Anda di halaman 1dari 11

LUKISAN DIGITAL

Lukisan digital merupakan sejenis bentuk seni baru yang mempergunakan teknik
lukisan tradisional, seperti cat air, cat minyak, impasto, dan sebagainya untuk pelukisan
digit melalui komputer, perisian, serta tablet pendigitan, dan stilus. Lukisan digital
berbeza daripada seni digital yang lain serta seni komputer terjana, khususnya kerana
ia tidak memerlukan paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik daripada suatu
model. Seorang artis digital hanya perlu menggunakan teknik lukisan untuk mencipta
lukisan digital secara langsung dalam komputer.
Perbezaan utama antara lukisan digital dan lukisan tradisional adalah prosesnya
yang tidak linear. Seorang artis sering boleh menyusun lukisannya dalam bentuk
lapisan yang dapat disunting secara berasingan. Keupayaan untuk menghapuskan
coretan dan memberus semula juga membebaskan artis daripada proses linear.
Bagaimanapun, seorang pelukis digital harus menggunakan banyak atau kesemua
teknik dan kajian pelukis tradisional.
Artis digital mempunyai banyak alat yang tidak boleh didapati oleh pelukis
tradisional. Sesetengah daripada ini termasuk:
palet maya yang mengandungi berjuta-juta warna;
kanvas atau media hampir semua saiz;
keupayaan mengembalikan kesilapan yang telah dibuat;
pemadaman; dan
pelbagai alat kesan 2D dan 3D.
Tablet grafik membenarkan artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah
pen yang benar pada permukaan lukisan.
Lukisan digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya
telah digunakan dalam reka bentuk konsepsi untuk filem, televisyen, dan permainan
video. Terdapatnya juga pelbagai jenis lukisan digital, termasuk impresionisme,
realisme, dan cat air.
Perisian pelukisan digital seperti Corel Painter, Studio Artist, Adobe Photoshop,
Jasc Paint Shop Pro, Art Rage, open Canvas Dan Corel Draw memberikan artis-artis
digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan,
palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak.
PERISIAN YANG DIPILIH

COREL DRAW adalah suatu peranti komputer yang digunakan untuk
menggambar,membuat logo, edit foto menjadi bitmap, edit foto menjadi gambar kartun,
design kaos, dan semua yang berhubungan dengan grafik dan lakaran yang
menghasilkan kreativitii gambar yang menarik.
Kelebihan coreldraw terletak pada tool-toolnya yang lebih bersifat freehand, Oleh
itu core draw pada dasarnya sebagai software grafik coreldraw boleh berdiri sendiri,
Disebakan berasaskan vektor dan bersifat freehand inilah, software ini boleh dijadikan
pilihan utama untuk pembuatan sebuah logo. Hanya saja coreldraw juga memiliki
kemampuan untuk dipadupadankan dengan editing foto, terlebih jika ingin
menghasilkan suatu gambar grafik dari foto dengan penambahan atau editing tulisan
dan karaktor karaktor tertentu. Coreldraw juga mampu untuk mengimport atau eksport
file menjadi file jpg, bmp atau lainnya.












LANGKAH LANGKAH PENGHASILAN LUKISAN DIGITAL
Langkah 1: Langkah permulaan adalah dengan membuka fail baru dan menamakan
fail tersebut serta memilih page setup iaitu portrait. Kemudian mengambil ikon rectangle
tool untuk membuat background. Kemudian untuk memasukkan warna pada
background tersebut tekan fountain fill ambil two colour.












Langkah seterusnya, ambil image dan copy ke dalam page tersebut dan melukis mengikut
gambar yang di copy















Kemudian pilih freehand tool untuk mengikut objek tersebut/
















Setelah selesai melukis objek tersebut padam gambar yang di copy. kemudian dengan
menggunakan freehand tool lukis bentuk daun dan tekan ikon warna untuk mewarnakan daun
tersebut.














Untuk menjadikan daun tersebut menjadi dua warna tekan pada butang fountain fill dan pilih
warna yang dikehendaki.
















Langkah seterusnya melukis daun sekali lagi dengan freehand tool dan memilih warna pada
ikon warna














Seterusnya untuk memperbanyakkan daun tekan pada arrange kemudian pilih transformation
dan klik bilangan yang hendak dicopy.

Anda mungkin juga menyukai