Anda di halaman 1dari 20

BATIK LUKIS / TULIS / CANTING

SEJARAH

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

BATIK LUKIS

Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain. Di alam Melayu batik lukis mempunyai corak bunga. Ini disebabkan Islam melarang pengikutnya melukis benda hidup. Bagi batik lukis dibahagian lain, terdapat pelbagai corak termasuk manusia dan haiwan yang dihasilkan.

MOTIF

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

CONTOH MOTIF ORGANIK


Motif Ayam Motif Bunga Buluh Motif Bunga Kerak Nasi Motif Bunga Kotak Bercampur Motif Bunga Orkid Motif Bunga Raya Motif Daun Sireh Motif Geometrik Motif Pucuk Rebung Motif Rama-rama Motif Siput

Contoh Motif Geometrik


Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur

CORAK

Corak kain batik bermaksud bagaimana motifmotif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. Corak Berdiri Corak Jalur Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak Tompok-tompok Corak Ulangan Batu-bata Corak Ulangan/Selang seli

Motif Ayam

Motif Bunga Buluh

Motif Pucuk Rebung

Motif Bunga Raya

Rupa Bentuk Kain Batik Sarung

ALAT & BAHAN


Kain putih Canting Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, damar rosin, lemak binatang/minyak masak Berus lembut Serbuk pewarna jenis reactive dye Sodium silikat Soda ach Pemidang kayu

PROSES MENGHASILKAN BATIK


Langkah 1

Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu

Langkah 2

Motif dan corak di lakar pada kain dengan menggunakan pensil (6D).

Langkah 3

Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu sederhana. Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.

Langkah 4

Canting berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain.

Langkah 5

Bahan pewarna disapu pada reka corak.

Langkah 6

Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium silikat dan dibiarkan selama 8-12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna.

Langkah 7

Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air lalu sehingga hilang kesan sodium silikat tersebut.

Langkah 8

Kain seterusnya direbus dan dicampur dengan sedikit soda ash sehingga lilin tanggal.

Langkah 9

Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.

Hasil Akhir

Anda mungkin juga menyukai