Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN ARCA

01. ARCA
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.
Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.
Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan
menguris.Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman
permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong
seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

02. JENIS ARCA

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek


sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan
patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan
memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk
menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai
dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala
pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam
bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu
arca estetik dan arca berfungsi.
03. ARCA ASEMBLAJ

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang


berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat
perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini
dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau
buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to
New York”, karya Jean Tinguely
Bicycle Wheel

Marcel Duchamp, 1951

Anda mungkin juga menyukai