Anda di halaman 1dari 2

TAJUK ARCA

Pengenalan
1. Arca sculpere berasal dari perkataan Yunani bermaksud ukir, tebuk, potong, larik.
2. Hasil karya seni 3D yang mementingkan ruang dan bentuk.
3. Arca banyak dihasilkan di zaman tamadun Greek. Hasil peninggalan karya arca pada masa itu
menjadi bahan kajian sejarah gaya hidup masa lampau.
4. Arcawan terkenal Greek: Donatello (1385-1466) dan Michealangelo (1417-1564).
5. Arca yang dihasilkan pada zaman Tamadun Greek banyak kepada figura manusia.
Sejarah Arca di Malaysia
1. Di Malaysia bermula sejak zaman pemerintahan Sriwijaya sekitar kurun ke-7 13Masehi.
Buktinya sejarah penemuan patung gangsa di Lembah Cemur, Perak.
2. Penemuan kepingan patung Buddha Mahayana di Kg. Kurung Batang, Kangar Perlis.
3. Batu Pedang (batu nisan) dari Keramat Sg. Udang NS.
4. Penghasilan arca berupa patung dari kaum Jah Hut di Pahang dan Mah Meri di Selangor.
5. Ukiran arca dari suku-suku kaum di Sarawak.
6. Penghasilan Seni arca moden oleh pelukis moden Malaysia seperti Anthony Lau, Syed Ahmad
Jamal, Budi Utomo, Redza Pydasa.
Jenis-jenis Arca
1. Arca dihasilkan secara Realistik dan abstrak.
Arca realis menggambarkan objek sebenar manakala arca abstrak bersifat konseptual dan
imaginasi tinggi.
2. Kategori arca terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a) Arca Estetik - Dihasilkan untuk tujuan menikmati estetikanya sahaja dan tiada fungsi tertentu.
Cth: Tugu Negara.
b) Arca Berfungsi Dihasilkan mempunyai nilai estetik dan fungsi tertentu. Cth : binaan
permainan kanak-kanak.
Teknik-Teknik Arca dan Bahan
1. Arca Luakan
- menggunakan teknik luakan, pemotongan, larik, ukir, pahat dan kikis.
- bahan : plaster of paris, lilin, bongkah kayu, tanah liat.
2. Arca Binaan
- dibina menggunakan teknik kerangka atau tidak berkerangka.
- bahan : logam, simen, kayu, batu.
3. Arca Timbulan
- berupa timbulan atau relief 3D yang tersembul keuar dari permukaan yang rata.
- bahan : kayu, paper mache
4. Arca bergerak/mobile/kinetik
- dipelopori oleh Alexender Calder (1898-1976) yang juga merupakan jurutera Amerika.
- arca ini boleh bergerak dan terawang-awang.
- bahan : kepingan logam atau bahan binaan yang ringan.
5. Arca Asemblaj
- Dihasilkan dari cantuman bahan terpakai.
- Bahan : bahan terpakai/buangan.
6. Arca Instalasi
7. Arca Dinding
8. Arca Acuan
Pertimbangan dalam Penghasilan Sen Arca
1. Penekanan kepada unsur Bentuk dan ruang hendaklah seimbang .

2. Pembinaan menampakkan 3D
3. Pemilihan bahan hendaklah disesuaikan dengan jenis arca yang akan dihasilkan
4. Mampu menzahirkan kesan emosi penonton dan mampu ditafsir oleh penonton maksud yang
tersirat disebalik rekaan itu.
Tokoh Arcawan Malaysia dan Karyanya
1. Anthony Lau Rimba
2. Budi Utomo Bujang Senang
3. Mad Anuar Ismail Pemain Rebab No.1
4. Raja Shariman Raja Azziddin Semangat Besi No.34
5. Azhar Abdul Manan Aku Lihat Warisan Yang Hilang.
6. Abdul latiff Mohiddin Langkawi
Tokoh Arcawan Barat dan Karyanya
1. Hendry Matisse Back
2. Alberto Giacometti 'Woman with Throat Cut'
3. Henry Moore Reclining figure
4. Michelangelo Moses

Anda mungkin juga menyukai