Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PJJ
AMBILAN JUN 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

EDU 3083
TUGASAN 2 ( INDIVIDU )
IMPLIKASI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU TERHADAP
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME DIRI.















INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA.








TUGASAN 2
Seperti yang umum sedia maklum,profesion perguruan merupakan pekerjaan yang mulia dan
murni khususnya dalam proses membentuk seorang insan yang berguna kepada agama,bangsa dan
negara. Seiring dengan arus pemodenan kini,profesion perguruan juga terpaksa menerima tempiasnya
iaitu pelbagai tugas dan beban diberikan sehari demi sehari bagi memenuhi tuntutan semasa. Sebagai
contoh petikan yang disiarkan ( Utusan Malaysia, 2008 ) Ramai guru terdedah risiko penyakit kritikal
dan ( Harian Metro, 2010 ) Guru tiada masa untuk keluarga jelas menunjukkan bahawa guru kini turut
menanggung beban tugas yang kritikal sehingga mendatangkan kemudaratan kepada diri,keluarga dan
masyarakat.Tetapi demi tugas dan amanah untuk anak bangsa semua guru mahu atau tidak akan
mengharunginya bagi merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.
Untuk merealisasikan sistem pendidikan Malaysia supaya setanding dengan pendidikan negara
maju yang lain pelbagai rintangan dan cabaran yang harus ditempuhi oleh seorang yang bergelar guru
walaupun pada hakikatnya ia amat sukar. Dalam situasi begini guru harus bersedia dengan setiap
tugasan yang akan diberi. Antara cabaran profesian guru ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan
pengajarannya kepada pelajar. Dalam mengharungi cabaran ini, guru terpaksa menggunakan
pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaru dan terkini dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan.
Kaedah chalk and talk ataupun pengajaran berpusatkan guru adalah tidak lagi sesuai digunakan dalam
sistem pendidikan kini. Bagi mengatasi permasalahan tersebut guru mestilah menguasai kaedah
pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan
bahan bantu mengajar yang sistematik dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi
berbentuk proaktif. Apabila kaedah ini dipraktikan,guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan
sumber keewangan yang terhad sehinggakan kadang kala terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri.
Untuk menghadapi cabaran ini seseorang guru perlu menggunakan peluang kursus sebaik mungkin
disamping menggunakan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Seterusnya, cabaran lain yang terpaksa ditempuh oleh seorang guru di Malaysia kini ialah seorang guru
dibebankan dengan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seorang guru. Dalam hal ini,
seorang guru itu terpaksa memegang pelbagai portfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan
terutamanya bagi sekolah yang kecil dan kurang guru seperti sekolah saya. Semua jawatankuasa
tersebut wajib diwujudkan sama seperti sekolah besar lain di Malaysia. Oleh yang demikian, seorang
guru itu terpaksa memegang pelbagai jawatan dan portfolio bagi memenuhi kehendak pentadbiran
sekolah. Sebagai contoh, saya sendiri terpaksa memegang jawatan sebagai Setiausaha Peperiksaan,
Ketua Panitia, Pengerusi Kelab Sains dan Pegurus Bola Sepak Sekolah. Dengan kesibukan menyedikan
rancangan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta menanda buku latihan murid,saya juga
terpaksa menguruskan hal-hal lain seperti sistem pemfailan, rekod inventori, rekos kemaskini dan
sebagainya yang perlu diurus dan dilengkapkan.Untuk melaksanakannya, terpaksa mengorbankan masa
bersama keluarga demi memikul amanah yang telah diberi. Bagi menghadapi cabaran ini saya perlu bijak
mengimbangi masa yang diperlukan untuk mengajar dan melaksanakan kerja-kerja sampingan tersebut.
Tambahan lagi, seorang guru juga perlu menghadapi cabaran program-program kokurikulum wajib
disekolah seperti melibatkan diri dengan persatuan atau kelab, unit beruniform dan program Dasar 1
Murid 1 Sukan dan dengan ini maka bertambahlah beban dan tanggungjawab guru. Program ini bukan
sahaja memerlukan guru melaksanakan aktiviti kokurikulum tetapi guru juga harus membuat
perancangan yang terperinci bagi melancarkan aktiviti tersebut.Dan hal ini akan menyebabkan
keberadaan guru bersama keluarga agak terhad kerana masa diambil untuk berada di sekolah
sehinggakan ada sesetengah guru perlu berada sehingga lewat malam.Bagi menyelesaikan masalah ini
seorang guru itu perlu melaksanakan jadual berkala iaitu sistem giliran antara guru dengan persetujuan
pihak pentadbir sekolah.
Sebagai kesimpulannya, Seorang pendidik perlu menempuhi dunia pendidikan yang semakin mencabar
seiring dengan era globalisasi kini dengan hati yang cekal bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia
setanding dengan negara maju yang lain.
Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada daya usaha semua gurunya
kerana tugas guru adalah untuk membangunkan insan dan membimbing pelajar dari segi sosial, budaya
dan akhlak.
Semua guru sentiasa komited dengan tugas yang diberikan sama ada dalam kurikulum mahu pun
kokurikulum. Semua guru berfungsi sebagai guru disiplin serta memiliki akhlak danj sahsiah yang tinggi
yang akan menjadi contoh dan teladan kepada setiap pelajar

Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang
pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik yang
mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.

Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara. Dalam
usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan
fokus utama.
Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi
yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial,
fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan
mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang
signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam
keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang.
Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh
pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.
Pengetua perlu mempunyai visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang. Di
samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang holistik iaitu
memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta bersedia menghadapi sebarang persaingan dan
cabaran.
Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai
perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat
sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan oleh semua
sekolah.

Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang
telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran
tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan. Di sinilah letaknya perbezaan antara seorang pengetua
dengan yang lain.
Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab,
berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu yang mudah untuk mentadbir
ratusan orang guru dan beribu bilangan pelajar di sesebuah sekolah.
Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian perancangan yang
rapi dan ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala masalah dan halangan dapat diatasi
dengan mudah.
Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas
dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan
akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Dengan kata lain pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan
menggunakan pelbagai stail kepimpinan mengikut situasi dan keadaan.
Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan
dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada
sekolah.
Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas
dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan. Pengetua yang
berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu
diadakan secara berterusan seperti majlis jamuan makan malam, gotong royong atau solat hajat.
Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar
dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.
Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya
dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran
masa depan.
Sebelum mengupas ciri-ciri sekolah yang cemerlang, lihat dulu penyataanFalsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mencerminkan kepelbagaianmatlamat kekeberkesanan pendidikan. FPN memberi
penekanan kepadausaha sekolah untuk mempamirkan kecemerlangan

....
melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Melihat persoalan di atas tidak keterlaluan menyatakan bahawakecemerlangan sesebuah sekolah dilihat
dari sudut untuk melahirkanmanusia yang seimbang dari aspek itelek, rohani, emosi dan
jasmaniberdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah kunci matlamat untukmenentukan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,pernanan yang dimaikan oleh pentadbir
khususnya pengetua, menyusundan mengurus bagaimana caranya mencapai matlamat itu.Banyak
negara-negara di dunia seperti di Amerika Syarikat mengukurkeberkesanan sekolah berasaskan
output
iaitu pencapaian dalam ujianpiawaian mata pelajaran matematik dan bacaan. Di UK,
pembolehubahproses seperti kedatangan, kelakuan, kelakuan pelajar dan peningkatanskor pencapaian
digunakan sebagai pengukur keberkesanan dan
kecemerlangan.Aspek kecemerlangan sekolah juga harus dilihat dari aspekkeberkesanan. Edmonds
(1979) mendefinisikan keberkesanan bukansahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi
kesaksamaan. Mengikutbeliau, keberkesanan sekolah di ukur berdasarkan kejayaannyameningkatkan
penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntungsehingganya kadar bilangan kanak-kanak kurang
beruntung yangmenguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengahyang
menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesandan cemerlang jika tidak memberi
kesaksamaam peluang pendidikan.Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenal
pasti sekolahyang cemerlang:1. menentukan kriteria ini yang khusus seperti peratus pelajaryang
mencapai lebih daripada median kebangsaan,2. analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred
yang tertentutelah meningkat dari semasa ke semasa,3. skor yang meningkat bagi sesuatu
kohort, dan4. pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakangpelajarnya.Mortimore (1991)
merumuskan sekolah yang kerkesan dan cemerlangialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih
daripada apa yangdiharapkan jika di ambil kira latar belakang mereka

Perkembangan profesionalisme guru-guru adalah dari usaha meningkatkan kualiti pendidikan.
Sehubungan ini dalam usaha berterusan pendidikan untuk memantau serta menyelaras tahap kelayakan
pelajar serta anggota masyarakat menaiki tangga pencapaian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan satu
Kerangka Kelulusan iaitu Brunei Darussalam Qualification Framework atau BDQF. Kerangka Kelulusan ini
adalah satu garis panduan mengklasifikasikan kelayakan atau kelulusan serta mengintegrasi dan
menghubungkan semua kelayakan atau kelulusan yang ditawarkan di negara ini. Kerangka ini akan
menjadi bahan rujukan bagi pengiktirafan kelulusan untuk melanjutkan tahap pengajian. Ia juga adalah
sebagai panduan dalam pengambilan bekerja atau kenaikan pangkat dalam perkhidmatan kerajaan
sama ada kelulusan itu dari dalam atau luar negara.
Pendidikan merupakan asas pembangunan insan dan tamadun, wadah keamanan, kesejahteraan dan
kemakmuran. Pendidikan juga adalah satu bidang yang dinamik dan penuh cabaran. Ia menuntut
perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, perbelanjaan yang besar serta jentera pelaksanaan
yang cekap.
Pendidikan juga sentiasa terdedah dan dipengaruhi oleh tuntutan perubahan selaras dengan
perkembangan semasa dan negara. Justeru, sistem pendidikan dikaji dan direview supaya sentiasa
relevan untuk melahirkan sumber tenaga yang diperlukan. Yang pasti, negara akan hilang daya saing,
ketinggalan dan terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau
tidak diuruskan secara cekap dan berkesan.
Hakikat yang tidak dapat kita nafikan, sehebat manapun sistem pendidikan yang dilaksanakan, Guru
merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang dalam merealisasikan kejayaan sistem
pendidikan.
Perguruan bukan sekadar kerjaya atau profesion. Walaupun seseorang guru memperoleh gaji seperti
lain-lain kerjaya dan profesion, tetapi perguruan lebih daripada suatu pekerjaan. Sebagai profesion, guru
mempunyai nilai dan etikanya tersendiri. Mereka juga terlatih dan sentiasa mempertingkatkan
kemahiran masing-masing berdasarkan perkembangan masyarakat yang berubah mengikut zaman.
Walaupun guru merupakan manusia biasa yang mempunyai masalah dan harapan seperti orang lain,
tetapi profesion perguruan menjadikan mereka istimewa. Kita percaya keistimewaan terletak pada
idealism pendidikan yang dituntut daripada guru.
Seseorang guru boleh menganggap profesion mereka hanya sebagai kerjaya biasa. Mereka mengajar
seperti yang diarahkan dan kemudian pulang seperti orang lain juga. Ini bukan suatu yang istimewa.
Tetapi keistimewaannya terletak pada guru-guru yang menggalas tugasnya dengan penuh keikhlasan
dan dedikasi. Merekalah yang membuat perbezaan dalam profesion perguruan. Dengan
mempertahankan idealisme pendidikan, guru-guru ini merupakan wira masyarakat.
Di Korea Selatan mereka dikenali sebagai nation builders.
Keperluan dan kepentingan pendidikan, menuntut minat dan kecintaan yang mendalam dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Seorang guru yang berjaya adalah guru yang amanah dalam
mendidik anak bangsa. Amanah di sini membawa maksud menjalankan tugas dengan penuh Keikhlasan.
Guru yang ikhlas berbakti kerana Allah dan demi anak bangsa akan menghasilkan pelajar yang
cemerlang dari segi moral dan rohani.
Hanya guru-guru yang benar-benar menjiwai tugasnya dengan ikhlas sahaja akan merasa gembira dan
bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komited dan dedikasi walau
seberat dan sepayah manapun tugasan tersebut. Guru-guru yang ikhlas dalam menyampaikan ilmu
mendapat ganjaran kerana akan didoakan Malaikat, makhluk Allah Subhanahu Wata'ala di daratan dan
lautan. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah Ta'ala, Malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi hatta semut di
sarangnya dan ikan di lautan berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada
manusia." (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Guru yang ikhlas, mempunyai pengaruh yang hebat. Aura positif terpancar dan memantulkan
kewibawaan yang cukup berkuasa, yang dapat dirasa oleh pelajarnya, sehingga menjadikan
penyampaian tugas dan pengajarannya lebih bernilai dan berkesan di jiwa para pelajarnya. Mereka
menjadi guru yang digalati, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, menjadi seorang yang bijak mengurus
dan mengasuh pelajar serta menjadikan ilmu pengetahuan diajarkannya bermanfaat menyinari
kehidupan masa depan para pelajar.
Atas dasar memikul tanggungjawab dengan penuh amanah, guru seumpama ini bersedia berkorban
masa, kesenangan, keselesaan, malah ada kalanya kewangan demi meningkatkan pencapaian
pelajarnya. Tanpa mengenal letih dan jemu, mereka berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif, kreatif, efektif dan menyeronokkan.
Sebagai impaknya, pelajar mencapai hasil pembelajaran yang luar biasa atau sekurang-kurangnya
meningkatkan pencapaian pelajar daripada biasa. Guru seumpama ini akan bertakhta dalam ingatan
pelajarnya.
Walaupun mungkin ada kalanya kita merasa apa yang kita lakukan tidak berbaloi atau setimpal dengan
imbalan material, tetapi Allah akan membalasnya dengan cara lain. Keyakinan serta
rasa passionate kepada profesion ini yang mungkin menjadikan guru di masa lampau dipandang lebih
berwibawa.
Guru adalah ibu bapa kedua penting dalam kehidupan pelajar. Peranan ini semakin penting apabila
terdapat pelajar yang datang daripada latar belakang yang kurang menggalakkan. Arus kemajuan dan
kederasan perubahan global sedikit sebanyak telah merubah fabrik keluarga, yang jika tidak diurus
dengan bijaksana boleh menimbulkan pelbagai masalah. Pelajar daripada keluarga sedemikian mungkin
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dan akan berpaling kepada guru sebagai
pengganti ibu bapa atau penjaga mereka.
Keprihatinan dan kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah akan membantu
mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang memahami situasi sebegini akan
memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik
darjah yang lebih kondusif. Dengan ini, kerunsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah
berkurangan. Sebagai guru yang bertanggungjawab, tugas kita adalah untuk memastikan mereka berasa
selamat dan yakin untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Di kesempatan ini, saya ingin mempelawa para hadirin dan hadirat semua mengimbas semula
perkembangan pendidikan di negara kita dalam beberapa tempoh kebelakangan ini dan merenung
sejenak perkembangan pendidikan yang akan kita hadapi di masa-masa datang. Perkembangan,
pendidikan dalam tempoh beberapa dekad yang lalu menunjukkan perubahan yang sangat ketara
disebabkan tuntutan arus perkembangan global yang amat kompleks. Kita merasakan cabaran yang
sangat sengit dalam mencapai tahap piawaian yang kita perlukan untuk terus mampu bersaing atau
sekurang-kurangnya seiring dengan negara-negara yang sama kedudukan dengan negara kita.
Masa depan dunia yang kita hadapi amat mengelirukan, susah untuk diramalkan dan volatile. Masa
depan dan abad ke-21 membawa cabaran kepada guru-guru menyediakan bentuk pendidikan yang tidak
sahaja berfokus kepada memberikan kandungan ilmu pengetahuan tetapi menanamkan kemahiran-
kemahiran tertentu seperti daya kreatif, inovatif, boleh menyelesaikan masalah, boleh adaptasi dan
bekerja dengan orang lain.
Guru alaf baru berdepan cabaran hebat kerana mereka bukan saja terpaksa bersaing dengan perubahan
sistem, malah kepantasan dan kecekapan pelajar memperoleh maklumat dengan bantuan teknologi.
Sudah tentu pendekatan terhadap pendidikan pada zaman ini tidak serupa dengan era terdahulu. Tetapi
peranan guru sebagai pendidik tetap sama dan mereka menjadi pencorak masyarakat masa depan.
Bezanya, bidang perguruan kini mempunyai pelbagai mekanisme dan suntikan baru bagi mengimbangi
perubahan drastik globalisasi. Ini dibuktikan lagi dengan tingginya penggunaan iPad menduduki tempat
10 teratas di dunia iaitu 5.8 peratus berbanding dengan United Kingdom 4.69 peratus dan Singapura
7.06 peratus, 7 dari 10 orang online, 6 dari 10 orang menggunakan Facebook. Angka ini saya percaya
akan terus meningkat.
Dari lawatan saya ke sekolah-sekolah saya mendapati sebahagian guru berusaha untuk menyediakan
suasana pengajaran dan pembelajaran menuju matlamat ini.
Tetapi ada juga sebahagiannya masih belum membuat usaha sedemikian.
Sehubungan ini Kementerian Pendidikan telah melancarkan Pusat Media dan Perkhidmatan Latihan atau
Media Inservice Centre (MISC) baharu-baharu ini yang menyediakan dua pusat kecemerlangan iaitu
sebuah untuk reka bentuk dan bahan-bahan pembelajaran, manakala sebuah lagi untuk latihan
perkembangan profesion guru-guru.
Walaupun masih di peringkat awal, tetapi saya kagum dengan pencapaiannya. Saya telah dapat
menyaksikan beberapa bahan pengajaran yang diasaskan dari hasil kerja pelajar-pelajar di Tahun 4 yang
telah diolah menjadi program animasi yang saya percaya dengan daya kreatif dan inovatif guru-guru
dapat menjadi bahan pengajaran berkesan. Demikian juga saya berbangga dengan hasil animasi Jong
Batu. Saya telah menyaksikan sendiri beberapa orang guru dari beberapa sekolah rendah berusaha
secara kumpulan menggunakan cerita ini untuk mengajar beberapa mata pelajaran seperti MIB, Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, dan Social Studies.
Walau bagaimanapun kemudahan dan infrastruktur seperti ini tidak akan membawa hasil dan kesan jika
tidak disertai dengan kepimpinan dan sikap passionate para guru dalam menunaikan tugas dan
tanggungjawab mereka.
Dari beberapa lawatan saya ke sekolah-sekolah rendah, saya berbangga dengan pencapaian Sekolah
Rendah Merangking di Kuala Belait. Walau tersuruk jauh dari keriuhan bandar, dengan kemudahan yang
sederhana sekolah ini pada hemat saya berjaya mencapai misi dan objektifnya.
Dengan keramaian 20 orang murid dari Prasekolah ke Tahun 6, sekolah ini Berjaya memberi peluang
pelajar-pelajarnya membina potensi diri dan memperkembangkan daya pemikiran kreatif. Dari segi
akademik mencapai 100 peratus dalam PSR, menjadi juara Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah
Rendah Peringkat Daerah, seorang pelajarnya Izzy Fikry menjadi juara Pertandingan Mari Bercerita
Peringkat Daerah dan Negara, Awang Wafik Danish dan Izzy Fikri menggondol tempat pertama dan
kedua Pertandingan Mengarang Sempena Hari Buku Sedunia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka,
Awang Fairul menerusi karya lukisannya mendapat Sijil Penghargaan dan Kepujian Pertandingan Ke-17
Kanagawa Biennial World Children's Art Exhibition di Jepun, Awang Izzy Fikry melalui hasil karyanya
mendapat Certificate of Merit Pertandingan International Students' Visual Art contest cum Exhibition di
Hong Kong.
Kecemerlangan mereka tidak terbatas di bidang akademik tetapi juga dalam agama dengan mendapat
tempat kelima dalam Peraduan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim. Demikian juga sekolah ini menjadi johan
dalam Pertandingan Lalu Lintas Senegara 2012. Yang paling membanggakan pelajar Nur Fathiah adalah
pelajar cemerlang Tahun 1 Daerah Belait bagi 2012.
Oleh kerana lawatan saya melimpasi waktu sekolah saya telah dapat menyaksikan kegiatan pelajar
selepas waktu sekolah, sementara menunggu waktu sekolah agama bermula.
Sungguh saya merasa kagum dan kekal dalam ingatan saya menyaksikan dalam sebuah kelas beberapa
orang pelajar sedang duduk mengisi waktu dengan belajar.
Bukan guru yang mengajar. Malah tidak ada guru dalam kelas tersebut. Seorang pelajar Tahun 6
mengajar kawannya pelajar Pra dan Tahun Satu mengulang kaji pelajaran. Tidakkah ini suatu yang
menarik? Jika di bandar ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat atau kelas tuisyen, di Sekolah
Rendah Merangking kita saksikan pelajar membimbing pelajar.
Berbalik kepada tema Hari Guru, tema Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru Berwawasan Penjana Modal
Insan', turut menggambarkan bahawa golongan yang bergelar guru, menjadi aspirasi kepada semua
lapisan masyarakat dan memikul tanggungjawab berat untuk melahirkan masyarakat berilmu dan
berkemahiran di negara ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, para guru diharap akan
gigih mencurahkan bakti dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi model insan berkualiti dari sudut
ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik.
Keadaan ini sangat menuntut komitmen yang tinggi dari para pendidik di semua peringkat. Begitu juga
dalam hal pembentukan perkembangan pelajar yang kita harapkan di abad ini. Justeru itu, para pendidik
perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran pelbagai bidang (multiskill) bagi menghasilkan pelajar yang
serba boleh(versertile) untuk memenuhi pasaran pekerjaan mengikut tuntutan masa kini. Ini juga
memaksa para pendidik supaya berfikiran lebih luas dan jauh daripada bidang pengkhususan yang
diikuti ketika menjalani latihan di institusi-institusi tinggi atau institusi latihan perguruan sebelumnya.
Bagi warga pendidikan, ungkapanpendidikan sepanjang hayat sangat besar ertinya dan jika dipraktikkan,
impaknya adalah sangat signifikan.
Seperti keadaannya di mana-mana negara, adalah tidak memadai dengan hanya mempunyai satu sistem
pendidikan yang cukup sempurna dan keadaan infrastruktur yang bertaraf antarabangsa jika tidak
dilengkapi dengan guru-guru yang berwibawa dan berhemah tinggi. Kita berhadapan dengan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kerenah yang sebahagiannya terbit di luar kawalan dan jangkaan
kita. Ini termasuk juga ekspektasi ibu bapa dan pelajar-pelajar yang bermacam ragam dan antaranya
mungkin juga dapat atau tidak kita penuhi. Dan sebagai seorang pendidik, kita harus mampu bertahan
dan tetap kekal dengan amanah serta tanggungjawab yang dipertaruhkan ke atas kita. Ini dapat
didukung dengan menanamkan sifat-sifat terpuji dalam diri masing-masing seperti banyak bersabar,
ikhlas dan jujur serta dikuatkan lagi dengan pemikiran yang berwawasan jauh ke hadapan. Dan adalah
juga diingatkan supaya semua usaha kita itu sentiasa diiringi dengan doa memohon berkah dan petunjuk
dari Allah Subhanahu Wata'ala.
Sekali lagi, saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya serta merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kepada jawatankuasa dan kepada semua yang terlibat dalam mengungkayahkan dan
menjadikan Majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini berjalan lancar dan jayanya. Semoga jasa baik dan
sumbangan serta usaha kita semua itu akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala sebagai amal kebajikan
jua.
Kepada semua penerima anugerah special mention yang kita raikan, saya ingin menyeru supaya
kemahiran-kemahiran yang ada dapat dijadikan sumber yang berharga dalam usaha kita meningkatkan
tahap pendidikan di negara ini dan akan dapat membantu para pendidik yang lain dalam sama-sama
mencapai matlamat yang kita inginkan.
Sebelum berundur diri, dengan rasa tulus ikhlas, diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga
guru, di mana pun mereka berada. Didoakan semoga segala bakti yang dicurahkan dengan ikhlas akan
mendapat balasan baik dari Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya guru adalah insan yang berjasa,
menaburkan ilmu dan mencurah bakti dengan penuh keikhlasan semata-mata melahirkan generasi
cemerlang tanpa mengira agama, rupa dan bangsa.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa memberikan
petunjuk-Nya dalam apa jua usaha yang kita rancang dan laksanakan demi kebaikan semua.
Akhirnya, sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak di dalam mengungkayahkan majlis yang penuh makna kepada kita semua
sebagai warga pendidik di negara ini.
Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Sekali gus, guru
juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah sekolah. Guru juga
bertanggungjawab terhadap masalah disiplin, kedatangan, kelakuan dan budi pekerti
pelajar. Jelasnya, guru adalah orang terpenting di setiap sekolah.

Guru pendidik yang mendidik akal budi murid dan pelajarnya adalah pendidik yang
memahami tugasnya sebagai guru. Mendidik akal budi menjurus kepada kecemerlangan
ilmu pengetahuan dan kecemerlangan akhlak serta budi pekerti pelajar itu sendiri.

16 Mei adalah hari mengingati jasa dan pengorbanan guru.

Kualiti yang kita harapkan daripada guru-guru ini pastinya tidak terhad kepada kualiti
akademik semata-mata. Guru yang berkualiti harus bijak mengadunkan ilmu dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan jelas kepada pelajarnya.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti internet, gambar berkesan dan
penyampaian menarik akan menjadikan seseorang guru itu diminati dan disanjung tinggi.

Pengajaran adalah apa yang disampaikan oleh guru, manakala pembelajaran apa yang
diterima oleh murid dan pelajarnya. Jika pengajaran tidak berkesan, murid atau pelajar tidak
akan menerima pembelajaran yang baik dan berkesan. Kini, segulung ijazah, atau diploma
yang dimiliki oleh guru mesti dilengkapkan dengan ilmu pendidikan dan pengalaman
mengajar yang meluas.

Ilmu yang diperoleh itu perlu diberikan tambah nilai dari semasa ke semasa. Kaedah P&P
yang dipelajarinya hari ini mungkin sudah tidak relevan lagi dua atau tiga tahun akan
datang. Oleh itu, melalui pembacaan, kursus dan juga perbincangan antara guru akan
dapat meningkatkan P&P di sesebuah sekolah.

Bagaimanapun tugas dan peranan utama guru untuk mendidik anak bangsa yang berilmu
pengetahuan, berbudi pekerti, bersemangat waja serta mampu bersaing harus dikekalkan
sampai bila-bila. Perubahan masa hanya menukarkan kaedah pelaksanaannya, tetapi tidak
kepada peranan hakiki guru.

Guru berkualiti juga harus bijak menangani konflik dan tekanan sepanjang kerjayanya serta
dalam masa sama memenuhi sedaya mungkin harapan masyarakat yang mahukan
mereka menghasilkan generasi boleh diharap meneruskan kecemerlangan negara. Guru
juga mesti mampu membimbing murid dan pelajar ke arah kecemerlangan akal dan budi.

Sebagai guru berkualiti, mereka juga seharusnya tidak tunduk dengan desakan dan
tekanan serta keghairahan masyarakat kini yang begitu tergoda dengan pencapaian
akademik, sedangkan nilai-nilai murni anak-anak ini semakin hari semakin nipis.

Keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan akhlak mestilah ditumpukan dalam
P&P di dalam kelas dan sekolah.

Konflik keyakinan masyarakat terhadap mutu guru dan sistem persekolahan juga
memerlukan guru berkualiti untuk menanganinya secara bijak. Bagaimanapun, guru tidak
seharusnya dibiarkan bersendirian dalam memikul tanggungjawab berat ini.

Pembentukan sesebuah generasi dalam sesebuah negara adalah tanggungjawab individu
itu sendiri dan juga masyarakat secara keseluruhan. Pada masa kini, ahli masyarakat
seakan membiarkan guru sahaja atasi permasalahan ini.

Sebagai ahli masyarakat, iaitu ibu bapa kepada murid dan pelajar, kita harus memberi
sokongan padu kepada guru dari segi kebendaan, ganjaran terhadap guru perlu dinilai dari
semasa ke semasa supaya setimpal dengan peranan dan tugas mereka. Dari segi bukan
kebendaan pula, menghargai jasa dan pengorbanan guru adalah sumbangan yang perlu
diberikan oleh semua orang.

Kita mempunyai ramai guru yang bukan sahaja berkualiti intelek dan ilmunya, tetapi juga
berkualiti daripada segi rohaninya. Guru yang sudah lama mengajar mestilah mempunyai
pengalaman luas yang seharusnya dipelajari dan diteladani oleh guru-guru baru. Sebab itu,
guru akan berusaha memastikan anak muridnya berjaya dengan cemerlang di dalam
pelajaran. Contoh dan teladan daripada guru berkaitan akhlak dan rohani akan menjadi
ikutan murid dan pelajarnya.

Nama pun cikgu, mereka tidak akan puas jika anak muridnya tidak memahami apa yang
diajar. Panggilan keramat ini amat sesuai dipadankan dengan tugasnya yang mencabar.
Guru adalah arkitek bangsa yang berjasa. Panggilan ini akan kekal sepanjang hayat, mati
pun masih dipanggil cikgu.

Jika ditinjau, apabila ada waktu terluang, seorang guru, tanpa mengira duit akan
mengadakan kelas tambahan. Kegiatan kokurikulum sebenarnya banyak mengambil masa
dan wang ringgit, sebab sudah menjadi tanggungjawab, hal ini jarang dirungutkan oleh
guru. Bagai lilin yang menyala, dan kemudian membakar dirinya, guru tetap
bertanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik bagi mewujudkan masyarakat
berilmu.

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan KonsepPendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai