Anda di halaman 1dari 2

Nota PSV T5 Cikgumis/artisenivisual.blogspot.

com


TAJUK ARCA
Pengenalan
1. Arca sculpere berasal dari perkataan Yunani
bermaksud ukir, tebuk, potong, larik.
2. Hasil karya seni 3D yang mementingkan ruang dan
bentuk.
3. Arca banyak dihasilkan di zaman tamadun Greek.
Hasil peninggalan karya arca pada masa itu menjadi
bahan kajian sejarah gaya hidup masa lampau.
4. Arcawan terkenal Greek : Donatello (1385-1466)
dan Michealangelo (1417-1564).
5. Arca yang dihasilkan pada zaman Tamadun Greek
banyak kepada figura manusia.

Sejarah Arca di Malaysia
1. Di Malaysia bermula sejak zaman pemerintahan
Sriwijaya sekitar kurun ke-7 13Masehi. Buktinya
sejarah penemuan patung gangsa di Lembah
Cemur, Perak.
2. Penemuan kepingan patung Buddha Mahayana di
Kg. Kurung Batang, Kangar Perlis.
3. Batu Pedang (batu nisan) dari Keramat Sg. Udang
NS.
4. Penghasilan arca berupa patung dari kaum Jah Hut
di Pahang dan Mah Meri di Selangor.
5. Ukiran arca dari suku-suku kaum di Sarawak.
6. Penghasilan Seni arca moden oleh pelukis moden
Malaysia seperti Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal,
Budi Utomo, Redza Pydasa.

Jenis-jenis Arca
1. Arca dihasilkan secara Realistik dan abstrak.
Arca realis menggambarkan objek sebenar
manakala arca abstrak bersifat konseptual dan
imaginasi tinggi.
2. Kategori arca terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a) Arca Estetik - Dihasilkan untuk tujuan
menikmati estetikanya sahaja dan tiada fungsi
tertentu. Cth: Tugu Negara.
b) Arca Berfungsi Dihasilkan mempunyai nilai
estetik dan fungsi tertentu. Cth : binaan
permainan kanak-kanak.

Teknik-Teknik Arca dan Bahan
1. Arca Luakan
- menggunakan teknik luakan, pemotongan, larik,
ukir, pahat dan kikis.
- bahan : plaster of paris, lilin, bongkah kayu,
tanah liat.

2. Arca Binaan
- dibina menggunakan teknik kerangka atau tidak
berkerangka.
- bahan : logam, simen, kayu, batu.
3. Arca Timbulan
- berupa timbulan atau relief 3D yang tersembul
keuar dari permukaan yang rata.
- bahan : kayu, paper mache
4. Arca bergerak/mobile/kinetik
- dipelopori oleh Alexender Calder (1898-1976)
yang juga merupakan jurutera Amerika.
- arca ini boleh bergerak dan terawang-awang.
- bahan : kepingan logam atau bahan binaan
yang ringan.
5. Arca Asemblaj
- Dihasilkan dari cantuman bahan terpakai.
- Bahan : bahan terpakai/buangan.
6. Arca Instalasi
7. Arca Dinding
8. Arca Acuan

Pertimbangan dalam Penghasilan Sen Arca
1. Penekanan kepada unsur Bentuk dan ruang
hendaklah seimbang .
2. Pembinaan menampakkan 3D
3. Pemilihan bahan hendaklah disesuaikan dengan
jenis arca yang akan dihasilkan
4. Mampu menzahirkan kesan emosi penonton dan
mampu ditafsir oleh penonton maksud yang tersirat
disebalik rekaan itu.

Tokoh Arcawan Malaysia dan Karyanya
1. Anthony Lau Rimba
2. Budi Utomo Bujang Senang
3. Mad Anuar Ismail Pemain Rebab No.1
4. Raja Shariman Raja Azziddin Semangat Besi
No.34
5. Azhar Abdul Manan Aku Lihat Warisan Yang
Hilang.
6. Abdul latiff Mohiddin Langkawi


Tokoh Arcawan Barat dan Karyanya
1. Hendry Matisse Back
2. Alberto giacometti 'Woman with Throat Cut'
3. Henry Moore Reclining figure
4. Michelangelo Moses

Nota PSV T5 Cikgumis/artisenivisual.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai