
pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960

Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak
tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja
boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan
tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail
tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian
yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah
didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu
siling.
Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Dfense" - (1976)

Arca Gabungan
Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi
yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu
hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan
atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau
dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema
diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan
untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Boneka
Boneka (dari bahasa Portugis boneca)
adalah sejenis mainan yang dapat
berbentuk macam-macam, terutamanya
manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi.
Boneka bisa dikatakan salah satu mainan
yang paling tua, karena pada zaman Yunani,
Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka
sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun
bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali
antara dulu dan sekarang.

Origami
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun
kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak
kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang
Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas
dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal
daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh
orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama
Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun
sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang
dipanggil Washi.

Topeng
Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah.
Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian
daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk
menghormati sesembahan atau memperjelas watak
dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacammacam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang
menggambarkan lembut, dan adapula yang
menggambarkan kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan
topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak
hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya, tetapi
sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap
mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit
dijelaskan.

Contoh arca

Anda mungkin juga menyukai