Anda di halaman 1dari 3

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR



1. SISTEM PENDAFTARAN PELAJAR.

1.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1.2 pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
1.3 Bayaran yuran persekolahan.
1.4 Pengagihan buku teks
1.5 Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.6 Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem
maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

2. PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga
hingga tahun enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid
pada tahun semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
Pencalonan oleh guru kelas.
Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
Majlis watikah perlantikan.
2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar
peraturan.

3. PERLAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati
sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :
bilangan murid yang terlibat.
Pemilihan murid yang tepat.
Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah
seperti berikut :
cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
Berinteraksi dengan kawan-kawan.
Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
Pemeriksaan mata.
Pemeriksaan gigi.
Pemeriksaan kuku dan rambut.
Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
Gotong-royong.
Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila
menjumpainya.
Tidak membuang sampah merata-rata.

4. MENINGKATKAN PERANAN GURU-GURU.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam
sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK BUKAN
MENGHUKUM.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. MELAKSANAKAN SESI KAUNSELING & MOTIVASI.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
Sesi kaunseling Individu
Sesi kaunseling kelompok
Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
Kem Jati diri

6. PELAKSANAAN MODUL-MODUL DALAM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti
kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
Keselamatan jalan raya.
Jenayah juvana
Pertolongan cemas
Penyalahgunaan dadah.

7. PENGGALAKKAN PENYERTAAN AKTIVITI LUAR.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh
perbagai pihak seperti :
Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa
dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :
Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan.
Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen.
Program Bersama Keluarga.

Anda mungkin juga menyukai